Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, pengalaman menjadi seorang pengantin memang suatu pengalaman yang sangat unik. Kalau tak percaya tanyalah kepada yang sudah baru menjadi pengantin seperti Ariff Shah, Yuyu Zulaikha dan Yana Yassin. Seribu satu perasaan kepada yang bakal menjadi pengantin bila nikah menjadi mahal maka zina jadi murah.
Aku dulu ketika nak kahwin memang susah jadi tak ada pilihan selain buat pinjaman. Berapa ramai pasangan yang senasib dengan aku terpaksa buat pinjaman koperasi dan bank untuk berkahwin. Jangan terkejut ada juga yang pinjam ahlong demi sebuah perkahwinan. Aku terpaksa berjuang sehingga anak yang ke tiga untuk selesai hutang koperasi. Berapa ramai dikalangan pasangan suami isteri yang bergelumang hutang kahwin sehingga anak besar.
[box type=”shadow”]“Dan Allah menjadikan bagi kamu dari diri kamu sendiri pasangan-pasangan (isteri), dan dijadikan bagi kamu dari pasangan kamu: anak-anak dan cucu-cicit, serta dikurniakan kepada kamu dari benda yang baik lagi halal; maka patutkah mereka (yang ingkar itu) percaya kepada perkara yang salah (penyembahan berhala), dan mereka kufur (mengingkari) pula akan nikmat Allah?” – Surah An-Nahl 16; Ayat 72
Perkahwinan sekarang sudah menjadi majlis mewah kerana terikut-ikut kemewahan yang ditunjukkan oleh selebriti idola kepada masyarakat. Perkahwinan bukan lagi ibadah sebagai permulaan sebuah kehidupan keluarga untuk melahirkan anak cucu cicit dan keturunan yang soleh dan soleha. Permulaan perkahwinan yang tidak mengikut cara agama telah mencipta suami isteri yang tidak ikut syarak sehingga melahirkan anak-anak yang tidak malu menipu ibu bapa.
Video Perasaan Hati Seorang Pengantin
Ramai yang rasa malu apabila tidak dapat mempersembahkan majlis perkahwinan yang besar gilang gemilang. Desakan masyarakat yang lebih kepada ke dunia menyebabkan bakal pengantin berusaha siang dan malam mencari modal perbelanjaan. Tidak cukup kad kredit maka bank menjadi sandaran untuk mendapat modal untuk majlis besar besaran. Bukan semua pasangan yang mempunyai kemudahaan kad kredit dan bukan semua yang layak membuat pinjaman dan dengan ilmu agama yang sedikit menyebabkan ramai pasangan terjerumus dengan zina. Hati seorang pengantin sekarang memang sangat mencabar dengan pandangan dunia yang melebihi daripada pandangan akhirat.
[box type=”shadow”]“Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya – pemberian-Nya), lagi Maha Mengetahui.” – Surah An-Nuur 24; Ayat 32
Kongsikan pengalaman anda sebagai seorang pengantin.
146 Comments
pengantin baru hidup pn baru…semoga setiap pengantin tabah menghadapi kehidupan selepas kahwin…:)
Curahan rasa Vimax Original Malaysia @ ..Vimax Yang Terlajak Laris !!
Bukan mudah bergelar seorang pengantin..Banyak ranjau dan duri yang perlu dihadapi….
Curahan rasa eyriqazz @ ..Kerja Kosong – Pembantu Homestay Regalia Studio
Alhamdulillah, masa aku kawin dulu belanja RM3k je rata2 org masa tu kawin belanja 7 – 8 ribu… tp itu pun kena pinjam juga duit ayah, sbb gaji kecil masa tu, syukur taklah sampai buat pinjaman bank atau koperasa sbb masa tu nak pinjam pun susah, syarat buat pinjaman terlalu ketat tak macam sekarang, mudah2 je bank kasi pinjam..
terima kasih pd bini aku, terima kasih pd mak mentua sbb tak letak belanja mahal2
Curahan rasa KelipKelip @ ..Kisah Si Penggali Kubur Dengan Jenazah Gadis
impikan perkahwinan yang sederhana..
