Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, sejak kebelakangan ini semakin banyak pembaca yang mencari kata kunci Denaihati. Ini dapat dibuktikan dengan pertambahan peratusan pencarian kata kunci Denaihati di Google Analaytics. Adakah mungkin 2013 kata kunci Denaihati akan dapat menduduki antara top 10 keywords Google Malaysia sebaris dengan kata kunci Fatin Liyana yang telah menjadi google top 10 blog search 2011.
Blogger INI (setakat kopi secawan manalah nak dapat rahsia) sudah beberapa kali cuba mencungkil rahsia bagaimana jenama Denaihati boleh menyerap menguasai ruang angkasa Nusantara secara perlahan-lahan sedangkan blog Denaihati bukanlah popular seperti top blogger INI yang selalu sahaja bertahta di ruang majalah dan media Malaysia. Adakah semua itu nasib?
Kali ini aku nak buka sikit rahsia bagaimana jenama blog Denaihati dibina tetapi tak bolehlah banyak-banyak sangat takut nanti Blogger INI tak boleh cari makan.
Pemilihan nama dalam membina jenama adalah sangat penting. Nama mesti pendek, mudah disebut dan unik serta mungkin misteri. Lihat saja nama-nama domain terkenal seperti GOOGLE, YAHOO, FACEBOOK, AMAZON bukankah pendek, mudah disebut, mudah diingat, unik dan misteri.
DENAIHATI terILHAM setelah difikir berminggu-minggu daripada berpuluh-puluh senarai nama yang lain. Nama DENAIHATI mengikut ciri-ciri pemilihan domain terkenal itu pendek, mudah disebut, mudah diingat, unik dan misteri. MISTERI menjadikan DENAIHATI lebih unik. Bertahun-tahun pembaca mencari apa itu DENAIHATI dan sehingga sekarang masih ramai lagi pembaca yang masih tercari-cari apa itu DENAIHATI. Semua ini tidak berlaku dengan sengaja tetapi dirancang sebagai satu strategi membina jenama DENAIHATI yang suatu hari nanti akan menjadi satu nama besar di dunia maya.
Nama sangat penting dalam proses membina jenama terkenal jadi kepada Blogger baru yang sedang terfikir-fikir mencari nama untuk blog pastikan pencarian nama mesti dalam radar ciri-ciri pemilihan jenama terkenal seperti yang telah dijelaskan di atas. Kepada Blogger lama tapi masih tersangkut tak naik-naik tak ada salahnya kalau nak buat menjenamaan baru seperti Blogger INI (mungkin kah?), in shaa Allah dengan penjenamaan baru akan mencetus motivasi baru dan rezeki baru.
Pasti Rakan Blogger masih ingat dengan entri bertajuk “Penjanaan Trafik berdasarkan kata kunci“, Eizil menulis bahawa blogger boleh membina nama dari kata kunci yang tidak popular untuk jadi popular sebagaimana YAHOO, GOOGLE dan FACEBOOK pasti bukan kata kunci yang popular pada mulanya.
In sha Allah di lain kesempatan aku akan kongsikan lebih banyak strategi yang telah digunakan oleh blog DENAIHATI untuk membina jenama sehingga menjadi pilihan banyak syarikat pengiklanan besar. Kalau buat eBook pun bagus ni.
Tiada yang mustahil sekiranya semua dirancang dengan baik berserta doa dan tawakal. Kejayaan tidak datang sekelip mata.
169 Comments
Time kasih Tuan Denaihati.. Banyak yg Ilmu yg Nurul dapat.. 🙂
Curahan rasa Nurul @ ..iPhone 5 gadget impian
Atas usaha sendiri…
Denaihati naik… Ingat masa mula2 masuk blog denaihati dulu.. ha ha..
Curahan rasa fazrol @ ..Rantai Emas di Jual!
mmg sgt rumit bab pemilihan nama ni
DH dah capat tahap blogger berjaya ni 😉
Curahan rasa Ummi Hanie @ ..Birthday 3 budak
Perjalanan untuk menjadi yang terkenal memerlukan hati yang kental
Curahan rasa fmtt @ ..Sayangi Anak
Terima kasih banyak, perkongsian yang berguna.
Curahan rasa fmtt @ ..Sayangi Anak
Salam..
jenama blog saya masih “cap ayam” je..
ranking bawah 1000 Alexa Malaysia pun
kita “too much” dah..
Curahan rasa Bro Zulkbo @ ..Kenapa Boleh Kena Kanser Buah Zakar ?
setuju dengan DH… nama blog amat penting… untuk penjenamaan blog….=)
Curahan rasa Melastik Bintang @ ..ImanPuri Sdn. Bhd Pilihan Yang Tepat
nama denaihati dah jadi kebiasaan sekarang. cayalah. semoga lebih sukses di masa hadapan
Curahan rasa booBlogs @ ..6 Fakta Cara Minta Bantuan di Lebuhraya
Agak-agak pencarian menggunakan nama ‘abangkhai’ mudah tidak di google? hehehe
Curahan rasa abangkhai @ ..Negeri Melaka yang indah..
good idea, saya tunggu e-book tersebut.
Curahan rasa arifin aziz @ ..BIDARA @ SINAR HARIAN
klu buat ebook.. ok jugak 🙂
Curahan rasa Premium Beautiful @ ..Premium Beautiful Corset – Harga Promosi
perlukan komitmen dan ilmu yg byk utk sampai ke tahap tu 🙂
Curahan rasa Ekspresi Ruang @ ..Hiasan Dalaman Rumah: Petua, Tips & Perkara Perlu Elak
nama sendiri pun ok kot.. hehe..
Curahan rasa cmratu @ ..Sibuk di hujung minggu
Kagum dengan skill branding bro. Memang menunjukkan bro dah lama duduk dalam dunia marketing dan managing
Curahan rasa halif @ ..Pengalaman telemarketing bersama Swiss Garden International Vacation Club (SGIVC)
btol tu. percaturan dan perancangan perlu btol dlm marketing ni 🙂
Curahan rasa Ekspresi Ruang @ ..31 Blair Road: Transformasi Rumah Kedai Lama Oleh Ong & Ong
dulu nama DenaiHati agak janggal disebut.. sekarang dah jadi mainan mulut
Curahan rasa Mus @ ..Tambang Murah Air Asia – Promosi Hari Jadi Ke 11 Dengan Tambang 11 Sen
Biasala tu kan..bila dah lama, banyak usaha yang dilakukan, tersohor jugak ler..hehe
Curahan rasa Hafizul @ ..Indahnya Alam Maya Dan Media Sosial
betul tu.. tapi sekarang dah biasa.. 🙂 macam facebook mula2 dulu juga..
Curahan rasa cmratu @ ..Gambar outdoor pengantin di hitam putihkan
pertama kali dgr nama ni, mmg merasakan ada satu isi yg menarik ttg blog ni.
pemilihan nama yg tpt utk bro DH
Curahan rasa Ekspresi Ruang @ ..Hiasan Dalaman Berciri Etnik Orang Asli Dengan Gaya Industri Ilham Studio Santalla
Comments are closed.