Akademi Fantasia 7

Spread the love

Malaysia ni demam macam-macam hal, demam pemilihan UMNO dah lepas, demam pilihanraya baru selesai, demam PAKATAN RAKYAT terus melanda, demam PM baru melanda dan Najib baru je umum SAF baru Pak Menteri.

Tapi yang aku nak cerita demam AF7 walaupun tak sehebat dulu tapi masih ada pengikutnya. Aku tak lah ikut sangat tapi kalau dah satu umah tukar channel terpaksalah tengok juga. Minggu lepas aku baru dapat jawapan kenapa graduan Akademi Fantasia tidak berjaya sebagai penyanyi apabila keluar di dunia seni sebenar.

Salah seorang pengkritik mengatakan bahawa kualiti nyayian adalah modal terpenting untuk menjadi penyanyi yang sukses. Kritik ini telah dibalas oleh Pengajar mengatakan bahawa Akademi Fantasia bukan mencari penyanyi tetapi Pengibur yang boleh menyanyi dan menghiburkan penonton dan kualiti nyanyian bukan keutamaan.

Selama ni aku mati-mati sangka AF ni mencari Penyanyi berkualiti yang boleh mengantikan Syarifah Aini, Sudirman, Uji Rashid, Siti Nurhaliza, Jamal Abdillah, Ramlah Ram, M.Nasir, Amy Search dan beberapa lagi penyanyi hebat. Rupanya tekaan aku salah…mungkin Astro nak mencari penghibur seperti Aznil dan Azman Ali…..patutlah setelah 6 kali AF hanya Mawi jelah yang boleh dikatakan power yang lain lebih menyerlah jadi pelakon dan penyampai acara. Pada mula kemasukan Tiara sebagai Pengetua aku jangkakan akan benar-benar membawa transformasi tetapi jangkaan aku salah…AF akan terus jadi tidak releven untuk melahirkan Penyanyi yang sehebat dan sebaris dengan penyanyi hebat negara.

Apa pandangan teman-teman?

[ad#advertlets336]


Spread the love

27 Comments

  1. dya mmg setuju sgt ngan entri encik DH ni..AF mmg fantasia…xde realiti lgsung. dya hairan knape still diteruskn show tu..& kenapa org still byr utk tgk show tu..
    .-= Dya´s last blog ..Sami Yusuf =-.

  2. Sebenarnya tengah ‘menganalisis’ gaya penulisan saudara DH. manatahu boleh dapat sesuatu dari sini. Rupanya mainan Keyword tu penting dalam sesebuah content seperti mana yang saudara cuba buat dekat entri ini..
    .-= Steward John´s last blog ..Rumah Kedua? =-.

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!