Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, pengalaman menjadi seorang pengantin memang suatu pengalaman yang sangat unik. Kalau tak percaya tanyalah kepada yang sudah baru menjadi pengantin seperti Ariff Shah, Yuyu Zulaikha dan Yana Yassin. Seribu satu perasaan kepada yang bakal menjadi pengantin bila nikah menjadi mahal maka zina jadi murah.
Aku dulu ketika nak kahwin memang susah jadi tak ada pilihan selain buat pinjaman. Berapa ramai pasangan yang senasib dengan aku terpaksa buat pinjaman koperasi dan bank untuk berkahwin. Jangan terkejut ada juga yang pinjam ahlong demi sebuah perkahwinan. Aku terpaksa berjuang sehingga anak yang ke tiga untuk selesai hutang koperasi. Berapa ramai dikalangan pasangan suami isteri yang bergelumang hutang kahwin sehingga anak besar.
[box type=”shadow”]“Dan Allah menjadikan bagi kamu dari diri kamu sendiri pasangan-pasangan (isteri), dan dijadikan bagi kamu dari pasangan kamu: anak-anak dan cucu-cicit, serta dikurniakan kepada kamu dari benda yang baik lagi halal; maka patutkah mereka (yang ingkar itu) percaya kepada perkara yang salah (penyembahan berhala), dan mereka kufur (mengingkari) pula akan nikmat Allah?” – Surah An-Nahl 16; Ayat 72
Perkahwinan sekarang sudah menjadi majlis mewah kerana terikut-ikut kemewahan yang ditunjukkan oleh selebriti idola kepada masyarakat. Perkahwinan bukan lagi ibadah sebagai permulaan sebuah kehidupan keluarga untuk melahirkan anak cucu cicit dan keturunan yang soleh dan soleha. Permulaan perkahwinan yang tidak mengikut cara agama telah mencipta suami isteri yang tidak ikut syarak sehingga melahirkan anak-anak yang tidak malu menipu ibu bapa.
Video Perasaan Hati Seorang Pengantin
Ramai yang rasa malu apabila tidak dapat mempersembahkan majlis perkahwinan yang besar gilang gemilang. Desakan masyarakat yang lebih kepada ke dunia menyebabkan bakal pengantin berusaha siang dan malam mencari modal perbelanjaan. Tidak cukup kad kredit maka bank menjadi sandaran untuk mendapat modal untuk majlis besar besaran. Bukan semua pasangan yang mempunyai kemudahaan kad kredit dan bukan semua yang layak membuat pinjaman dan dengan ilmu agama yang sedikit menyebabkan ramai pasangan terjerumus dengan zina. Hati seorang pengantin sekarang memang sangat mencabar dengan pandangan dunia yang melebihi daripada pandangan akhirat.
[box type=”shadow”]“Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya – pemberian-Nya), lagi Maha Mengetahui.” – Surah An-Nuur 24; Ayat 32
Kongsikan pengalaman anda sebagai seorang pengantin.
146 Comments
kena ikut kemampuan diri sendiri la kalau berhasrat nak kahwin ni…jangan terlalu mengikut orang…orang buat majlis besar-besaran…kita pun nak ikut jugak…akhirnya, kita yang merana sebab menanggung hutang yang banyak selepas kahwin…
Curahan rasa Ezad Skytech @ ..Film Review – Brick Mansions
Kita serupa. . Saya pun terpaksa buat pinjaman bank masa nak kahwin. . Saya dah berkawan dengan isteri saya semenjak belajar di Universiti lagi. . Kemudian kami sama-sama dihantar bertugas ke Mukah Sarawak. .
Disebabkan berjauhan dari keluarga, lebih baik kami segera diakad nikahkan. . Nasa tu baru bekerja, mana ada duit simpanan untuk berkahwin. . Jadi terpaksalah buat pinjaman bank. .
Curahan rasa anuar @ ..Belajar Daripada Blog Denaihati cara membelai hati Pembaca
Pasti dah habis bayar rasanya tu…. asasnya buat personal loan tak jadi masalah asalkan kita boleh bayar ikut jadual dan pinjaman ni jangkamasa pendek. lepas habis belajar dan baru kerja memang biasanya simpanan baru je nak mula.
Curahan rasa Denaihati @ ..Cara permohonan trademark
terima kasih atas informasinya
pada saya tak perlu majlis besar-besaran yang hanya akan mebebenkan selepas majlis
selagi boleh elak dari utang kena elak kan …. kalau budjet cuma ada RM10K saja rasanya buat saja kecil-kecilan dan yang penting akad nikah ..
malang nya ramai yang mahukan majlis yang besar gedabak .. 🙁
Curahan rasa namia @ ..Menuntut Ilmu Dengan Denaihati
Sy sokong pendapat nie. Tak perlu bermegah-megah atau menunjuk2. Selesaikan yang wajib jer, tu yang penting. <————– X kahwin lagi 🙂
Curahan rasa Muhammad hizwan @ ..Tiada Air? Nissan Perkenal Kereta Kalis Kotoran Nissan Note
setuju sangat, ukur baju dibadan sendiri, kalau dikampung ada rewang/gotong royong banyak juga boleh jimat berbanding ambil katering. dibandar lebih mencabar sikit, tak semua taman perumahan bersedia dengan rewang, ramai yang sibuk dengan kerja dan sebagainya tapi dengan pengurusan yang baik dan persepakatan insyaAllah tak mustahil mampu buat.
Curahan rasa Denaihati @ ..Minum Yeo’s dapat RM500k tak nak ke?
Sekali dengar memang lawak habis… mesti hangit semacam bakal pengatin…
Tapi penuh dengan makna tersirat… perkahwinan dah jadi macam dagangan… siap dengan loan bagai…kalau tak buat meriah2 masyarakat memandang pelik…
Tetapi bila difikirkan semula – pandangan masyarakat adakah mengikut keperluan syariat?
