Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, bersyukurnya sangat aku dilahirkan sebagai umat Nabi Muhammad SAW, kekasih ALLAH yang alam semesta dicipta asbab Baginda. Baginda Rasulullah SAW diturunkan untuk memberi rahmat dan petunjuk kepada sekalian alam bukan hanya untuk manusia malah kepada semua makhluk.
Baginda meninggalkan perjuangan suci untuk kita teruskan perjuangannya. Bukti cinta kita kepada Rasulullah SAW dengan amalan dan pengorbanan utk perjuangan Islam serta mempertahankan agama kita dari penghinaan musuh Islam.
Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Quran dan Sunnahku – petikan khutbah haji wida’ Baginda Rasulullah S.A.W
Dalam satu kelas agama yang pernah aku ikuti, ustaz mengajar memberi cara untuk kita buktikan kecintaan kepada Rasulullah SAW antaranya adalah :
- Mendahului ALLAH dan Rasul dalam kehidupan.
- Mempertahankan Baginda sebagai Rasul yg terakhir.
- Membenarkan sesuatu yg dituturkan oleh Rasulullah kerana semuanya adalah wahyu Allah.
- Bersungguh-sungguh memelihara hadis Nabi dengan mempelajari dan mempertahankannya.
- Menjaga adap dengan berselawat sebanyak yang boleh.
- Ikut cara hidup Rasulullah yang merupakan contoh terbaik untuk seluruh kehidupan.
Siang malam kita berkerja mencari rezeki tetapi pernahkah kita berazam menggunakan rezeki dari ALLAH tersebut untuk pergi menziarahi Rasulullah SAW di Masjid Nabawi sebagai tanda cinta kita kepada Baginda atau kita lebih mengutamakan membina rumah, membeli kereta atau bercuti di lokasi impian.
Berbagai novel dan buku motivasi sudah kita baca tetapi pernahkah kita membaca Sirah Rasulullah SAW untuk mengetahui kisah kehidupan Rasulullah SAW dari sebelum Baginda dilahirkan sehingga detik terakhir kewafatan Baginda. Membaca kisah detik terakhir kewafatan Rasulullah SAW pasti menitis air mata begitu apabila membaca pesanan Rasulullah SAW terasa kerdilnya diri terlalu mementingkan dunia yang hanya sebentar. Kalau sudah membaca alhamdulillah tetapi biar diulang berulang-ulang kali tanda cinta kita kepada Baginda.
Sesungguhnya Allah dan para malaikatNya berselawat ke atas Nabi. Wahai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu ke atas Nabi dan ucapkanlah salam kepadanya.” (Al-Ahzab: 56)
Sudah terlalu banyak kisah kehebatan banyak berselawat kepada Rasulullah SAW yang dikisahkan. Jadi berapa banyak sudah kita berselawat untuk Baginda setiap hari atau hanya dijadikan kisah tanpa diambil pengajarannya.
Manakah cinta kita kepada Baginda Rasulullah SAW?
87 Comments
Semoga lebih ramai kita umat Muhammad S.A.W akan contohi peribadi baginda, dan melakukan kebaikan untuk semua.
Curahan rasa Hasrul Hassan @ ..Komik Abu Nuwas Mendidik Menjadi Insan Hebat
jadi, rajin-rajinlah bersolat diawal waktu.
Solat itu tiang agama.
Lakukan dengan sempurna.
cuba.
Curahan rasa titan @ ..Komisen ke 35 dari Ashadee.com
Betul tu Titan, gua pun selalu lalai bab awal waktu ni .. dulu masa skolah .. boleh pula buat. Disiplin tak ada, maka mudahlah terleka.
Curahan rasa Hasrul Hassan @ ..Komik Abu Nuwas Mendidik Menjadi Insan Hebat
Assalamualaikum wbt dan Salam 1 Dunia, Rindu pada Rasullullah..akan sampai ke Makam Baginda suatu hari nanti…setiap hari selawat kepada Rasullullah…tidak pernah tinggal..InsyaAllah..
Curahan rasa Suriya Ahmad @ ..Mudahnya Menjemput Rezeki
Rasulullah sudah tiada, hanya Al Quran dan Sunnah menjadi tinggalan buat kita sebagai panduan dan amalan. Bersama kita berselawat, semoga kita semua mendapat syafaat dari baginda…
Curahan rasa BM @ ..Fatin Liyana vs Bin Muhammad vs Ben Ashaari
salam Maulidur Rasul, untuk buktikan kita cinta kepada nabi muhammad kita harus sentiasa berselawat ke atas baginda dan sentiasa mengingati baginda.
