Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, memang terkedu tak terkata sedih sangat bila melihat video remaja perempuan Melayu sedang berbogel dengan selamba menipu emak tanpa ada perasaan bersalah. Dialog “Emak orang kat Taiping ni beli buku teks” menjadi viral dan tontonan di sosial media. Apa agaknya perasaan si ibu kalau dia menonton video penipuan anak dara dia yang sedang berbogel. Maaf tak sanggup aku nak tampal video bogel anak dara Melayu kat blog ini.
Kegagalan ibu bapa mendidik anak
Setiap daripada kita samada sudah mempunyai anak atau bakal mempunyai anak. Apa agaknya perasaan kalau anak kita menipu kia begini? Aku yakin pasti semua akan merasa kecewa tetapi siapa yang harus disalahkan anak atau ibu bapa??
Kehidupan akhir zaman memang sangat mencabar. Fokus ibu bapa kepada mencari rezeki kekadang menyebabkan anak terbiar dan mengundang berbagai gejala negatif kemudian hari. Mengimbau kehidupan silam semasa kecil ibu bapa aku sibuk mencari rezeki untuk memberi sesuap nasi kepada keluarga serta menampung kos pendidikan sehingga pakaian bertahun tidak pernah bertukar. Hari ini ibu bapa sibuk mencari rezeki untuk bertukar fesyen tudung, bertukar model kereta dan gajet terbaru sehingga anak-anak terabai. Banyak kejadian di sekolah anak aku yuran pelajar berbulan tidak berbayar sedangkan ibu bapa memandu kereta boleh tahan mewah.
Video gadis bogel tipu ibu beli buku teks ini hanya sekelumit daripada jutaan masalah anak-anak yang ada di Malaysia. Orang politik akan salah menyalah antara satu sama lain tanpa mereka menyedari bahawa mereka juga ibu bapa yang mempunyai masalah mendidik anak. Pendakwah-pendakwah tidak pernahkah terfikir bahawa sistem pendakwahan yang diamalkan sekarang mungkin kurang tepat sehingga tidak dapat membendung masalah keruntuhan akhlak masyarakat.
Sangat sedih apabila rogol, dera, ketagihan dadah, membunuh, seks bebas, buang bayi dan bunuh diri sudah menjadi budaya orang Melayu. Setiap hari ada sahaja berita sedih yang terpapar di dada media perdana sehingga tak sanggup nak membaca. Lebih malang majoriti kes sedih ini berlaku di kalangan remaja Melayu.
Kegagalan remaja Melayu adalah refleksi kegagalan ibu bapa Melayu mendidik anak-anak menjadi insan yang berjaya di dunia dan akhirat. Aku yang mempunyai anak bujang dan dara memang merasa gentar untuk mendidik mereka dalam dunia teknologi tanpa batas. Sebagai ibu bapa kita mesti berusaha mencari ilmu baru kaedah mendidik anak dengan sentiasa memohon bantuan dari ALLAH.
Cara Rasulullah didik anak
Rasulullah SAW telah mengajar kita bagaimana nak mendidik anak mengikut tahap umur. Cara Rasulullah SAW mendidik adalah cara yang terbaik yang mesti kita ikuti. Orang tua kita juga sudah memberi nasihat kalau sayangkan anak rotan-rotankan. Tahap paling penting mendidik anak adalah ketika anak-anak masih kecil kerana apabila sudah remaja seperi remaja dalam video tipu ibu beli buku teks memang dah susah. Tak kan kita nak rotan mereka yang sudah remaja, silap-silap kita dirotan semula. Melentur buluh biar dari rebung bukan dah jadi batang buluh baru nak di lentur pasti patah. Asas paling penting untuk anak-anak adalah ilmu mengenal ALLAH dan Rasul. Tapi kalau ibu bapa tak kenal ALLAH dan Rasul macam mana anak nak kenal. Jangan sesekali salahkan anak-anak sebelum kita sempat cemin diri kita sendiri kalau dah ibu bapa kencing berdiri pasti anak kencing berlari.
Kongsikan pandangan rakan-rakan bagaimana cara terbaik mendidik anak-anak sekarang.
100 Comments
tak dapat bayangkan macam mana perasaan mak dia bila dpt tahu anak tipu dia
Curahan rasa nikkhazami @ ..Fakta Menarik Tentang Filem FROZEN
Kesian dengan ibu remaja perempuan tersebut…
Semoga remaja perempuan tu sedar dengan apa yang dia lakukan…
Curahan rasa Vander Good @ ..Hari Inovasi : Produk daripada buah Tarap
elakkan diri dari bercerita pasal anak orang takut kena pada diri sendiri. allah boleh tunjuk kalau DIA nak
Curahan rasa nikkhazami @ ..Ikea Tarik Balik Buaian Gunggung
ini lah dia dunia akhir zaman di mana seorang ibu akan melahirkan tuannya
Curahan rasa nikkhazami @ ..(Sinopsis) Kasih Berbisik di Tv3
kebanyakkan masalah remaja sekarang berpunca dari ibu bapa yg gagal kawal anak2.
