Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, pengalaman menjadi seorang pengantin memang suatu pengalaman yang sangat unik. Kalau tak percaya tanyalah kepada yang sudah baru menjadi pengantin seperti Ariff Shah, Yuyu Zulaikha dan Yana Yassin. Seribu satu perasaan kepada yang bakal menjadi pengantin bila nikah menjadi mahal maka zina jadi murah.
Aku dulu ketika nak kahwin memang susah jadi tak ada pilihan selain buat pinjaman. Berapa ramai pasangan yang senasib dengan aku terpaksa buat pinjaman koperasi dan bank untuk berkahwin. Jangan terkejut ada juga yang pinjam ahlong demi sebuah perkahwinan. Aku terpaksa berjuang sehingga anak yang ke tiga untuk selesai hutang koperasi. Berapa ramai dikalangan pasangan suami isteri yang bergelumang hutang kahwin sehingga anak besar.
[box type=”shadow”]“Dan Allah menjadikan bagi kamu dari diri kamu sendiri pasangan-pasangan (isteri), dan dijadikan bagi kamu dari pasangan kamu: anak-anak dan cucu-cicit, serta dikurniakan kepada kamu dari benda yang baik lagi halal; maka patutkah mereka (yang ingkar itu) percaya kepada perkara yang salah (penyembahan berhala), dan mereka kufur (mengingkari) pula akan nikmat Allah?” – Surah An-Nahl 16; Ayat 72
Perkahwinan sekarang sudah menjadi majlis mewah kerana terikut-ikut kemewahan yang ditunjukkan oleh selebriti idola kepada masyarakat. Perkahwinan bukan lagi ibadah sebagai permulaan sebuah kehidupan keluarga untuk melahirkan anak cucu cicit dan keturunan yang soleh dan soleha. Permulaan perkahwinan yang tidak mengikut cara agama telah mencipta suami isteri yang tidak ikut syarak sehingga melahirkan anak-anak yang tidak malu menipu ibu bapa.
Video Perasaan Hati Seorang Pengantin
Ramai yang rasa malu apabila tidak dapat mempersembahkan majlis perkahwinan yang besar gilang gemilang. Desakan masyarakat yang lebih kepada ke dunia menyebabkan bakal pengantin berusaha siang dan malam mencari modal perbelanjaan. Tidak cukup kad kredit maka bank menjadi sandaran untuk mendapat modal untuk majlis besar besaran. Bukan semua pasangan yang mempunyai kemudahaan kad kredit dan bukan semua yang layak membuat pinjaman dan dengan ilmu agama yang sedikit menyebabkan ramai pasangan terjerumus dengan zina. Hati seorang pengantin sekarang memang sangat mencabar dengan pandangan dunia yang melebihi daripada pandangan akhirat.
[box type=”shadow”]“Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya – pemberian-Nya), lagi Maha Mengetahui.” – Surah An-Nuur 24; Ayat 32
Kongsikan pengalaman anda sebagai seorang pengantin.
146 Comments
Setuju sangat tak semua orang berkemampuan semasa mengadakan majlis perkahwinan..kalau dulu mungkin pihak pengantin lelaki sahaja pening nak keluarkan duit belanja kawin..sekarang sama sahaja..alhamdulillah majlis saya sederhana sahaja di kampung hampir 6 tahun lepas..
Risiko Anemia Semasa Mengandung
Curahan rasa zara @ ..Masalah Sembelit Ketika Mengandung
nak buat macam mana la hai…kos kehidupan bukannya makin turun…
Curahan rasa Pendekar @ ..Pluggin SEO Terbaik Dari Pakar SEO
Assalamu’alaikum teman..Terimakasih sangat untuk artikel-nya tentang pengantin yang bagus sekali..
Salam kenal pak Cik..
Curahan rasa Indra @ ..Jual Baju Muslim Murah Online
artikel di sini memang bagus2 sekali… banyak manfaat yang bisa diperolehi…insyaALLAH…
Curahan rasa Pendekar @ ..Minta Maaf.
Hidup ini penuh panca-roba, majlis perkahwinan sekarang boleh mencapai Rm10,000 lebih… ramai yang mengambil jalan mudah dengan hidup tanpa ikatan yang sah. Maka hiduplah dengan bergelombang dengan dosa. Janganlah pihak pengantin (ibubapa) perempuan meletak harga yang tinggi untuk memperisterikan anak mereka.