Curahan rasa iuzira @ ..pelayaran islamic pertama di dunia
Apa yang dipaparkan tepat sekali, kita kata cinta pada Rasul tetapi cara hidup kita tidak seiring dengan sunnah Rasul. Bahkan kita tidak sanggup pun berkorban untuk agama yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w itu sendiri. Kita juga sanggup menghabiskan duit untuk melancong ke negara-negara lain namun untuk menziarahi makam Nabi di Tanah Suci Madinah berat sekali. Semoga kita mengubah sikap kita. Buktikan kita sememangnya cinta Rasul.
Curahan rasa Ummi Naimie @ ..HARAPAN UNTUK PESAKIT DIABETES
salam Maulidur Rasul semua. jom kita berselawat ke atas junjungan nabi s.a.w tak kira waktu pun. aku selalu pasang selawat dalam kereta. lagi2 kalau balik kampung dgn family. satu kereta berselawat 🙂
Curahan rasa Mohd Rasul @ ..10 Butik Online Muslimah Popular Di Malaysia
Dunia blog dan blogger patut contohi sifat yang ada pada Rasulullah S.A.W supaya aman damai dan sebaran pengetahuan lagi benar sahih dibuat seluruhnya.
Curahan rasa Hasrul Hassan @ ..10 Aplikasi Kegunaan MyKad
Ya Allah…rindu sungguh pada Rasulullah saw..banyak kisah2nya dah dilupakan.. 🙁
Curahan rasa zazazehra @ ..Tip Sihat Dari Nabi Muhammad SAW
slmt sehat yer semua, pastikan solat cuku setiap hari yeer – kedaionlinemy.com
Curahan rasa KEDAI ONLINE MURAH kedaionlinemy @ ..Biodata Zero Maharaja Lawak Mega
insaf seketika..
memang kena ingatkan selalu supaya sentiasa berselawat ke atas Nabi Muhammad saw dan mencontohi sunnah baginda, belajar sirah dan daawah baginda.
terima kasih atas penulisan ini
Curahan rasa Safiya @ ..Pengalaman Guna Basic H Pasca Banjir 2014 di Kota Bharu
Pada kita yang ada masa, maka perlulah lakukan sesuatu untuk mencontohi Rasulullah S.A.W
Curahan rasa Hasrul Hassan @ ..Tahniah Hanis Zalikha Dilamar Menjadi Isteri Hairul Azreen
As salam,Salam.Maulidur Rasul Buat semua ..
Allahuma Solliala saiyidina Muhammad..
Curahan rasa ohpilihanku @ ..Luahan Hati Pengguna Maxis!!
Salam Maulidur Rasul semua, mari kita sentiasa selawat ke atas nabi tak kira masa
Curahan rasa Syami @ ..Tutorial Cara Tukar Domain Blogspot Guna GoDaddy
Salam Maulidur Rasul buat team Denaihati. Sentiasa lah berselawat ke atas Baginda.
Curahan rasa Sally Yatiey @ ..New Year Giveaway with Eversoft Skinz Youth Recall by AJ
hebat sungguh ujian Allah pd hambaNya
dan masa hambaNya ditimpa musibah hadir
pula tarikh kelahiran Rasulullah..
Allahuma Solliala saiyidina Muhammad..
Curahan rasa nurmisnan @ ..KHASIAT DAN KEBAIKAN KUNYIT
semoga musibah ni ada hikmah besar disebaliknya nanti sis dan semoga mendapat hidayah daripada Allah SWT dan dikurniakan hati yang sentiasa hidup mengingatiNya.
Curahan rasa Denaihati @ ..2014 yang indah dalam kenangan
Selawat dan salam untuk Rasulullah..semoga kita semua diberi kekuatan untuk terus mencintai baginda..
Curahan rasa Hanafi Abdullah @ ..Cara Untuk Dapatkan Domain Murah
Amin ya rabbal alamin. Antara kelebihan berselawat kita mendapat hidayah daripada Allah SWT dan dikurniakan hati yang sentiasa hidup mengingatiNya.
Curahan rasa Denaihati @ ..2015 selamat melangkah dengan azam baru
Comments are closed.