Minum Yeo’s dapat RM500k tak nak ke?

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, baru-baru ini telah berlangsungnya satu majlis yang ditunggu-tunggu oleh peminum tegar Yeo’s Malaysia sempena meraikan pemenang-pemenang peraduan “Yeo’s 80 Days Drink To Cash” yang diadakan di Espresso Lab Low Yat Plaza, Kuala Lumpur. Majlis ini merupakan kesinambungan peraduan Yeo’s seperti yang pernah diwar-warkan mengenai peraduan minum Yeo’s dan menang RM 500,000  tempoh hari. Team Denaihati  telah pun dijemput oleh pihak Yeo’s Malaysia untuk sama-sama memeriahkan majlis ini.

Yeo’s 80 Days Drink to Cash Contest

Yeo’s 80 Days Drink to Cash Contest – RM 500,000 untuk dimenangi

Yeo’s  Malaysia telah berkerjasama dengan salah satu aplikasi komunikasi sosial mobil yang terkemuka iaitu WeChat, telah pun memberikan ganjaran ‘bonanza’ kepada 34 pemenang pertama Hadiah Harian dan 3 Hadiah Khas kepada pemenang bertuah “Yeo’s 80 Days Drink To Cash” tersebut. Bagi yang masih tertanya-tanya, peraduan ini telah pun berlangsung pada 13 Mac 2014 sehingga 31 Mei 2014 dimana pihak Yeo’s Malaysia menawarkan hadiah wang tunai yang keseluruhannya berjumlah setengah juta ringgit serta 72 iPad dan banyak lagi hadiah yang menanti anda seperti hadiah utama yang bernilai RM 100,000.

Turut hadir pada majlis penyampaian hadiah tersebut ialah Vincent Chui, Pengurus Besar Pemasaran Yeo’s berkata,

Sehingga hari ini, kami telah menerima respons yang sangat memberangsangkan dalam 34 hari pertama dan bilangan pengikut di akaun rasmi Yeo’s di saluran WeChat semakin bertambah.

Pemenang Yeo’s 80 Days Drink to Cash Contest

Pemenang “Yeo’s 80 Days Drink To Cash” bergambar bersama

Sementara itu pula Mohd Zahid Israk bin Baharom, pemenang bertuah pertama yang telah mendapat hadiah wang tunai istimewa iaitu RM 10,000 berkata,

Ini merupakan sesuatu yang sukar saya percayai apabila diumumkan sebagai pemenang pertama hadiah istimewa pertandingan ini. Saya tidak dapat tidur nyenyak semalaman disebabkan terlalu gembira dengan berita ini.

Pemenang utama Yeo’s 80 Days Drink to Cash Contest

Mohd Zahid Bin Baharom , pemenang hadiah bernilai RM 10,000 “Yeo’s 80 Days Drink To Cash”

Yeo’s 80 Days Drink to Cash Contest, Contest 80 Hari Yeo's. Hadiah peraduan Yeo’s 80 Days Drink to Cash Contest,

Salah seorang pemenang yang memenangi wang tunai RM 3,000

Tahniah buat mereka yang menjadi pemenang bertuah peraduan terulung yang dianjurkan oleh pihak Yeo’s Malaysia ini. Bagi mereka di luar sana, peluang untuk memenangi hadiah masih lagi terbuka kerana peraduan ini akan tamat pada 31 Mei 2014,  anda masih mempunyai 45 hari lagi untuk menghantar penyertaan bertuah anda. Jumlah hadiah setakat ini yang telah dimenangi ialah RM154,800 dan sebanyak 27 iPads dalam tempoh 32 hari peraduan dijalankan.

kenit cinonet dapai iPad contest Yeo's

Orang ramai boleh membuat sebarang pembelian produk minuman Yeo’s, Justea, ataupun Soyrich dalam bentuk Tetra Pak 250ml & 1L, botol PET 350ml, 500ml dan 1.5L. Setiap penyertaan berdasarkan produk yang disebutkan itu adalah sah untuk menyertai peraduan ini berdasarkan panduan yang telah diberikan.

1. Pengguna boleh melampirkan kod yang terdapat pada produk atau resit rasmi yang tertera jelas untuk layak menyertai peraduan. Kemudian hantar  kod peraduan atau resit rasmi beserta gambar sebagai bukti pembelian melalui akaun rasmi Yeo’s Malaysia di WeChat.

2. Jika penyertaan berjaya, peserta akan diberikan notis dan pautan iklan Yeo’s di YouTube untuk menjawab soalan mudah yang berkaitan dengan iklan pada YouTube tersebut. Simpan gambar bagi tujuan pengesahan.

3. Setiap kod adalah layak untuk satu penyertaan sahaja. Jumlah penyertaan pula akan bergantung pada jumlah pek yang tertera di atas resit rasmi.

Rakan- rakan lain masih lagi berpeluang untuk menjadi pemenang bertuah peraduan ini mana tahu dapat rezeki macam Kenit Cinonet dapat iPad, untuk maklumat lanjut mengenai peraduan ” Yeo’s 80 Days Drink To Cash ” ini boleh ikuti WeChat ID : YeosMalaysia ATAU lawati Contest RM500K Yeo’s Malaysia.

107 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!