Senarai Tarikh Cuti Umum di Malaysia 2013

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, 2013 memang banyak perancangan nak travel bukan sahaja diluar negara malah di dalam negara. Nostalgia mengembara di Europe tahun 2012 memang tidak dapat dilupaka. 2013 sudah ada perancangan untuk mengembara ke destinasi baru. Untuk merancang pengembaran khasnya cuti-cuti Malaysia kenalah tahu Jadual Cuti Umum Malaysia dan Negeri-Negeri di Malaysia untuk melancarkan perjalanan.

Senarai Tarikh Cuti Umum di Malaysia 2013

Senarai Tarikh Cuti Umum Negeri-negeri Malaysia 2013

Berikut disenaraikan tarikh-tarikh cuti umum yang boleh dijadikan hari bercuti bersama keluarga bawa makan angin di tempat-tempat menarik dalam negara atau luar negara. Mesti seronok dapat bercuti bersama keluarga sambil rehatkan fizikal dan mental. Untuk keluarga yang nak berlibur di Kuala Lumpur boleh menginap di antara Top 10 Hotel di Kuala Lumpur.

Senarai Tarikh Cuti Umum di Malaysia 2013

TARIKHPERISTIWASAMBUTAN
1 Januari (Selasa)Tahun Baru 2013Semua negeri kecuali Johor, Kedah, Kelantan, Perlis & Terengganu
14 Januari (Isnin)Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Besar Negeri SembilanNegeri Sembilan sahaja
20 Januari (Ahad)Hari Keputeraan Sultan KedahKedah sahaja
24 Januari (Khamis)Hari Keputeraan Nabi Muhammad S.A.W. (Maulidur Rasul)Semua negeri
27 Januari (Ahad)Hari ThaipusamKuala Lumpur, Putrajaya, Johor, N.Sembilan, Perak, P.Pinang & Selangor sahaja
1 Februari (Jumaat)Hari Wilayah PersekutuanWilayah Pesekutuan Kuala Lumpur, Labuan & Putrajaya sahaja
10 Februari (Ahad)Tahun Baru CinaSemua negeri
11 Februari (Isnin)Tahun Baru Cina (Hari Kedua)Semua negeri kecuali Kelantan & Terengganu
4 Mac (Isnin)Hari Ulang Tahun Pertabalan Sultan TerengganuTerengganu sahaja
29 Mac (Jumaat)Good FridaySabah & Sarawak sahaja
15 April (Isnin)Hari Perisytiharan Melaka Sebagai Bandaraya BersejarahMelaka sahaja
19 April (Jumaat)Hari Keputeraan Sultan PerakPerak sahaja
26 April (Jumaat)Hari Keputeraan Sultan TerengganuTerengganu sahaja
1 Mei (Rabu)Hari PekerjaSemua negeri
7 Mei (Selasa)Hari HolPahang sahaja
17 Mei (Jumaat)Hari Ulang Tahun Keputeraan Raja PerlisPerlis sahaja
24 Mei (Jumaat)Hari WesakSemua negeri
30 & 31 Mei (Khamis & Jumaat)Pesta Kaamatan (Pesta Menuai)WP Labuan & Sabah sahaja
1 Jun (Sabtu)Hari Keputeraan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan AgongSemua negeri
1 & 2 Jun (Sabtu & Ahad)Perayaan Hari Gawai DayakSarawak sahaja
6 Jun (Khamis)Israk dan MikrajKedah, N.Sembilan & Perlis sahaja
7 Julai (Ahad)Hari Ulang Tahun Perisytiharan Tapak Warisan DuniaP.Pinang sahaja
10 Julai (Rabu)Awal Ramadan *Johor, Kedah & Melaka sahaja
13 Julai (Sabtu)Hari Jadi Yang di-Pertua Negeri Pulau PinangP.Pinang sahaja
26 Julai (Jumaat)Hari Nuzul Al-QuranKelantan, Pahang, Perak, Perlis, P. Pinang, Selangor & Terengganu sahaja
8 Ogos (Khamis)Hari Raya Puasa *Semua negeri
9 Ogos (Jumaat)Hari Raya Puasa (Hari Kedua) *Semua negeri
31 Ogos (Sabtu)Hari KebangsaanSemua negeri
14 September (Sabtu)Hari Jadi Yang di-Pertua Negeri SarawakSarawak sahaja
16 September (Isnin)Hari MalaysiaSemua negeri
5 Oktober (Sabtu)Hari Jadi Yang di-Pertua Negeri SabahSabaha sahaja
12 Oktober (Sabtu)Hari Jadi Yang di-Pertua Negeri MelakaMelaka sahaja
15 Oktober (Selasa)Hari Raya Qurban *Semua negeri
16 Oktober (Rabu)Hari Raya Qurban (Hari Kedua) *Kedah, Perlis, Kelantan & Terengganu sahaja
24 Oktober (KHamis)Hari Keputeraan Sultan PahangPahang sahaja
2 November (Sabtu)Hari Deepavali *Semua negeri kecuali WP Labuan & Sarawak
5 November (Selasa)Awal Muharam (Maal Hijrah)Semua negeri
11 & 12 November (Isnin & Selasa)Hari Keputeraan Sultan KelantanKelantan sahaja
22 November (Jumaat)Hari Keputeraan Sultan JohorJohor sahaja
9 Disember (Isnin)Hari Hol Almarhum Sultan IskandarJohor sahaja
11 Disember (Rabu)Hari Keputeraan Sultan SelangorSelangor sahaja
25 Disember (Rabu)Hari KrismasSemua negeri

 

Merancang percutian dengan baik dapat memberi kepuasan pada diri kita. Oleh itu, buatlah persiapan awal dan rancang percutian tahun 2013 dengan sebaik mungkin. Masa itu EMAS, jangan dipersia-siakan. Perancangan yang baik boleh menjimatkan perbelanjaan.

48 Comments

  1. Pingback: Merdeka Merdeka

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!