Berikut antara tajuk berita yang aku petik dari beberapa berita online. Baca tajuk berita sahaja sudah mendatangkan bimbang di hati, apakah yang sedang berlaku dalam masyarakat Malaysia terutama umat Islam. Keruntuhan istitusi kekeluargaan dan akhlak di kalangan umat Islam di Malaysia semakin parah.
1. Sembilan mengaku tidak bersalah rogol remaja perempuan
2. Satu mati, tiga cedera parah ditembak di restoran
3. Konstabel mengaku tidak bersalah tembak bakal isteri
4. Hilang ikut lelaki baru dikenali
5. Masyarakat tak kisah maksiat
6. Bunuh diri kecewa cinta
7. Terjun hotel separuh bogel
8. Budak lapan tahun diperkosa 2 sepupu
9. Pekerja stesen minyak maut minum racun
10.Rasidi mengaku bersalah bunuh 4 ahli keluarganya
Siapakah yang harus dipersalahkan? Budaya kita sekarang amat sudah terpesong daripada ajaran Islam. Apabila berlaku masalah seperti tajuk berita di atas maka majoriti daripada kita meletakan kesalahan kepada orang lain dengan menuding 1 jari kepada orang lain tanpa menyedari 4 jari lagi menuding kepada diri sendiri. Seandainya setiap ibubapa boleh menjaga dan mendidik anak-anak mereka dengan baik pastilah masalah seteruk ini tidak menjadi parah. Malangnya ibubapa menyerahkan tanggungjawab mendidik sepenuhnya kepada guru-guru dan pembantu rumah.
Amalan Islam yang sebenar adalah melihat kebaikan dan menutup keaiban orang lain dan sentiasa muasabah kelemahan diri sendiri bukan membanggakan kebaikan diri sendiri dan mendedahkan keaiban orang lain. Tanggungjawab ibubapa bukan sekadar mencari rezeki dan kemewahan tetapi yang lebih penting mendidik anak-anak supaya menjadi anak yang soleh sebagai bekalan diakhirat kelak.
Berapa ramai yang benar-benar risau fikir masalah umat kita yang semakin parah.
44 Comments
Terdapat banyak bahaya yang ditimbulkan oleh pornografi, yang sifatnya secara berangsur-angsur dan bisa menyebabkan kecanduan.
Curahan rasa munir ardi @ ..Ayo cegah Stress
Seperti orang yang gemar minuman keras, lama-lama dia akan menjadi pecandu.
Anak-anak juga demikian, semakin sering melihat hal-hal berbau pornografi, kemungkinan terjadi penyimpangan seksual atau kecanduan seks semakin besar.
Maksudnya kena la sentiasa di awasi kegiatan dorang ni kan.
Curahan rasa Steward John @ ..ERA fm kini berada di Kota Kinabalu
Maksud bro Munir tu, benda ni akan jadi addictive kepada orang yer?
Curahan rasa Steward John @ ..ERA fm kini berada di Kota Kinabalu
Ibu bapa harus memainkan peranan penting dalam mendidik anak dorang tu kan bro Munir
jadi ngeri melihat semua tajuk berita itu tak ada yang bagus-bagus
Tu la.. makin menjadi2 benda macam ni kan… memang susah la.
Curahan rasa Steward John @ ..Hello Diva- Goodbye Hallmark
semoga kita bisa membekali anak dengan aqidah dan iman yang mantap
Curahan rasa munir ardi @ ..Anak SMP
Itu yang kita harapankan untuk anak dan keturunan kita. Harap dorang tak terjebat kepada benda macam ni.
Curahan rasa Steward John @ ..Rumah Kedua
Comments are closed.