Perasmian Energizer Power of Giving

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia.

Siapa yang tidak kenal dengan jenama bateri Energizer. Baru-baru ini, Energizer bekerjasama dengan Hamleys yang merupakan satu jenama mainan terkenal dari UK untuk membawa kegembiraan bagi kanak-kanak Sindrom Down dan kanak-kanak kurang bernasib baik dari Kiwanis Malaysia. Untuk program ini, pihak Energizer meminta orang ramai memberi sumbangan sama ada berbentuk bateri atau barang mainan.

Rakyat Malaysia digalakkan untuk mengambil bahagian dalam Energizer Power of Giving dengan membeli dan menderma sebanyak bateri Energizer Max, untuk kuasa sehingga ini bagi barang mainan. Mempunyai bateri yang betul adalah penting untuk memberi kuasa kepada barang mainan. Enam kali lebih lama keupayaan tahan Energizer Max berbanding bateri karbon zink biasa, akan membawa masa bermain yang lebih lama dan seterusnya lebih kegembiraan kepada anak-anak kecil.

Untuk meningkatkan kesedaran mengenai kempen Energizer Power of Giving, pihak Energizer telah memulakan jelajah di 250 lokasi di seluruh Malaysia, yang akan berterusan sehingga 28 Disember 2014.

Energizer Power of Giving

Energizer memberi lebih RM20,000 berbentuk mainan untuk kanak-kanak. Yang lebih menariknya, kanak-kanak di Kiwanis Malaysia memilih permainan yang diidamkan dan rakan blogger serta rakan media membelikannya di kedai permainan Hamsley.

Voucher RM200

Apa yang menarik mengenai Bateri Energizer ini adalah jaminan dua tahun tiada kebocoran bateri sepenuhnya digunakan dalam peranti. Dan jangkamasa selama 10 tahun ianya dalam kuasa tanpa kebocoran apabila tidak disentuh dalam bungkusan asalnya. Bermakna, ia memang tahan lama!

permainan idaman

Denaihati Network juga menghantar wakil untuk memeriahkan suasana di sana, dan kanak-kanak yang bernama Hanuthasan itu meminta mainan Tim & Lou Coffee Maker. Mainan yang aku lihat ada lampu dan mungkin juga muzik menjadi pilihan adik tersebut. Dan sudah pasti bateri Energizer yang menjadi pilihan. Pihak Hamsley membalut hadiah-hadiah tersebut yang akan diserahkan kepada kanak-kanak terpilih dari Kiwanis Malaysia.

Di kala majlis penyerahan, aku sempat berkata kepada beliau.

“Boy, uncle ada belikan topeng Spiderman sekali. Nanti balik boleh pakai ya”.

Terus riak wajahnya berubah seperti sangat gembira, senyum sampai ke telinga. Berulangkali dia tersenyum seperti nak buka hadiah masa tu juga.

“Terima kasih uncle.. terima kasih uncle..” ujarnya beberapa kali.

shakkido - energizer

Penjenamaan moto Energizer yang dibawa kepada kehidupan dalam aktiviti seperti Energizer Power of Giving untuk memberi kuasa kepada rakyat Malaysia dengan positivenergy. Itulah sebabnya kempen Energizer ini telah berlangsung seluruh Malaysia untuk menggalakkan orang ramai untuk membuat usaha dalam menyebarkan nama baik, seperti dengan menyumbang hadiah untuk kanak-kanak daripada Kiwanis Malaysia.

Mr Tan and Mr Harris

Bersempena dengan musim Krismas dan sehingga Ahad 28 Disember, 2014, Energizer menyeru seluruh rakyat Malaysia untuk membantu dalam menyebarkan #positivenergy kepada anak-anak Kiwanis Malaysia. Seharusnya bukan hanya di musim perayaan, tetapi sudah semestinya kita mengamalkan “Hidupkan Untuk Memberi”.

Diucapkan juga terima kasih menaja Hamleys, Nikon dan 1Utama Shopping Centre untuk sumbangan mereka terhadap program Energizer Power of Giving ini. Siri roadshow di 1Utama Shopping Centre (Tingkat Bawah, Highstreet) dari sekarang sehingga 28 Disember.

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.energizer.com.my/highlights/powerofgiving

49 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!