Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, pengalaman menjadi seorang pengantin memang suatu pengalaman yang sangat unik. Kalau tak percaya tanyalah kepada yang sudah baru menjadi pengantin seperti Ariff Shah, Yuyu Zulaikha dan Yana Yassin. Seribu satu perasaan kepada yang bakal menjadi pengantin bila nikah menjadi mahal maka zina jadi murah.
Aku dulu ketika nak kahwin memang susah jadi tak ada pilihan selain buat pinjaman. Berapa ramai pasangan yang senasib dengan aku terpaksa buat pinjaman koperasi dan bank untuk berkahwin. Jangan terkejut ada juga yang pinjam ahlong demi sebuah perkahwinan. Aku terpaksa berjuang sehingga anak yang ke tiga untuk selesai hutang koperasi. Berapa ramai dikalangan pasangan suami isteri yang bergelumang hutang kahwin sehingga anak besar.
[box type=”shadow”]“Dan Allah menjadikan bagi kamu dari diri kamu sendiri pasangan-pasangan (isteri), dan dijadikan bagi kamu dari pasangan kamu: anak-anak dan cucu-cicit, serta dikurniakan kepada kamu dari benda yang baik lagi halal; maka patutkah mereka (yang ingkar itu) percaya kepada perkara yang salah (penyembahan berhala), dan mereka kufur (mengingkari) pula akan nikmat Allah?” – Surah An-Nahl 16; Ayat 72
Perkahwinan sekarang sudah menjadi majlis mewah kerana terikut-ikut kemewahan yang ditunjukkan oleh selebriti idola kepada masyarakat. Perkahwinan bukan lagi ibadah sebagai permulaan sebuah kehidupan keluarga untuk melahirkan anak cucu cicit dan keturunan yang soleh dan soleha. Permulaan perkahwinan yang tidak mengikut cara agama telah mencipta suami isteri yang tidak ikut syarak sehingga melahirkan anak-anak yang tidak malu menipu ibu bapa.
Video Perasaan Hati Seorang Pengantin
Ramai yang rasa malu apabila tidak dapat mempersembahkan majlis perkahwinan yang besar gilang gemilang. Desakan masyarakat yang lebih kepada ke dunia menyebabkan bakal pengantin berusaha siang dan malam mencari modal perbelanjaan. Tidak cukup kad kredit maka bank menjadi sandaran untuk mendapat modal untuk majlis besar besaran. Bukan semua pasangan yang mempunyai kemudahaan kad kredit dan bukan semua yang layak membuat pinjaman dan dengan ilmu agama yang sedikit menyebabkan ramai pasangan terjerumus dengan zina. Hati seorang pengantin sekarang memang sangat mencabar dengan pandangan dunia yang melebihi daripada pandangan akhirat.
[box type=”shadow”]“Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya – pemberian-Nya), lagi Maha Mengetahui.” – Surah An-Nuur 24; Ayat 32
Kongsikan pengalaman anda sebagai seorang pengantin.
146 Comments
Sebelum akad nikah, memang bercampur baur perasaan ni. Terutamanya wanita. Cepat nervous kadang kadang berfikir tak panjang, tapi selepas je akad nikah, lega rasanya. Hilang segala perasaan bercampur baur tadi. Panggilan hangit yang tuan denaihati.com post tu memang tak kering gusi wawa ketawa depan laptop ni. Hihi 😀
Curahan rasa wawaabdulhadi @ ..CABARAN 30 HARI [HARI 12] : 5 WISHLIST ANDA
hati seorang pengantin ni perasaanya bercampur. Tapi yang pastinya gembira tu terlebih. kalau boleh memang nak majlis yang sempurna. Tapi kalau dah selamat nikah tu dah kira Alhamdulillah..syukur jugak kalau majlis dapat berjalan dengan baiknya 🙂
Curahan rasa Azhafizah @ ..Tugasan Kedua Cabaran miliki iPhone 5s impian setiap blogger
Ujian untuk ke alam perkahwinan itu akan jadi manis akhirnya
Yang penting kita terus berdoa agar urusan perkahwinan lancar dan dipermudahkan
Bila dah tiba masa, ia akan jadi lancar dan laju, selancar air sungai yang mengalir
Curahan rasa Khadeejah Hasmad @ ..Vivix Shaklee Untuk Kesihatan Yang Premium
Alhamdulillah.. hajat mendirikan masjid dipermudahkan Allah. walaupun dlm kesederhanaan..
Curahan rasa JMR @ ..14 Ramadhan 1435h – Doa untuk ayah ‘di sana’. Al-fatihah.
hahaha.. Panggilan hangit HotFM berkaitan hal ini memang kelakar habis.. Saya dengar banyak kali pun masih ketawa terbahak-bahak..
