Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, bersyukurnya sangat aku dilahirkan sebagai umat Nabi Muhammad SAW, kekasih ALLAH yang alam semesta dicipta asbab Baginda. Baginda Rasulullah SAW diturunkan untuk memberi rahmat dan petunjuk kepada sekalian alam bukan hanya untuk manusia malah kepada semua makhluk.
Baginda meninggalkan perjuangan suci untuk kita teruskan perjuangannya. Bukti cinta kita kepada Rasulullah SAW dengan amalan dan pengorbanan utk perjuangan Islam serta mempertahankan agama kita dari penghinaan musuh Islam.
Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Quran dan Sunnahku – petikan khutbah haji wida’ Baginda Rasulullah S.A.W
Dalam satu kelas agama yang pernah aku ikuti, ustaz mengajar memberi cara untuk kita buktikan kecintaan kepada Rasulullah SAW antaranya adalah :
- Mendahului ALLAH dan Rasul dalam kehidupan.
- Mempertahankan Baginda sebagai Rasul yg terakhir.
- Membenarkan sesuatu yg dituturkan oleh Rasulullah kerana semuanya adalah wahyu Allah.
- Bersungguh-sungguh memelihara hadis Nabi dengan mempelajari dan mempertahankannya.
- Menjaga adap dengan berselawat sebanyak yang boleh.
- Ikut cara hidup Rasulullah yang merupakan contoh terbaik untuk seluruh kehidupan.
Siang malam kita berkerja mencari rezeki tetapi pernahkah kita berazam menggunakan rezeki dari ALLAH tersebut untuk pergi menziarahi Rasulullah SAW di Masjid Nabawi sebagai tanda cinta kita kepada Baginda atau kita lebih mengutamakan membina rumah, membeli kereta atau bercuti di lokasi impian.
Berbagai novel dan buku motivasi sudah kita baca tetapi pernahkah kita membaca Sirah Rasulullah SAW untuk mengetahui kisah kehidupan Rasulullah SAW dari sebelum Baginda dilahirkan sehingga detik terakhir kewafatan Baginda. Membaca kisah detik terakhir kewafatan Rasulullah SAW pasti menitis air mata begitu apabila membaca pesanan Rasulullah SAW terasa kerdilnya diri terlalu mementingkan dunia yang hanya sebentar. Kalau sudah membaca alhamdulillah tetapi biar diulang berulang-ulang kali tanda cinta kita kepada Baginda.
Sesungguhnya Allah dan para malaikatNya berselawat ke atas Nabi. Wahai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu ke atas Nabi dan ucapkanlah salam kepadanya.” (Al-Ahzab: 56)
Sudah terlalu banyak kisah kehebatan banyak berselawat kepada Rasulullah SAW yang dikisahkan. Jadi berapa banyak sudah kita berselawat untuk Baginda setiap hari atau hanya dijadikan kisah tanpa diambil pengajarannya.
Manakah cinta kita kepada Baginda Rasulullah SAW?
87 Comments
salam maulidur rasul buat semua saudara saudari yang beragama islam 🙂
Curahan rasa Ikhwan Fahmi @ ..Komisyen Affiliate Rendah Apa Masalahnya
Salam Maulidur Rasul buat bro juga. mudahan kita semua mendapat kelebihan dgn salawat keatas baginda SAW
Curahan rasa Denaihati @ ..Carian Google paling popular 2014
Allah… lihat gambar masjid nabawi tu teringinnya nak pergi.. semoga Allah jemput kita semua ke sana… amin.. amin.. amin
Curahan rasa Yana @ ..Perut Buncit: Seksi atau Seksa?!
Semoga sis juga dijemput dan dipermudahkan jadi tetamuNya nanti yer. InsyaAllah.
Curahan rasa Denaihati @ ..AirAsia Surabaya ke Singapura Hilang
teringin untuk ziarah Nabi..
Melihat sendiri masjdi Nabi..
Semoga diizinkan Allah untuk saya ke sana nanti..
Curahan rasa fazrol @ ..MLM minggu ke 8! Semua best bagi aku.
Semoga bro dijemput dan dipermudahkan jadi tetamuNya nanti yer. InsyaAllah.
Curahan rasa Denaihati @ ..2014 yang indah dalam kenangan
Wafatnya Rasullullah mebuatkan para sahabat sedih tak terhingga.. tetapi beruntungnya kita kerana menjadi umat nabi Muhammad yg amat rapat dengan Rasullullah.
Saya pernah dengar cerita, ada seorang sahabat bertanya kepada Rasullullah, beliau bertanya kepada Rasullullah, siapakah golongan yg paling rapat dengan baginda, dan baginda menjawab, mafhumnya umat yg paling rapat denganku adalah umat yg hidup selepas kewafatanku, kerana mereka merinduiku walaupun tidak pernah berjumpa denganku.
MasyaAllah, Rasullullah amat mengambil berat tentang kita. Marilah sama-sama untuk kita berselawat ke atas Nabi Muhammad, kerana berselawat dapat mengingatkan kita kepada Rasullullah, tambahan pula amat besar ganjarannya.
Curahan rasa Zehn Ali @ ..Web Hosting Malaysia Murah dan Terbaik
Rasullullah amat mengambil berat tentang kita, dgn berselawat timbul rasa kasih dan cinta kepada baginda Rasulullah SAW.
Curahan rasa Denaihati @ ..2015 selamat melangkah dengan azam baru
Alhamdulillah, terbit sedikit keinsafan. Selawat dan salam ke atas baginda…
Curahan rasa deeno @ ..Salam Maulidur Rasul
Semoga kita mendapat kesejahteraaan daripada doa baginda Rasulullah SAW hendaknya.
