Aston Villa vs Arsenal EPL 2012/13 Week #13
Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, kejayaan Arsenal layak kepusingan seterusnya Champions League 2012/13 dengan menewaskan Montpellier 2 – 0 hasil jaringan cantik Wilshere dan Poldolski dibayangi oleh berita penyingkiraan Pengurus Chelsea, Di Matteo. Chelsea tewas kepada Juventus dan berkemungkinan besar tersingkir di peringkat pusingan setelah menjuarai Champions League 2011/12.
Berita penyingkiran Di Matteo bukan sesuatu yang pelik kerana dalam tempoh 9 tahun Chelsea telah bertukar sembilan pengurus cuma sepatutnya Di Matteo yg telah membawa Chelsea menjulang Piala FA dan CL 2011/12 diberi lebih masa untuk membuktikan lebih banyak kejayaan. Rafa Benitez telah dilantik sebagai Pengurus sementara Chelsea dan faktor Torres pasti menjadi faktor utama pemilihan Benitez.
Setelah Di Matteo, Pengurus QPR, Mark Hughes menjadi pengurus kedua EPL 2012/13 yang disingkirkan. Penyingkiran Mark Hughes telah dijangka setelah QPR tidak menang dalam 13 perlawanan terakhir dan berada dikedudukan penyingkiran EPL. Harry Redknapp dijangka akan mengambil alih tugas Pengurus QPR. Menjadi pengurus kelab EPL bukanlah tugas yang mudah untuk mengejar kejuaraan dan keuntungan syarikat.
EPL 2012/13 Week #13 Arsenal akan berkunjung ke Villa Park menentang Aston Villa. Aston Villa yang masih mencari keserasian di bawah pengurus barunya pasti akan berjuang habis-habisan di tempat sendiri untuk menewaskan Arsenal. Arsenal mesti menang perlawanan ini untuk mendekatkan jarak mata dengan tiga pasukan teratas sambil berdoa perlawanan Chelsea vs Mancehster City berakhir dengan seri.
Keputusan Aston Villa vs Arsenal : 0 – 0
Live Aston Villa vs Arsenal @ Astro Supersport 833 tarikh 25/11/12 jam 1.30 am waktu Malaysia.
Live Streaming Aston Villa vs Arsenal @ Goal.com.
Live di Stadium Twitter dengan hashtag #Arsenal
KEPUTUSAN EPL 2012/13 WEEK #13
Sunderland vs West Brown : 2 – 4
Everton vs Norwich : 1 – 1
Stoke vs Fulham : 1 – 0
Manchester United vs QPR : 3 – 1
Wigan vs Reading : 3 – 2
Swansea vs Liverpool : 0 – 0
Southampton vs Newcastle : 2 – 0
Tottenham vs West Ham : 3 – 1
Chelsea vs Manchester City : 0 – 0