Saya kahwin dulu buat walimatul urus secara sederhana sahaja..buat sebelah pihak sahaja..meriah juga
Curahan rasa Hero Borneo @ ..Masjidil Haram Al Mukarramah Dalam Impian
Meriah dan yang penting bahagia sampai ke syurga 🙂
Dan juga lagi satu, bagi pihak wanita, usahlah dengan wang hantaran yang terlalu mahal. Kesian dengan calon suami. 🙂
Curahan rasa Muhammad Faridzuan Majid @ ..Rehlah 2014 bersama Sahabat Al-Irfan
Pada pendapat saya, cukuplah sekadar mencukup dengat akad nikah dan walimatulurus, tak perlu nak grand dan gah. Kena fikir fasal bajet juga, jangan sampai memakan diri. In sha Allah. Semoga pernikahan yang sederhana itu akan mendapat redha Allah. 🙂
Curahan rasa Muhammad Faridzuan Majid @ ..Rehlah 2014 bersama Sahabat Al-Irfan
tapi masalahnya wanita sekrang ni nak yang grand-grand jer.. Tu yang hantaran jadi tinggi melambung tu
Orang sekarang ikut trend dalam perkahwinan. Kalau seorang bua majlis grand, orang lain nak lawan lebih grand. Ini salah. Sepatutnya, buat apa yang mampu. Kadang-kadang pengantin nak buat majlis yang simple tapi keluarga nak hebat. Kadang-kadang pengantin tu yang melebih nak grand walaupun sedar diri tak mampu.
Pegang pada yang wajib saja — susah masyarakat sekarang nak terima. Pada saya, keluarga yang pegang agama islam dengan betul pun masih nak kan majlis perkahwinan yang gah. Saya tengok dari mata saya sendiri.
Curahan rasa Fadzi Razak @ ..Keputusan FIFA World Cup 2014 Brazil Melawan Netherlands
Benar tu. Saya pun berpendapat yang sama. Pada saya, tumpukan sahaja pada yang wajib, jika mahu baut walimatulurus, cukuplah dengan menjamu para tetamu makan, jangan berlebih-lebihan, kerana kesederhanaan itu lebih baik. 🙂
Curahan rasa Muhammad Faridzuan Majid @ ..Rehlah 2014 bersama Sahabat Al-Irfan
Kalau kat kampung diorang bertanding sapa lagi meriah. Kalau kurang meriah tu kira kalah la.. Tu masalahnya..
alhamdulillah.. sekarang dah selesai hutan tuan dengan Koperasi.
mungkin berkat selalu bersedekah di blog Denai Hati?
selalu kita dijamu dengan perkahwinan mewah, sampai lupa erti perkahwinan yang di tuntut dalam islam
Curahan rasa brohantu @ ..Langkah Keselamatan Ketika Memancing
kalau ikut nafsu memang sukar nak beza hukum wajib atau sunat dalam majlis perkahwinan
Curahan rasa Hero Borneo @ ..Masjidil Haram Al Mukarramah Dalam Impian
kalau nak kahwin wanita mahupun lelaki mesti nak nampak sama cantik, sama padan atas pelamin..
kalau boleh jeraawat sebiji pun taknak…
Curahan rasa maria @ ..Testimoni Kulit Bersinar Dengan Vitamin C Dan ESP Shaklee
Berkahwin dengan sederhana..jangan nak gah sangat kalau tkde duit..
Curahan rasa Nadia johari @ ..HARGANYA MURAH TAPI RASANYA MANIS
Betul, bukan? Tak salah nak buat majlis resepsi yang grand lagi ekslusif, tapi biarlah mengikut kemampuan. 🙂
Curahan rasa Muhammad Faridzuan Majid @ ..Rehlah 2014 bersama Sahabat Al-Irfan
buat ikut kemampuan..kalau tak mampu juga baik berpuasa sahaja
Curahan rasa Hero Borneo @ ..Mari Bersatu Hati Selamatkan Gaza
jdai pengantin dulu2 lebih meriah, sanak saudara dtg tolong menolong, ada yg bawa gula, ada yg bawa beras, ada yang tolong tebang pokok buluh buat khemah, seminggu sebelum kenduri dah meriah dah,
Curahan rasa KelipKelip @ ..9 Kelebihan Membaca Doa Akasyah
hmm… sepatutnya perkahwinan memudahkan bukan merumitkan.
Curahan rasa Tengku Syukri @ ..Cabaran Raja Tarik F&N 2014
Comments are closed.