Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, pengalaman menjadi seorang pengantin memang suatu pengalaman yang sangat unik. Kalau tak percaya tanyalah kepada yang sudah baru menjadi pengantin seperti Ariff Shah, Yuyu Zulaikha dan Yana Yassin. Seribu satu perasaan kepada yang bakal menjadi pengantin bila nikah menjadi mahal maka zina jadi murah.
Aku dulu ketika nak kahwin memang susah jadi tak ada pilihan selain buat pinjaman. Berapa ramai pasangan yang senasib dengan aku terpaksa buat pinjaman koperasi dan bank untuk berkahwin. Jangan terkejut ada juga yang pinjam ahlong demi sebuah perkahwinan. Aku terpaksa berjuang sehingga anak yang ke tiga untuk selesai hutang koperasi. Berapa ramai dikalangan pasangan suami isteri yang bergelumang hutang kahwin sehingga anak besar.
[box type=”shadow”]“Dan Allah menjadikan bagi kamu dari diri kamu sendiri pasangan-pasangan (isteri), dan dijadikan bagi kamu dari pasangan kamu: anak-anak dan cucu-cicit, serta dikurniakan kepada kamu dari benda yang baik lagi halal; maka patutkah mereka (yang ingkar itu) percaya kepada perkara yang salah (penyembahan berhala), dan mereka kufur (mengingkari) pula akan nikmat Allah?” – Surah An-Nahl 16; Ayat 72
Perkahwinan sekarang sudah menjadi majlis mewah kerana terikut-ikut kemewahan yang ditunjukkan oleh selebriti idola kepada masyarakat. Perkahwinan bukan lagi ibadah sebagai permulaan sebuah kehidupan keluarga untuk melahirkan anak cucu cicit dan keturunan yang soleh dan soleha. Permulaan perkahwinan yang tidak mengikut cara agama telah mencipta suami isteri yang tidak ikut syarak sehingga melahirkan anak-anak yang tidak malu menipu ibu bapa.
Video Perasaan Hati Seorang Pengantin
Ramai yang rasa malu apabila tidak dapat mempersembahkan majlis perkahwinan yang besar gilang gemilang. Desakan masyarakat yang lebih kepada ke dunia menyebabkan bakal pengantin berusaha siang dan malam mencari modal perbelanjaan. Tidak cukup kad kredit maka bank menjadi sandaran untuk mendapat modal untuk majlis besar besaran. Bukan semua pasangan yang mempunyai kemudahaan kad kredit dan bukan semua yang layak membuat pinjaman dan dengan ilmu agama yang sedikit menyebabkan ramai pasangan terjerumus dengan zina. Hati seorang pengantin sekarang memang sangat mencabar dengan pandangan dunia yang melebihi daripada pandangan akhirat.
[box type=”shadow”]“Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya – pemberian-Nya), lagi Maha Mengetahui.” – Surah An-Nuur 24; Ayat 32
Kongsikan pengalaman anda sebagai seorang pengantin.
146 Comments
Tips.. Kalau buat majlis tu cuba merancang dahulu perbelanjaan.. cuba cari penyelesaian dalam menguruskan majlis dengan harga bajet.. kalau terlalu gah sangat pun, lepas berkahwin berhutang susah pula…http://www.wom.my/keluarga/perkahwinan/
Curahan rasa wom.my @ ..Menikmati Pesona Menarik Di Port Dickson
Info yang sangat bagus ,terima kasih tas informasinya
Curahan rasa Obat Alami Penyakit Nyeri dada @ ..Obat Flek Paru Paru
tempoh awal perkahwinan ni memang kewangan berada dalam keadaan sakit,,,
Curahan rasa zool @ ..Harimau Malaya seri : Adakah Ong Kim Swee gagal ?
Tiada apa yg boleh dikongsi rasanya. Tak ada majlis…pernah pakai baju pengantin…tak ada gambar perkahwinan. Yg ada cuma sehelai kertas. Hmmm…jimat giler.
Curahan rasa cleffairy @ ..Heart of A Bride
wohaa…..sebut jer hati seorang pengantin terus teringat panggilan hangit hot fm cikgu izzudin…ehehe
Curahan rasa Faizal Fredley @ ..Tempat Makan Sedap dan Popular di Melaka
Salam… gua dulu masa kahwin tak pernah pinjam, tapi keluar makan-makan adalah. Alhamdulillah.. hidup bahagia walaupun ada masalah kewangan semasa mula-mula kahwin kerna gaji yg rendah.
Curahan rasa Kamil Salleh @ ..Hati Seorang Blogger
sederhana dalam majlis lebih baik,mulut orang? biarkan….
Curahan rasa Mek Onie @ ..Loyalty dalam bercinta.
Alhamdulillah bapa mertua saya sangat baik sebab beliau memudahkan urusan perkahwinan saya dengan meminta mahar & mas kahwin paling minima.
Kos kenduri pun beliau tanggung sepenuhnya, asalkan anak beliau cepat kahwin 🙂
Untung saya…
Curahan rasa Firdaus Azizi @ ..Cara Nak Daftar & Jadi Ahli Shaklee Dengan Harga Hanya…
Adehh.. sori. Can’t help it tapi rupa bro iras-iras Obama lah 😀
Curahan rasa Ismail N @ ..Jom Makan Di Gayang Seafood Restaurant
Saya pun insyaAllah akan jadi pengantin tahun hadapan.. sekarang ni xrasa apa-apa lagi.. mungkin nanti rasa kot…
Curahan rasa Viral Anchor @ ..4 Year Old Boy’s Wish Finally Came True at His Funeral. Something That Will Hit You Hard.
“Hati Seorang Pengantin” senang dan gembira menjadi pengantin, semua perasaan gembira sedih campur disini. dan siap membuka kehidupan baru
Curahan rasa Jelly Gamat @ ..Pengobatan Ambeien Jelly Gamat | Pantangan Makanan
Apabila benda halal menjadi mahal, tidak hairanlah jika maksiat yang murah dicari. Masyarakat kita faktor penyebab semua ini. Mulut manusia sukar ditutup, tidak puas mengata. Ada sahaja tidak kena.
Curahan rasa Abrar @ ..Fikirkan halal baru buat
Ingatkan nak citer pasal debaran perasan pasal nak kawin
Rupanya masyarakat yang menjadi ikutan dalam menyediakan majlis perkahwinan..Memang kita sendiri yang mencipta masalah
Curahan rasa weschairs @ ..100 [email protected]
Hati seorang pengantin. Tajuk hot jugak ni.
Apa yg pening ialah doa doa doa dan doa serta usaha.
Abaikan apa jua ckp2 org sekeliling jika majlis kita tak gah sperti anak2 org lain.
Yg penting barakah dan sudah selesai ikut syariat bukannya adat.
Curahan rasa hafizmd @ ..8 Cara Menguruskan Badan dengan Selamat
lepas selesai je akad nikah, rasa syukur tak terhingga. dalam hati “eh, ada juga insan yg sudi kawen dgn aku ni ya?”hehe
Curahan rasa ieta mat saad @ ..Berblogging perlu izin suami
Kenangan terindah dlm hidupkan sis?
Curahan rasa hafizmd @ ..8 Cara Menguruskan Badan dengan Selamat
happy wedding!! dan semoga menjadi tabah dalm liku liku berumah tangga 🙂
Curahan rasa Car Rental Kuala Lumpur @ ..Car Rental Kuala Lumpur (KL), Malaysia
Comments are closed.