Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, sejak kebelakangan ini semakin banyak pembaca yang mencari kata kunci Denaihati. Ini dapat dibuktikan dengan pertambahan peratusan pencarian kata kunci Denaihati di Google Analaytics. Adakah mungkin 2013 kata kunci Denaihati akan dapat menduduki antara top 10 keywords Google Malaysia sebaris dengan kata kunci Fatin Liyana yang telah menjadi google top 10 blog search 2011.
Blogger INI (setakat kopi secawan manalah nak dapat rahsia) sudah beberapa kali cuba mencungkil rahsia bagaimana jenama Denaihati boleh menyerap menguasai ruang angkasa Nusantara secara perlahan-lahan sedangkan blog Denaihati bukanlah popular seperti top blogger INI yang selalu sahaja bertahta di ruang majalah dan media Malaysia. Adakah semua itu nasib?
Kali ini aku nak buka sikit rahsia bagaimana jenama blog Denaihati dibina tetapi tak bolehlah banyak-banyak sangat takut nanti Blogger INI tak boleh cari makan.
Pemilihan nama dalam membina jenama adalah sangat penting. Nama mesti pendek, mudah disebut dan unik serta mungkin misteri. Lihat saja nama-nama domain terkenal seperti GOOGLE, YAHOO, FACEBOOK, AMAZON bukankah pendek, mudah disebut, mudah diingat, unik dan misteri.
DENAIHATI terILHAM setelah difikir berminggu-minggu daripada berpuluh-puluh senarai nama yang lain. Nama DENAIHATI mengikut ciri-ciri pemilihan domain terkenal itu pendek, mudah disebut, mudah diingat, unik dan misteri. MISTERI menjadikan DENAIHATI lebih unik. Bertahun-tahun pembaca mencari apa itu DENAIHATI dan sehingga sekarang masih ramai lagi pembaca yang masih tercari-cari apa itu DENAIHATI. Semua ini tidak berlaku dengan sengaja tetapi dirancang sebagai satu strategi membina jenama DENAIHATI yang suatu hari nanti akan menjadi satu nama besar di dunia maya.
Nama sangat penting dalam proses membina jenama terkenal jadi kepada Blogger baru yang sedang terfikir-fikir mencari nama untuk blog pastikan pencarian nama mesti dalam radar ciri-ciri pemilihan jenama terkenal seperti yang telah dijelaskan di atas. Kepada Blogger lama tapi masih tersangkut tak naik-naik tak ada salahnya kalau nak buat menjenamaan baru seperti Blogger INI (mungkin kah?), in shaa Allah dengan penjenamaan baru akan mencetus motivasi baru dan rezeki baru.
Pasti Rakan Blogger masih ingat dengan entri bertajuk “Penjanaan Trafik berdasarkan kata kunci“, Eizil menulis bahawa blogger boleh membina nama dari kata kunci yang tidak popular untuk jadi popular sebagaimana YAHOO, GOOGLE dan FACEBOOK pasti bukan kata kunci yang popular pada mulanya.
In sha Allah di lain kesempatan aku akan kongsikan lebih banyak strategi yang telah digunakan oleh blog DENAIHATI untuk membina jenama sehingga menjadi pilihan banyak syarikat pengiklanan besar. Kalau buat eBook pun bagus ni.
Tiada yang mustahil sekiranya semua dirancang dengan baik berserta doa dan tawakal. Kejayaan tidak datang sekelip mata.
169 Comments
biar sejati dgn jenama kita walau x popular
dari dok meniru jenama org lain je…
Curahan rasa auc @ ..Malaysia vs Singapura | AFF Suzuki Cup 2012 | Keputusan Terkini
setuju bro..pemilihan jenama blog memang penting..macam saya lebih suka menggunakan nama sendiri..
Curahan rasa hafizrahim @ ..Durian Crepe? Ke Durian Pancake?
Semoga sahabat DH senantiasa terus berbagi mengenai ilmu blogging
Curahan rasa Blog Keperawatan @ ..iPhone 5 Gadget Impian
Saya juga banyak belajar di Denai Hati
Curahan rasa Blog Keperawatan @ ..iPhone 5 Gadget Impian
Keyword yang digunakan membantu blog SEO terutama keyword organik. Tidak dinafikan analisa saya keyword ‘saman trafik’ banyak menyumbang trafik ke blog DenaiHati.
Curahan rasa akubiomed @ ..Gotong royong di kampung Wellington
setakat ini saya berpuashati dengan jenama dan domain blog, ehhehe
Curahan rasa Juan @ ..Pasca Selepas Serangan Malware Terhebat
denaihati patutu di jempol, posisi 10 top SE dengan domain melekat dihati dan selalu diingat
Curahan rasa blog pendidikan @ ..Penerimaan CPNS Untuk Tenaga Pendidik Tahun 2013
Hai DH,
terima kasih di atas perkongsian bermanfaat ini,
Pemilihan nama memang sangat penting dalam membina jenama blog. Ia bukan sahaja memudahkan pembaca mengingati blog kita.
Mudah-mudahan blog saya juga akan terkenal satu hari nanti, Mudah-mudahan.
Curahan rasa donnyien @ ..Akhir dari kebencian
syapun selalu mengetikan denaihati do browser kalo mau mengunjungi blog ini, nama domainnya mudah di ingat 🙂 sukses buat denaihati
Curahan rasa blogunix @ ..Daftar Film Terbaru 2013 Dan Sinopsis
makasih banyak atas info nya…!
Curahan rasa obat herbal multikhasiat @ ..obat tradisional penyakit kanker usus
Mula2 nak pilih kata kunci bukan senang. Kalau denaihati memikir ntuk dptkan kata kunci sampai berminggu2, Sudan past I banyak Benda yg Denaihati kaji. Tahniah Dan syabas diucapkan.
Fikir berminggu-minggu utk guna bertahun-tahun … mana tahu satu hari boleh jual pulak dengan nilai juta-juta heee.
Curahan rasa denaihati @ ..Malaysia vs Singapore AFF Suzuki Cup 2012
satu perkongsian yg menarikk..
Thanks..
Curahan rasa Bahrain @ ..iPhone 5 Gadget Impian
Perkongsian yang bagus,nama yang pendek sangat-sangat memberikan impak,mudah di ingati pembaca.
Curahan rasa Ikmal Izwan @ ..Motivasi Diri Mencapai Impian
hurm… dah lima tahun guna “saljuhumairah” rasa sayang pulak…
korang rasa ok ke “saljuhumairah” dikekalkan?
1. nampak panjang.
2. misteri
3. macam pompuan, sedangkan saya lelaki… ada pendapat?
Curahan rasa saljuhumairah @ ..Awasi Kemunculan Snouck Hurgronje
Ok lah tu Saljuhumairah
bina jenama sendiri secara konsisten ..slow and steady pasti berjaya …
Curahan rasa Bro Yusri @ ..Get A Hotel Online
Semoga satu hari nanti blog PM leh menjadi sehebat blog tuan denaihati 😉
Curahan rasa papa mifz @ ..Pentingnya Autogate
semakin hari semakin dikenali nama Denaihati ni… 🙂 tu yg ramai cari tn.
Curahan rasa Myvitrd.com @ ..Nuffnang CPUV a.k.a Buffered Earning Mula Berlari-Lari
Comments are closed.