Trafik blog 2014 dalam kenangan

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, 2013 dan 2014 adalah tahun yang agak mencabar untuk blog Denaihati apabila domain Denaihati.com di ban oleh Facebook. Ramai pembaca yang kecewa apabila tidak dapat berkongsi entri dengan kawan-kawan facebook mereka. Hikmatnya lahirlah domain https://denaihati.com.my yang telah digunakan untuk perkongsian di sosial media. Kalau tanya kenapa kena ban, aku pun tak ada jawapan kerana semua email kepada Facebook tidak berjawab. Berbagai usaha telah dilakukan sehingga telefon terus kepada Facebook Singapore tetap tiada penjelasannya. Berbagai teori yang keluar tetapi semuanya tetap jadi misteri. Alhamdulillah November 2014 bulan yang sangat mengembirakan apabila Facebook tidak lagi ban domain Denaihati.com .. syukur kepada ALLAH.

gambar Blogger Malaysia

Kenapa kisah apabila URL blog Denaihati kena ban oleh Facebook? Sebabnya sudah tentu ianya mempengaruhi jumlah trafik yang masuk ke blog kerana kuasa viral facebook sangat besar. Ujian itu adalah nikmat walaupun bermasalah dengan Facebook trafik blog Denaihati tetap meningkat lebih baik berbanding trafik blog 2013 tetapi masih tidak dapat menandingi kehebatan trafik blog 2012. Apa pun syukur kerana masih ramai pembaca yang yakin dengan blog Denaihati walaupun ada yang lari merajuk membawa diri.

Jumlah Trafik 2014

  • Unique Visitors : 4,898,192
  • Number of visits : 7,741,976
  • Pageviews : 12,382,530

trafik blog Denaihati 2014

Kompisisi Trafik 2014

sumber trafik blog Denaihati 2014

2014 memang tahun manis untuk blog Denaihati seperti tercatat dalam entri “2014 yang indah dalam kenangan” menjadi cabaran untuk bekerja lebih kuat untuk pencapaian yang lebih baik pada tahun 2015. Antara kenangan termanis selain mendapat anugerah MSMW adalah apabila trafik blog melonjak sehingga keangka 170k dalam sehari yang tidak pernah termimpi ketika awal menjadi blogger pada 2008. 10 entri trafik tertinggi ini adalah penyumbang terbesar kepada trafik keseluruhan blog untuk tahun 2014 dengan 10 carian keywords yang berbeza-beza.

Blogger IBB 2014 d

Kali pertama menulis entri pertama pada 13/7/2008 tidak pernah terbayang pencapaian blog Denaihati akan sampai ketahap ini. Cabaran untuk meneruskan momentum pada tahun 2015 pasti lebih hebat untuk memastikan ianya bukan sekadar sebuah blog tetapi menjadi gedung ilmu yang bakal menjadi rujukan bukan sahaja PU Azman malah untuk insan seluruh alam.

peserta seminar buat duit dengan affiliate 2014

Terima kasih kepada semua yang terlibat secara lansung dan tidak lansung samada Team Denaihati, Rakan Blogger, Pembaca Setia, Penaja, Pengiklan, Rakan Sosial Media, Media Massa dan tidak dilupakan Keluarga yang sentiasa memberi sokongan. ALLAH juga yang akan membalasa jasa kalian.

Sudikan pasang aplikasi Denaihati di smartphone iOS atau Android anda untuk membaca entri terkini.

183 Comments

  1. Posting yang baik. Saya belajar satu hal yang lebih menantang pada blog yang sama

    sekali berbeda setiap hari. Saya ingin menggunakan beberapa konten di weblog

    saya apakah Ada saran ? pikiran. Natually Saya ? saya memberikan Anda hyperlink

    di blog bersih Anda. Terima kasih telah berbagi.

  2. Saya benar-benar menikmati tema / desain website Anda. Apakah Anda pernah mengalami masalah kompatibilitas browser? Sejumlah pembaca blog saya mengeluh tentang blog saya tidak beroperasi dengan benar dalam Explorer tetapi tampak hebat di Chrome. Apakah Anda memiliki recommendationhs untuk membantu memperbaiki masalah ini?
    Curahan rasa obatalami darahkental @ ..Cara Mengencerkan Darah Kental Dengan CepatMy Profile

  3. Saya hanya ingin info berharga yang Anda berikan kepada artikel Anda.
    Aku akan bookmark blog Anda dan periksa sekali lagi di sini sering.
    Saya agak yakin saya akan mengatakan banyak hal-hal baru yang tepat di sini!

    Good luck untuk selanjutnya!

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!