Curahan rasa Denaihati @ ..Kelas Buat Blog Akademi Denaihati Januari 2015
Teringin nak ziarah makam nabi. InsyaAllah ada rezeki sampai di sana nanti…
Curahan rasa Noor Azlin @ ..Kitab Teknik SEO Merah Jambu … Paling Jambu untuk blogger
Semoga sis dijemput dan dipermudahkan jadi tetamuNya nanti yer. InsyaAllah.
Curahan rasa Denaihati @ ..Salah Faham Terhadap Pensyariatan Jihad
Tu lah kan? Kdg2 terfikir, kedekutnya nk berselawat kpd Nabi pun tak sempat sbb lekanya dgn kerja. Trm kasih Tuan mengingatkan 🙂
Curahan rasa ieta mat saad @ ..MISI BANTUAN KEMANUSIAAN MANGSA BANJIR
berselawat atas Nabi mudah sangat…sambil memandu kerata pun boleh …
Curahan rasa Denaihati @ ..10 entri blog paling popular 2014
Dalam hidup kita,dari bangun tido sampailah nak tido balik, Rasulullah dah tunjuk contoh. Tinggal nak buat ke tidak je
Curahan rasa Fyda Noh @ ..Terjah Punca Bayi Tidak Mahu Minum Susu Ibu Tapi Mahu Susu Formula
Cukup lengkap utk diamalkan. Azam tahun kita kita tambah mana2 yg kurang..
Curahan rasa Denaihati @ ..Buktikan Cinta Kepada Rasulullah SAW
selalu lah berselawat ke atas nabi. banyak ganjarannya. rezeki pun senang masuk..
Curahan rasa nikkhazami @ ..Pengalaman Banjir Kelantan 2014
sentiasa lah berselawat ke atas Baginda. bukan shj kita berdoa atas kesejahteraan Rasulullah tapi hati pun tenang
Curahan rasa nikkhazami @ ..Pengalaman Banjir Kelantan 2014
banyakkan berselawat ke atas Baginda Allah SWT akan menutupi segala dukacita.
Curahan rasa Denaihati @ ..Langkah Keselamatan Sebelum, Semasa dan Selepas Banjir
salam maulidur Rasul..semoga kita semu akan menperbanyakkan selawat keatas nabi..sangat besar manfaatnya
Curahan rasa blogger lelaki @ ..Cara Pasang Whatsapp Share Button di Blog
Salam maulidur rasul. Amin..
Kita mendapat ganjaran 10 kali selawat daripada Allah SWT ke atas diri kita di atas setiap selawat yang kita diucapkan (selawat daripada Allah SWT bererti rahmat diiringi dengan selawat para malaikat).
Curahan rasa Denaihati @ ..Carian Google paling popular 2014
1 kali selawat digandakan 10 ganjaran..kalau 10 kali selawat sudah jadi 100 ganjaran..fuh..cukup besar..join mlm pun takkn dapat untung macam nie..tapi ken buat dengan penuh ikhlas
Curahan rasa blogger lelaki @ ..Bah Merah Di Kelantan
Salam Maulidur Rasul. Bersama sama la kita banyakkan berselawat dan melakukan apa yang menjadi sunnah Baginda. Insya Allah
Mudahan segala doa akan diperkenankan oleh Allah SWT hendaknya dgn banyakkan berselawat.
Curahan rasa Denaihati @ ..Perasmian Energizer Power of Giving
Nabi Muhammad shallallahu ‘alaihi wasallam adalah seorang al-amin (yang terpercaya) dan memiliki sifat amanah. Dengan sifat inilah, beliau telah menyampaikan seluruh risalah dan syari’at Allah subhanahu wata’ala kepada umat ini dengan lengkap dan sempurna
Curahan rasa risalah @ ..HUKUM DAN SYARAT MENYAPU KHUF
dengan berselawat maknanya kita menunaikan sebahagian daripada hak-hak Rasulullah SAW ke atas diri kita. Di samping itu ia dianggap mensyukuri nikmat Allah SWT yang mengurniakan dan mengutuskan Rasulullah SAW kepada kita.
Curahan rasa Denaihati @ ..AirAsia Surabaya ke Singapura Hilang
Begitu banyak manfaat bersalawat kepada Nabi semoga kita kelak akan mendapatkan syafaatnya
Curahan rasa risalah @ ..Hendaklah memasang sutrah
“Barang siapa menghidupkan sunnahku maka ia telah mencintaiku, & barang siapa mencintaiku maka ia akan bersamaku di surga” (HR.Thabarani dari Anas ibnu Malik)
Mari sama-sama menghidupkan sunnah Nabi Muhammad SAW dalam kehidupan kita
Curahan rasa Dawaihati @ ..5 Kiat Praktis Menekan Pengeluaran Rumah Tangga
Azam kita 2015 ni kang, mudahan kita dikurniakan maqam hampir kepada Rasulullah SAW…
Curahan rasa Denaihati @ ..2014 yang indah dalam kenangan
cubalah amalkan sunnah nabi walaupun sedikit..tak boleh buat yang susah..buatlah amalan sunnah yang mudh dan ringkas terlebih dahulu
Curahan rasa blogger lelaki @ ..Cara Pasang Whatsapp Share Button di Blog
Selamat menyambut Maulidur Rasul kepada tuan Denaihati dan rakan2 yang beragama islam. .
Banyakkan berselawat untuk junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W yang sangat kita rindui. ..
Curahan rasa anuar @ ..Hobi terbaru isteri saya, cantik tak? (Bahagian 50 dan 51)
Salam Maulidur Rasul pd bro sekeluarga juga. Terlalu besar dan banyak kelebihannya, salah satunya kita mendapat syafaat daripada Rasulullah SAW.
Curahan rasa Denaihati @ ..2015 selamat melangkah dengan azam baru
Comments are closed.