Curahan rasa Tengku Syukri @ ..Saham Wakaf Madrasah An-Nuur
elok rasanya cari pasangan yang sederhana je..senang nak manage..payah gak kalau semua nak grand..ukur baju dibadan sendiri le kan..btw..panggilan hangit tu memang amat kelakar..ahaaha
Curahan rasa reezluv @ ..Testimoni Teknik SEO Merah Jambu
tak tahu nak kata apa sebab masa belanja kawin sederhana sahaja,memang mak ayah suka buat biasa sahaja asal ada jemputan dan akad itu sudah gembirakan hati mereka.
Curahan rasa suri @ ..Panduan Cara Memilih Langsir Dapur Murah Dan Moden Ala Inggris Roman Blind Yang Sesuai Dengan Kediaman
aduhai, sampai stress bakal pengantin tu kena panggilan hangit ni….
Curahan rasa ema @ ..Lets Zumba Zumba Zumba
memang betul kata brader aritu,kalau boleh kena elakkan berhutang sana sini
Curahan rasa wazy @ ..Produk Penjagaan Kulit Muka Dari Thursday Plantation
kalau boleh nak nikah yang murah dan mudah… pernah blog pasal ini sebelum ni…
Curahan rasa Pendekar @ ..Siapa Pakar SEO Malaysia
saya beli barang pun tak peranh berhutang kalau boleh tunai. kena biasakan kalau dah tabiat suka kredit bagai susah untuk masa akan datang.
Curahan rasa suri @ ..Kasut Jururawat Cahayacinta.com
Elak kan berhutang ketika nak melangkah ke alam perkahwinan,… itu yg YY lakukan.
Curahan rasa Yana Yassin @ ..Pregnancy 101 : Pureen Stock Clearance
alhamdulillah…murah rezeki YY…. terbaik…
Curahan rasa Pendekar @ ..Pluggin SEO Terbaik Dari Pakar SEO
hahahaha ciannn!!!!!!
oh ini yang dikatakan HATI SEORANG PENGANTIN, PERASAAN SEORANG PENGANTIN
rujukan dah ada, ulama dah kata tinggal lagi kita nak ikut atau tidak.
Curahan rasa Kenit Cinonet @ ..Stand Firm Stay Firm Online Photography Contest
Bila bersedia untuk jadi pengantin kena betul-betul bersedia. Kena muhasabah diri. Tak perlu terikut-ikut. Nak hidup bukan satu harikan? Kita kesian ada sorang kawan ni, Nak jadi pengantin tak lama lagi. Hantaran aje dah beribu-ribu. Tapi duitnya tak ada. Dah buat pinjaman, tapi sikit aje dapat. Simpanannya zero. . Hmm.amne tu DH?
Curahan rasa Raudzah @ ..PM Tawar Letak Jawatan
insyaALLAH….nasihat yang sangat berguna untuk PB dan para pembaca…
jom sama-sama amalkan…
Curahan rasa Pendekar @ ..Pluggin SEO Terbaik Dari Pakar SEO
Sebab tu la saya belum kahwin lagi..dari nak belanja mahal-mahal baik saya bahagiakan mak saya dulu..dengan duit belanja kahwin tu boleh bawa mak saja pi menunaikan ibadat haji..
Curahan rasa Nor Ariffin Hamzah @ ..Cerita Orang Bujang | Lelaki Belanja Wanita Idea Lapuk
kumpul duit sampai ke tua… hehe…
Curahan rasa Pendekar @ ..Minta Maaf.
Mendalam kata-kata ni “belanja kahwin mahal sehingga zina jadi murah”. Kesian betul Cik Izuddin ni. Hahahaha.
Curahan rasa Ammar @ ..GAMBAR PRESIDEN BARACK OBAMA DI MALAYSIA
kat aku kau tak kesian ke ammar? haha…
Curahan rasa Pendekar @ ..Ulasan Keputusan Penuh Perlawanan Chelsea VS Liverpool
Comments are closed.