Hati Seorang Pengantin

Spread the love

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, pengalaman menjadi seorang pengantin memang suatu pengalaman yang sangat unik. Kalau tak percaya tanyalah kepada yang sudah baru menjadi pengantin seperti Ariff Shah, Yuyu Zulaikha dan Yana Yassin. Seribu satu perasaan kepada yang bakal menjadi pengantin bila nikah menjadi mahal maka zina jadi murah.

18.Wedding_Holding wedding in front of the blue ocean

Aku dulu ketika nak kahwin memang susah jadi tak ada pilihan selain buat pinjaman. Berapa ramai pasangan yang senasib dengan aku terpaksa buat pinjaman koperasi dan bank untuk berkahwin. Jangan terkejut ada juga yang pinjam ahlong demi sebuah perkahwinan. Aku terpaksa berjuang sehingga anak yang ke tiga untuk selesai hutang koperasi. Berapa ramai dikalangan pasangan suami isteri yang bergelumang hutang kahwin sehingga anak besar.

[box type=”shadow”]“Dan Allah menjadikan bagi kamu dari diri kamu sendiri pasangan-pasangan (isteri), dan dijadikan bagi kamu dari pasangan kamu: anak-anak dan cucu-cicit, serta dikurniakan kepada kamu dari benda yang baik lagi halal; maka patutkah mereka (yang ingkar itu) percaya kepada perkara yang salah (penyembahan berhala), dan mereka kufur (mengingkari) pula akan nikmat Allah?” – Surah An-Nahl 16; Ayat 72 

Sudah Bertunang? Ingin Berkahwin? Klik Disini!
[/box]

Perkahwinan sekarang sudah menjadi majlis mewah kerana terikut-ikut kemewahan yang ditunjukkan oleh selebriti idola kepada masyarakat. Perkahwinan bukan lagi ibadah sebagai permulaan sebuah kehidupan keluarga untuk melahirkan anak cucu cicit dan keturunan yang soleh dan soleha. Permulaan perkahwinan yang tidak mengikut cara agama telah mencipta suami isteri yang tidak ikut syarak sehingga melahirkan anak-anak yang tidak malu menipu ibu bapa.

Video Perasaan Hati Seorang Pengantin

Ramai yang rasa malu apabila tidak dapat mempersembahkan majlis perkahwinan yang besar gilang gemilang. Desakan masyarakat yang lebih kepada ke dunia menyebabkan bakal pengantin berusaha siang dan malam mencari modal perbelanjaan. Tidak cukup kad kredit maka bank menjadi sandaran untuk mendapat modal untuk majlis besar besaran. Bukan semua pasangan yang mempunyai kemudahaan kad kredit dan bukan semua yang layak membuat pinjaman dan dengan ilmu agama yang sedikit menyebabkan ramai pasangan terjerumus dengan zina. Hati seorang pengantin sekarang memang sangat mencabar dengan pandangan dunia yang melebihi daripada pandangan akhirat.

[box type=”shadow”]“Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya – pemberian-Nya), lagi Maha Mengetahui.” – Surah An-Nuur 24; Ayat 32 

Ketahui Sikap Sebenar Pasangan Anda!
[/box]

Kongsikan pengalaman anda sebagai seorang pengantin.


Spread the love

146 Comments

  1. Belum lagi ada pengalaman menjadi pengantin. InsyaAllah, akan datang.

    Tapi Sya mengidamkan majlis perkahwinan yang sederhana sahaja. Admire tengok majlis yang sederhana tetapi tetap meriah.

    Cuma Sya perhatikan, sering terjadi majlis perkahwinan yang bukan kehendak pengantin sendiri, tetapi dah jadi majlis kehendak keluarga dan orang sekeliling. Wallahua’lam.
    Curahan rasa Sya Isya @ ..FORMAT, TIP, CONTOH SOALAN & RUJUKAN PEPERIKSAAN AKAUNTAN W41My Profile

  2. jika kita mengikut cara hidup Islam, sebenarnya kos hidup amatlah murah. kenduri pun tak perlu besar-besar. sama juga dalam berpakaian, cukup sekadar menutup aurat.

    nak buat mcm mn tv banyak sangat duk tayang ceritera perkahwinan. drama melayu pun hebat2 je kahwin, sape yang tak teringin… banyak2 berdoa semoga Allah tutupkan nafsu yang bukan2. InsyaAllah
    Curahan rasa Zifa @ ..Blog diserang Brute ForceMy Profile

  3. salam bang,

    hanya bakal pengantin je yang tahu perasaan bila nak dekat dengan tarikh ijab & kabul tu kan. Tak dpt nk gambarkan macam mana semua rasa ada kot.

    p/s pinjam nama letak dlm entry baru 😉

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!