Curahan rasa saljuhumairah @ ..Kata Kata Hikmah Tun Dr Mahadhir Mohamad
Hangit betul panggilan tersebut sehingga terbakar panas dia dalam keretanya. hati seorang pengantin.
Owh my Gosh! What the FISH!
Curahan rasa Afiffuddin @ ..Nama dalam tulisan Jawi – Tukar ejaan nama ke tulisan Jawi
dapat panggilan hangit yang macam tu memang tak boleh la…
Curahan rasa Pendekar @ ..Minta Maaf.
Jangankan majlis kahwin, tunang pun ramai yg buat majlis besar2 sampai sanggup berhutang. Baik kahwin jer terus. Makin lambat kahwin makin tinggilah hantarannya nanti. Memang tak mustahillah sampai anak dah besar pun hutang buat belanja kahwin pun tak setel2 lagi..
Curahan rasa UpProfits @ ..Blog tak banyak Komen? Belajar Tips dan Cara Denaihati
Bertunang ni satu hal lagi, cukup dengan kenduri doa selamat, kalau nak pasang khemah, 1 pun cukup dah jemput jiran terdekat je.
kalau pihak perempuan jauh, contonya lelaki duduk johor, perempuan perlis, boleh agak berapa besar kos pengangkutan dan penginapan. kes macam ni, ada pasangan yang buat majlis bertunang sehari sebelum nikah.
Curahan rasa Denaihati @ ..Misteri lawatan Presiden Barack Obama ke Malaysia
nak berkahwin biar sederhana dan mengikut kemampuan.
I panas, bila panas, i nak bukak baju. hahahha
Curahan rasa Bahrain @ ..Mee Rebus Tulang Di Restoran ZZ Sup Tulang, Johor Bahru
betul tu…. semoga nanti PB pun mampu bersederhana dan ikut kemampuan juga… mohonlah bakal mak-pak mentua tak demand macam-macam… huhu..
Curahan rasa Pendekar @ ..Tonton Download Filem Abang Long Fadil Official Trailer
Bila denaihati dah buat pasal hati seorang pengantin… PB pun berminat nak buat tentang hati seorang bakal pengantin… konon2 lah kan nanti boleh cepat kahwin…
hehe…
Curahan rasa Pendekar @ ..Hati Seorang Bakal Pengantin.
bagi PB yang belum kahwin ni…cukup sukar sebenarnya hendak cari pasangan.
entahlah… terkadang perkara seperti ini bukanlah suatu perkara mudah untuk dilakukan.
seboleh-bolehnya nak elakkan daripada meminjam wang dari orang untuk perkahwinan sendiri..tapi apakan daya… calon pun tak ada…
sedih pun sedih… tapi hakikat kehidupan seperti itulah… huhu..
Curahan rasa Pendekar @ ..Khidmat Servis Pakar SEO Malaysia
dengar-dengar sekarang pun belanja kenduri RM15-20k untuk majlis yang biasa-biasa, berat juga.
mudahan bro cepat bertemu jodoh dan dipermudahkan Allah segala urusan nanti.
Curahan rasa Denaihati @ ..Hasrul Hassan Pakar SEO Malaysia
Yeop heran dengan “kehendak ibu bapa pengantin” sendiri, apa yang mereka fikirkan sedangkan gaji bukanlah sebesar manapun. Jadi yeop jadi keliru yang mana perlu diutamakan.
kehendak ibu bapa pengantin kadang2 melampau2 tamaknya…
adohai…
Curahan rasa Pendekar @ ..Tonton Download Filem Abang Long Fadil Official Trailer
Majlis kahwin saya dulu buat kecik-kecik je. Cuma majlis belah perempuan je meriah sikit. Tak buat pinjaman. Kalau dulu buat pinjaman tak tahu la macam mana hidup sekarang dengan hutang bertimbun.
Tengok majlis kahwin orang zaman sekarang ni rasa seram sejuk satu badan. Majlis semua nak besar-besar. Bertunang pun buat majlis macam majlis kahwin. Ada sesetengah tu pulak majlis kahwin besar-besaran tapi tak lama lepas tu bercerai. Hmmm.
Curahan rasa Anarm @ ..Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2014
aku lagi ngeri sebenarnya bro… takut tak tercapai hajat nak nikah…. 🙁
Curahan rasa Pendekar @ ..Siapa Pakar SEO Malaysia
Kawin dulu share dgn cousin. Jimat… 2 kenduri dlm 1 majlis… pelamin 1 jer… gilir2… smuenyer kongsi… hehehhe…
untung la boleh kongsi2 pelamin…. jimat belanja…
Curahan rasa Pendekar @ ..Kelebihan dan Kebaikan Blogspot Berbanding Domain.
tetiba rasa macam nak jadi pengantin.. ermm.. dulu belah perempuan majlis pengantin yang meriah.. yang belah lelaki, biasa je..
Curahan rasa KiD @ ..EPHYRA Kini Jadi Pilihan Ramai
ada hajat nak tambah cawangan lettew… :p
Curahan rasa Pendekar @ ..Senarai Top 40 Blogger Melayu Malaysia 2014 (April)
Takut melihat pasangan berbelanja untuk majlis perkahwinan. Majlis bertunang sudah ada pelamin dan persalinan. Belum lagi hari Raja sehari.
Memang menakutkan bila kita cuba nak menjadi seperti orang lain tanpa mengira kemampuan tak sama.
memang kemampuan setiap orang tak sama… macam saya… tak mampu pun nak bagi hantaran sampai rm20k…
Curahan rasa Pendekar @ ..Benarkah Abang Ensem Kaki SPAM?
Comments are closed.