Curahan rasa nikkhazami @ ..(Sinopsis) Kasih Berbisik di Tv3
Anak anak remaja yang mempunyai masalah seperti ini tidak seharusnya menyakah kans atu pihak sahaja, Kegagalan ibu bapa dalam mendidik anak anak, masalah masyarakat itu sendiri dan masalah yang juga datang dalam diri sendiri yang tak pernah nak berubah. Manusia sememangnya tak pernah terlepas daripada melakukan kesilapan. Tapi manusia juga lah yang tak pernah nak lari dari situasi tersebut. Dengan keadaan masyarakat bandar contohnya , yang menganggap tidak mahu ambil tahu jiran tetangga dengan menggunakan pepatah ‘jaga tei kain orang’ ini lah yang menyebabkan anak anak terus hanyut dengan permasalahan seperti ini
Curahan rasa KANVAS DAKWAT @ ..BAHASA MELAYU BAHASA MUNDUR
Setuju! Sepatutnya kita hendaklah menjalankan tanggungjawab kita dengan baik. Yang tak baik, kita tegur dengan baik. Manusia memang tak terlepas dari melakukan kesilapan.
Curahan rasa Sally Yatiey @ ..Hadiah Dari Blogger Azhafizah Dan Shida Radzuan
Sebagai seorang anak perempuan dan kini bergelar isteri, sebenarnya benda-benda begini memang PG akui, agak takut dan risau juga bila ianya mungkin akan berlaku pada diri sendiri. Kira macam ni, cakap pasal anak orang begini begitu, tapi tak sedar anak sendiri. Itu yang PG takutkan juga. Berada dalam keluarga yang anak-anak buah membesar depan mata, dan ada segelintir anak-anak buah yang bermasalah, risau dan takut juga. Nak salahkan ibu, tidak. Nak salahkan anak-anak pun tidak. Tak tahu nak kata macam mana.
Curahan rasa Mrsyatie @ ..The Lost of “Kerajaan Malaysia Jamin” on Batu Sumpah Peringatan
Betul tu PG, jangan mengata anak orang itu ini, nanti anak sendiri buat hal pulak kan. Baik kita jaga anak sendiri, beri didikan agama yang mencukupi.
Curahan rasa Sally Yatiey @ ..Hadiah Dari Blogger Azhafizah Dan Shida Radzuan
kalau boleh jangan teruk sangat mengata orang sebab takut berbalik pada diri sendiri
Curahan rasa nikkhazami @ ..(Sinopsis) Kasih Berbisik di Tv3
bagi pendapat saya pula, masalah remaja ni berpunca daripada diri mereka sendiri, nak salahkan ibubapa 100% tak boleh sebab semua ibu bapa kalau boleh nakkan yang terbaik untuk anak-anak. Tapi tulah, masalah sosial ni makin lama maikn sukar nak bendung, kecuali semua pihak berganding bahu mencari penyelesaian.
Curahan rasa fatihahfazlin @ ..Cabaran 30 Hari | Hari 22 : Destinasi Percutian Impian Nik
Betul tu Nik. Kadang remaja ni terlalu mengikut pergaulan remaja masa kini, tu yang macam2 dah terjadi kan.
Curahan rasa Sally Yatiey @ ..Hadiah Dari Blogger Azhafizah Dan Shida Radzuan
kebanyakkannya terlalu mahukan kebebasan dan salah pilih kawan. kwan selalu pengaruh remaja
Curahan rasa nikkhazami @ ..(Sinopsis) Kasih Berbisik di Tv3
Susahnya menjaga anak dizaman sekarang ini. Keadaan semasa tidak sama seperti 20 tahun dahulu. Ibu bapa perlu bijak dan faham bagaimana utk mendidik anak2 mengikut peredaran semasa dan yang penting ikutlah cara yang telah diajar oleh Rasullullah SAW kerana ianya tetap terbaik dan relevan sepanjang zaman.
Curahan rasa Relaks Minda @ ..Cita-Citaku Ingin Menggapai Pelangi
budak sekarang terlalu berani..tapi mak ayah sekarang macam lepas tangan ja anak nak semua nk bagi..kalau zaman ana tahun 90 an memang takut la lg pun dulu tak semoden sekarang..banyak terpengaruh ini budak..bahaya memalukan jer la.
Curahan rasa adna2029 @ ..Blog Ku Berwajah Baru
Dunia dipenghujung zaman…na’uzubillah… Ya Allah kau berikan petunjuk dan hidayah kepada budak perempuan tu untuk kembali ke pangkal jalan..sedih tengok budak budak zaman sekarang, dimna letaknya harga diri, dah tak ada rasa malu didalam diri..sanggup tipu mak ayah kerana lelaki..kesian mak dengan ayahnya, mereka sanggup jaga semasa kecil hingga la dewasa bagai menatang minyak yang penuh, tup tup anaknya buat macam ni.. dia tak tahu ke yang apa dosa yag dia buat ayahnya terpaksa tanggung….ish2..dah tak tahu nak ckp apa dah…huuurrmmm..harapan saya semoga dia cepat berubah dan mintak maaf kat mak dan ayahnya..balaslah jasa mak ayah selagi mereka masih hidup.
Curahan rasa Nurul Aina @ ..Mudahnya Menjemput Rezeki
Pendidikan awal di rumah sangat penting untuk membentuk pendidikan anak anak kepada yang lebih baik di sekolah atau di luar rumah. Ibu bapa memainkan peranan yang penting mengambil tahu setiap perkembangan anak anak mereka walau sesibuk mana pun.
Curahan rasa Azhafizah @ ..Wordless Wednesday #120 | Tentang anda
Sedih dengan perkara macam ni. sesuatu yang diluar jangkaan buat ibu bapa di mana anak sendiri sanggup buat macam itu. Perasaan remaja sekarang sudah tidak malu dengan apa yang dilakukan. Inilah akhir zaman.
Curahan rasa adarain @ ..Review Movie The Maze Runner
Comments are closed.