Curahan rasa Kamil Salleh @ ..Lawatan Presiden Barack Obama Ke Malaysia
sekarang perkahwinan di nilai dengan wang… bukan dengan keberkatan yang bakal diperolehi… kita tak sama-sama meraikan dengan saling bantu membantu… melainkan kita mahu saling menunjuk-nunjuk…
itulah kesilapan terbesar umat Islam masa kini…
Curahan rasa Pendekar @ ..Minta Maaf.
Keluarga bakal mertua kenalah memahami juga.. jangan minta berlebih-lebihan hingga menyusahkan pihak pengantin lelaki..
sekadar pandangan, belum merasa mengahwinkan anak lagi..
Curahan rasa Moms Avenue @ ..Peranan Suami Ketika Isteri Berpantang Yang Membuatkan Isteri Semakin Sayang
rasa nak kahwin lagi pun ada..eh! mana boleh kalau pendapatan cukup-cukup sahaja!
Curahan rasa Hero Borneo @ ..Tulis Blog Tak Macam Pakar SEO Malaysia
Kawe rasa ibubapa skrg lebih faham sbb mereka dah lalui masaalah ini juga. Banyak yang dah buat ringkas dan dijalankan di masjid sahaja. Hantaran pun tak lah mahal kecuali yang lelaki itu memang diketahui mampu. Apa-apa pun ini semua cabaran dan ujian. Kalu betul2 cinta dan mahu kawin, kena buat yang terbaiklah kan. 😀
Curahan rasa Ismail N @ ..Who Loves Grumpy Cat?
selamat menempuh hidup baru, yang baru saja melaksanakan pernikahan, semoga menjadi sakinah mawaddah dan warrahmah,,,, doa kite orang juga ya,,
Curahan rasa penowo @ ..Resolusi Juara 2014
tak kawen lagi sebab takde pakwe hahahahha :p
Curahan rasa eyra @ ..D ADZA EXTRAVAGANZA ZUMBA PARTY
Bagi saya bersederhana dalam mengadakan majlis perkahwinan adalah lebih baik dan lebih berkat. Islam mengutamakan kesederhanaan dalam apa jua perkara. Apa yang lebih penting persediaan yang bersungguh-sungguh untuk memikul tanggung jawab berat oleh pasangan pengantin pada kemudiaan hari.
Curahan rasa Ezlaila @ ..Tingkatkan Kesihatan Jantung dengan COQ Health Plus
belum layak untuk memberi komen, one day maybe i’ll look for this entry and comment 😀
Curahan rasa muja @ ..Kejohanan Olahraga Tahunan (KOT) IPGKKB 2014
saya single lagi, ehehehh
Curahan rasa myrujukan @ ..Sample Resume Kerja Telah Dimuat Turun Sebanyak 15000 Kali
Pengalaman jadi seorang pengantin memang unik kalau kahwin sekali. Kalau kahwin berkali-kali dah tak unik dah 🙂
Curahan rasa Malaysia Tercinta @ ..Senarai Logo Halal Yang Diiktiraf JAKIM
Lom kahwin.. so..gua takda komen.
Curahan rasa titan @ ..DVD Talk Show Limpahan Rezeki – Penuh syukur dan keajaiban.
Semoga lah dapat kahwinkan anak-anak nanti lebih berpandukan syariat instead of ikut orang/zaman/trend.. uhhuhu
Curahan rasa Nadot @ ..Aku dan Biri-Biri
Alhamdulillah, ketika menikah saya tak buat pinjaman ke manapun, hanya menggunakan uang yang ada saja. Sehingga pernikahan saya dengan istri termasuk sangat sederhana. Kalau di tempat saya, pernikahan yang dilaksanakan dengan sangat sederhana disebutnya “Siduru Isuk”
Curahan rasa Kang Dadan @ ..PBR vs Persib ISL 2014
bersederhana memang terbaiklah kang Dadan, baru tahu istilah “Siduru Isuk” ni, terima kasih kang.
Curahan rasa Denaihati @ ..Hati Seorang Pengantin
Comments are closed.