Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, sejak kebelakangan ini semakin banyak pembaca yang mencari kata kunci Denaihati. Ini dapat dibuktikan dengan pertambahan peratusan pencarian kata kunci Denaihati di Google Analaytics. Adakah mungkin 2013 kata kunci Denaihati akan dapat menduduki antara top 10 keywords Google Malaysia sebaris dengan kata kunci Fatin Liyana yang telah menjadi google top 10 blog search 2011.
Blogger INI (setakat kopi secawan manalah nak dapat rahsia) sudah beberapa kali cuba mencungkil rahsia bagaimana jenama Denaihati boleh menyerap menguasai ruang angkasa Nusantara secara perlahan-lahan sedangkan blog Denaihati bukanlah popular seperti top blogger INI yang selalu sahaja bertahta di ruang majalah dan media Malaysia. Adakah semua itu nasib?
Kali ini aku nak buka sikit rahsia bagaimana jenama blog Denaihati dibina tetapi tak bolehlah banyak-banyak sangat takut nanti Blogger INI tak boleh cari makan.
Pemilihan nama dalam membina jenama adalah sangat penting. Nama mesti pendek, mudah disebut dan unik serta mungkin misteri. Lihat saja nama-nama domain terkenal seperti GOOGLE, YAHOO, FACEBOOK, AMAZON bukankah pendek, mudah disebut, mudah diingat, unik dan misteri.
DENAIHATI terILHAM setelah difikir berminggu-minggu daripada berpuluh-puluh senarai nama yang lain. Nama DENAIHATI mengikut ciri-ciri pemilihan domain terkenal itu pendek, mudah disebut, mudah diingat, unik dan misteri. MISTERI menjadikan DENAIHATI lebih unik. Bertahun-tahun pembaca mencari apa itu DENAIHATI dan sehingga sekarang masih ramai lagi pembaca yang masih tercari-cari apa itu DENAIHATI. Semua ini tidak berlaku dengan sengaja tetapi dirancang sebagai satu strategi membina jenama DENAIHATI yang suatu hari nanti akan menjadi satu nama besar di dunia maya.
Nama sangat penting dalam proses membina jenama terkenal jadi kepada Blogger baru yang sedang terfikir-fikir mencari nama untuk blog pastikan pencarian nama mesti dalam radar ciri-ciri pemilihan jenama terkenal seperti yang telah dijelaskan di atas. Kepada Blogger lama tapi masih tersangkut tak naik-naik tak ada salahnya kalau nak buat menjenamaan baru seperti Blogger INI (mungkin kah?), in shaa Allah dengan penjenamaan baru akan mencetus motivasi baru dan rezeki baru.
Pasti Rakan Blogger masih ingat dengan entri bertajuk “Penjanaan Trafik berdasarkan kata kunci“, Eizil menulis bahawa blogger boleh membina nama dari kata kunci yang tidak popular untuk jadi popular sebagaimana YAHOO, GOOGLE dan FACEBOOK pasti bukan kata kunci yang popular pada mulanya.
In sha Allah di lain kesempatan aku akan kongsikan lebih banyak strategi yang telah digunakan oleh blog DENAIHATI untuk membina jenama sehingga menjadi pilihan banyak syarikat pengiklanan besar. Kalau buat eBook pun bagus ni.
Tiada yang mustahil sekiranya semua dirancang dengan baik berserta doa dan tawakal. Kejayaan tidak datang sekelip mata.
169 Comments
Setuju dengan kalimat hanya dengan kejaaan tidak hanya datang sekilap mata. karena semua itu harus melalui proses perjuangan dan doa serta tawakal.
Sukses selalu
Salam
Ejawantah’s Blog
ha ah..betul dah tu..bukan senang nak senang..
Curahan rasa Hafizul @ ..Segmen Review Sesama Blogger by Puanbee.com
blog yg paksa org utk like macam guna “samseng facebook” memang aku benci …suka hati la nak like atau tak ..kalau like tapi dalam hati tak suka buat apa ..menyemak je …
Curahan rasa Bro Yusri @ ..Indiana Jones di Malaysia
terima kasih sebab sudi berkongsi. sedang berusaha menjadi lbh berjya.
Curahan rasa santai leeza @ ..KELABU by Nadia Khan: Karya yang buat aku rasa geram
pemlihan nama tu penting..kalau boleh, elakkan tukar nama blog byk kali..betul x? huhu
thanks for the tips 🙂
Curahan rasa sutera @ ..SEDAPNYA BERHUTANG LIATNYA NAK BAYAR
Berusaha untuk bisa membina jenama blog
Curahan rasa Blog Keperawatan @ ..Mendidik Anak Dalam Kandungan
Saya pun masih baru dlm dunia ..nie..mula2 mmg entah2 ape2 dlm blog tu…rujuk blog lain..kena lebih masa utk kaji..pasal kata kunci..tak terpikiq plak…biar lambat..kalo ade rezeki tu adelah…:)
Curahan rasa Alju @ ..Zed Zaidi: Randy Pangalila kerja ikut prosedur ke.?
Wan doakan yang pihak Denaihati dapat apa yang diimpi-impikan pada suatu hari nanti.
bagus tip ni especially untuk blogger2 baru mcm saya…bagi saya nak membina jenama blog bukanlah kerja mudah ianya perlukan kesabaran dan skill yang tertentu dan juga kenalah selalu ngopi ngan blogger2 hebat mcm DH ni
Curahan rasa Zarul Umbrella @ ..Overload
apa lagi. kasi buat ebook lah 😀
Curahan rasa hafidz @ ..Kord Gitar : Bunkface – Agenda Jahilliah
rainazra unik tak. hehe 😛
Curahan rasa nazra @ ..Antara tepuk dada dan tepuk mata.
Tips yang baik dan memang tidak salah lagi. Kawe juga tidak rasa ianya nasib tapi lebih kepada usaha dan perancangan masing2. Bakat dan anugerah semulajadi tuhan turut membantu, but in the end usaha dan perancangan menjadi sebab utama. Hopefully kawe dapat jadi half as good as Denaihati pun jadi lah…
Curahan rasa Dulu Lain Sekarang Lain @ ..Twilight Saga – Breaking Dawn Part 2
payah gak nk tau mcm mana tips ni…
Curahan rasa farid108 @ ..Rabu Tanpa Kata 76 (Wordless Wednesday) Doakan #Gaza dan Pejuang Islam
Terima kasih atas ilmu yang diberi.. Jika berkelapangan mohon beri tunjuk ajar bagaimana menggunakan google analitic ye.. Terima kasih sekali lagi.. =)
Curahan rasa Misz Mieza @ ..Buddyz™ Takkan Terpisah
Membutuhkan perjuangan untuk bisa menjadi blogger yang ternama
Curahan rasa Blog Keperawatan @ ..iPhone 5 Gadget Impian
Comments are closed.