Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, pertama nak mohon maaf kepada Blogger popular Malaysia Yuyu Zulaikha sebab tak dapat nak terbang ke Langkawi meraikan hari bahagia. Bukan alasan tak dapat kad jemputan walaupun katanya sudah dikirimkan bukan juga kerana Langkawi lokasi pelancongan menarik Malaysia itu terlalu jauh tapi menghormati penganjur perhimpunan terbesar Blogger Malaysia yang telah menyenaraikan blog Denaihati antara lima calon yang masuk final untuk katogeri “Best Personal Blog”.
Alhamdulillah Blogger kecik molek Yuyu Zulaikha telah selamat diijab kabulkan dengan jejaka pilihan Izam yang tak kurang nsemnya. Kali pertama berjumpa Yuyu di event Nuffnang Blogopolis di Hotel Concorde Kuala Lumpur. Tabik dengan Yuyu Zulaikha walaupun jauh lebih popular berbading dengan Denaihati tetapi sentiasa memberi ruang masa untuk hadir di majlis Sepetang Bersama Blogger dan juga sudi menjadi panel.
Semuga Yuyu Zulaikha dan Izam akan hidup berbahagia hingga ke Syurga. Abang Denaihati tak ada apa nak pesan tapi mungkin entri “Suami Isteri bukan untuk dimiliki” boleh dijadikan panduan membina kehidupan suami isteri yang sangat mencabar.
Gambar perkahwinan Yuyu Zulaikha yang di skodeng dari FB beliau.
Wakil rakan Blogger Eyriqazz bersama keluarga yang meraikan hari bahagia Yuyu Zulaikha.
14/12/13 sempat juga singgah di majlis perkahwinan anak top Blogger Malaysia Kak Ina KL di Salak Tinggi boleh ke tersalah terjah sampai ke Sepang nasib baik taklah jauh mana nak pusing balik. Best juga konsep jamuannya tak de kari atau kurma ayam atau daging yang ada ikan keli sambal, kambing bakar dan satay.
Selamat pengantin baru kepada Yuyu Zulaikha dan Izam juga kepada anak dan menantu Kak Ina KL.
64 Comments
tahniah, tak sangka hakak gojez dah kahwin. Dulu masa awal awal main blog, blog dia lah yang selalu diterjah. Selain mengisi masa lapang. dan menambah ilmu pengetahuan 🙂
Curahan rasa MIEZA SUHAINI @ ..business card MURAH !!!!
Tahniah kepada kak Yuyu…semoga berbahagia sehingga ke anak cucu… 🙂
Curahan rasa Vander Good @ ..Hari Inovasi : Produk daripada buah Tarap
sekarang ni yuyu tengah menunggu untuk menimbang cahaya mata yang pertama dia kan..comel jer dia..kecik molek gitu
Curahan rasa adna2029 @ ..KEPENTINGAN DOA DALAM HIDUP MUKMIN
Comments are closed.