Masalah Blog Feed dan link CommentLuv tak keluar

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, mula-mula blogging dulu tak banyak fikir yang penting ada blog macam orang lain, nak ikut trend lah katanya. Aku bermula dengan http://denaihati.blogspot.com (masih ada lagi blog ni) dan kemudian berpindah ke https://denaihati.com awal tahun 2010. Berminggu juga mencari hosting yang sesuai dan akhirnya dengan bantuan Kak Jie aku tersangkut dengan Serverfreak. Bila dah ada domain dan hosting sendiri memang rasa lain ibarat dah ada kedai sendiri yang kena bayar sewa setiap bulan.

Templates pertama denaihati.com

Fikir dah mula berubah. Kalau dulu hanya fikir apa nak tulis tetapi sekarang dah mula fikir Pagerank, DoFollow, SEO, PingPage speed dan loading time. Sikit masalah pun dah risau dan mencari cara untuk menyelesaikan seperti masalah loading time. Alhamdulillah dengan bantuan Kak Jie (Hidup Biar Sedap) dan MrKay2911 (Orange 4 kay) loading time yang berbelas saat dan berubah kepada single digit dan Mr. Josh, Serverfreak sedang membantu untuk mengurangkan loading time seminimum yang boleh.

Ada lagi dua masalah yang dah lama aku pendam tapi malu juga kalau asyik nak tanya kawan-kawan je kan. Dua masalah yang aku hadapi adalah pada feed yang memang ada problem tapi tak tahu apa dan masalah ini menyebabkan link aku tidak keluar apabila komen di blog yang ada commentLuv (kalau belum daftar buatlah sekarang). Macam-macam aku cuba adjust sendiri tapi kejap ok dan kejap tak ok tapi keadaan jadi bertambah buruk 2-3 minggu ni.

Alhamdulillah aku terjumpa dua entri penting di Zaryl.com iaitu CommentLuv tak berfungsi bila komen? dan Ping di GengBlogger Gagal?. Kesimpulan yang aku perolehi dari dua entri ini untuk masalah aku adalah setting yang silap untuk feed. Setting yang betul menggunakan WordPress, hanya perlu log-in blog dan pergi ke bahagian Settings –> Reading –> For each article in a feed, show –> Summary. Kemudian save. Alhamdulillah masalah aku feed selesai setelah ikut cara yang telah ditunjukkan oleh Zaryl.com dan secara automatik masalah commentLuv juga selesai. Tu lah teringat kata-kata orang bijak semakin banyak yang kita tahu terasa semakin kurang ilmu yang kita ada.

Joom subscribe kepada yang belum @ http://feeds.feedburner.com/denaihati/NMIW

[ad#advertlets336]

136 Comments

          1. Plagirisma = Copy paste karya orang lain dah dijadikan karya sendiri… Bro DH pernah buat entri pasal benda ni.. tak best la nak copy hasil kerja orang lain terus letak dekat blog orang lain.. boleh mempengaruhi PR pulak kalau macam tu.. dah google detect terdapatnya duplikasi.
            Curahan rasa Steward John @ ..Generate income with TwitterMy Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!