Misteri lawatan Presiden Barack Obama ke Malaysia

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, Malaysia dan dunia masih meratapi kehilangan misteri pesawat MH370. Kehilangan misteri MH370 memberi kesan bukan sahaja kepada keluarga malah kepada industri penerbangan dan industri pelancongan. Dalam kesedihan kehilangan MH370, Malaysia dikejutkan dengan kematian tragis YB Karpal Singh yang terkorban dalam kemalangan ngeri di KM 306.1 Lebuh Raya Utara Selatan arah Utara dan kemudian diikuti dengan lawatan 3 hari Presiden Barack Obama ke Malaysia.
[box type=”shadow”]Jadual Lawatan 3 hari Presiden Barack Obama ke Malaysia

Sabtu 26 April :

  • Ketibaan
  • Menghadap Duli Yang Di Pertuan Agung dan Majlis Makan Malam Negara

Ahad 27 April :

  • Masjid Negara
  • Pertemuan Dua Hala dengan Datuk Seri Najib Tun Razak
  • Melawat Pusat Inovasi dan Kreatif Malaysia (MaGIC)
  • Pertemuan dengan Pemimpin Muda Asia Tenggara di Universiti Malaya
  • Pertemuan dengan Pemimpin Masyarakat

Isnin 28 April :

Karpal terkoban dalam kemalangan ngeri

Aku jangkakan senario politik Malaysia akan berubah dengan kehilangan Karpal Singh atau lebih dikenali sebagai Harimau Jelutong. Karpal bukan sahaja seorang peguam yang terkenal malah seorang ahli politik yang sangat berprinsip. Beliau tidak takut kepada sesiapa sehingga berani meminta DS Anwar Ibrahim bertaubat ketika Anwar menghadapi kes liwat dan kemudian mengetuai barisan peguam yang mempertahankan DS Anwar untuk kes liwat Saiful Bahari. Rakyat berhutang budi kepada mendiang Karpal kerana dengan ketegasannya sebagai pemimpin politik DAP telah meyebabkan berbagai perubahan dalam negara.

gambar_kereta_karpal_singh_kemalangan

Kehilangan Karpal pasti sangat dirasai oleh kepimpinan Pakatan Rakyat terutama DS Anwar Ibrahim yang sedang menunggu rayuan hukuman penjara lima tahun. Seandainya DS Anwar tewas dalam rayuan pasti ianya akan menambah kesan yang lebih besar kepada suasana politik Malaysia setelah ketiadaan Karpal. Bezanya Karpal tidak pernah mempunyai masalah salah laku menyebabkan dia sangat dihormati kawan dan lawan. Paling aku tabik cara Karpal berpolitik tidak pernah menyusahkan rakyat dengan berdemostrasi dan rusuhan tapi menggunakan cara berwibawa untuk reformasi sehingga mempengaruhi Kerajaan. Bukan mudah mencari ganti pemimpin politik yang cekal dan sabar mengharungi berbagai kesusahan politik yang mereka hadapi.

Lawatan Presiden Barack Obama ke Malaysia

[box type=”shadow”]Jadual Lawatan Presiden Barack Obama ke Asia

23 April : Jepun

25 April : Korea Selatan

26 April : Malaysia

28 April : Filipina [/box]

Setelah kehilangan Karpal Singh, Malaysia akan menerima lawatan Presiden Barack Obama pada pertengahan bulan April. Ini adalah kali pertama seorang Presiden Amerika melawat Malaysia dengan berbagai agenda penting untuk merapatkan hubungan antara Malaysia dan Amerika. Pejabat Presiden Barack Obama telah memaklumkan bahawa Obama tidak akan berjumpa dengan Ketua Pembangkang, DS Anwar Ibrahim tetapi pegawai bawahan mungkin. Tarikh lawatan Obama ke Malaysia masih dirahsiakan tetapi seperti analisa Blogger Brado Kapak macam-macam spekulasi sedang bermain di sosial media. Lawatan pertama Presiden Amerika ke Malaysia pasti akan mempengaruhi suasana politik Malaysia kerana Amerika tidak akan datang kesesebuah negara hanya untuk ekonomi. Lawatan Obama ke Malaysia pasti telah dirancang untuk satu perancangan yang besar lebih besar dari kehilangnya misteri MH370 dari mata manusia.

Apa tujuan lawatan Barack Obama ke Malaysia?

[box type=”shadow”]” Katakanlah (Muhamad) : Wahai Tuhan pemilik kekuasaan, Engkau berikan kekuasaan kepada siapa pun yang Engkau kehendaki, dan Engkau cabut kekuasaan dari siapa pun yang Engkau kehendaki.” – surah Al-Imran, 26.

Tidakkah kamu tahu, bahawa Allah memiliki kerajaan langit dan bumi? Dan tidak ada bagimu perlindungan dan penolongan selain allah.“ – surah Al-Baqarah, 107 [/box]

ALLAH tidak akan jadikan kehilangan MH370, kematian tragis Karpal Singh dan lawatan Presiden Barack Obama tanpa sebab. Semuanya bakal mengubah suasana politik Malaysia dan semuga ianya membawa kebaikan kepada Rakyat. Ada spekulasi yang mengaitkan kehilangan MH370 dan lawatan Presiden Amerika ke Malaysia dengan akhir zaman. Siapalah aku yang boleh mengulas spekulasi tetapi yang paling penting berusaha untuk menjadi hamba Allah yang lebih dekat kepada-NYA kerana aku yakin kita boleh berpolitik sehebat mana tetapi akhirnya ALLAH sahaja yang akan memilih pemimpin paling layak untuk sesebuah negara untuk sebab-sebab tertentu.

118 Comments

  1. Suasana politik kat Malaysia ni dah sangat kucar kacir. Takut sangat bila tahun makin ke depan. Memikirkan soal politik macam ni. rakus dengan kepimpinan yang kita sendiri tak mampu nak jangka. Mengejar jawatan, tapi bila dah dapat tak buat dengan baik.
    Curahan rasa KANVAS DAKWAT @ ..business card MURAH !!!!My Profile

  2. saya sentiasa berfikiran positif dalam isu ini. Ini adalah lawatan kerja sama seperti yang dilakukan oleh perdana menteri yang lain. Dan saya yakin bahawa perdana menteri Malaysia tahu apa yang perlu dilakukan dan terbaik untuk rakyat.
    Curahan rasa adarain @ ..Review Movie The Maze RunnerMy Profile

  3. Entah kenapa sejak kebelakangan ini orang terlalu asyik dengan teori konspirasi…sikit-sikit nak berteori..sikit-sikit nak berkonspirasi…aku tak kata ianya salah..cuma aku takut nanti ada orang kita tak boleh terima takdir dan ketentuan qada dan qadar Allah…apabila kita terlalu asyik dengan teori…kita cuba mencari salah siapa…bagi aku semua teori konspirasi yang berlegar sejak lebih ramai manusia kenal internet…semakin hari semakin mengarut…pasal teori mh370 tu..aku rasa lebih baik kita bersederhana..kerna perlu menjaga sensitiviti ahli keluarga mangsa….pasal obama pula memang dia tak akan datang tangan kosong…kemalangan tragis karpal pula aku lebih suka anggap ia sebagai takdir…bukan apa aku takut akan timbul fitnah pula nanti
    Curahan rasa blogger lelaki @ ..Erti PersahabatanMy Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!