Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, beberapa hari lepas Ustaz Noehas telah berkongsi video yang sangat menyentuh hati di dalam group whatsapp kami. Sesaat itu terlintas di hati untuk berkongsi video tersebut di wall FB Denaihati kerana aku tahu ramai rakan-rakan yang tidak dapat keluar dari tabiat buruk tersebut.
Dengan sedikit tagline di wall FB Denaihati yang aku tulis mengiringi video semuga ada yang terkesan di hati.
Mungkinkah ini sebabnya doa kita tidak diterima, mungkinkah ini sebabnya zuriat kita nakal, mungkinkah ini sebabnya kita tidak akan dapat syafaat Rasulullah … Mungkinkah?
Video hukum merokok pandangan beberapa ulama
Tanpa diduga video tersebut telah menyentuh hati ramai Rakan Facebook dengan dikongsikan semula kepada sahabat-sahabat mereka. Ketika entri ini ditulis sudah lebih 6800 share telah viral di dunia cyber dan ada juga yang telah menulis sebagai entri blog antaranya yang bertajuk “Rokok itu haram“.
Pertama aku nak ucapkan terima kasih kepada si pembuat video hebat ini. Kedua aku nak ucap terima kasih kepada Ustaz Noehas yang telah berkongsikan video ini. Ketiga aku nak berterima kasih kepada semua yang telah viralkan video ini keseluruh alam. Semuga usaha kita di pandang oleh Allah swt sehingga ada hati-hati yang terusik mendapat hidayah Allah untuk membuang tabiat buruk yang tiada faedahnya. Harap Rakan Blogger dapat kongsikan entri ini dengan retweet dan kongsi di G+ sebanyak mungkin dan kepada yang nak berkongsi di FB sila klik wall FB Denaihati kerana button FB like di atas buat masa ini ada sedikit masalah. (Cara bawa cursor anda ke perkataan “Sebarkan artikel in” di sidebar atas)
Fatwa Majlis Kebangsaan pada 23 Mac 1995 dengan jelas dan panjang lebar memberi penjelasan bahawa merokok adalah haram dari sisi Islam tetapi nafsu kuat tabiat merokok tidak dapat membezakan hukum agama dan kemahuan nafsu sehingga tidak ramai yang kisah dengan fatwa haram merokok tersebut. Semuga video ini sedikit memberi keinsafan setelah berbagai poster ngeri sehingga ditampal di kotak rokok tidak mengusik hati perokok. Yang terbaru Majlis Fatwa Kebangsaan telah mengumumkan bahawa Hukum Shisha mengikut pandangan syarak adalah haram.
Baca juga : Teguran ibu jadi musuh hingga keakhir hayat
[box type=”shadow”]Sponsor Ads
Rahsia Yakjuj Makjuj terbongkar! Klik Sini
Jana Duit Tanpa Modal. Hanya perlukan kemahiran untuk dapatkan duit. Klik Sini
Panduan Lengkap buat duit dengan Facebook. Klik Sini[/box]
Mungkin anda seperti Blogger Boni Kacak ada pengalaman berhenti merokok atau mungkin anda ada pengalaman melihat sahabat dan keluarga yang berhenti merokok sila kongsikan di sini.
48 Comments
satu perkongsian yang menarik. tak ada apa apa kelebihan pun kalau merokok.
Curahan rasa nikkhazami @ ..Jadual Piala Malaysia Pasukan Kelantan 2014
Alhamdullilah semua family tak merokok. Kalau nak doa kie dimakbulkan, doakan sekali orang lain. InsyaAllah malaikat akan doakan kite jugak.
Curahan rasa Fadzi Razak @ ..Berbuka Puasa Dengan Uncle Jack
Sememangnya satu perkongsian yang menarik. Alhamdulillah tiada seorang pun daripada ahli keluarga saya yang merokok.
Curahan rasa Afifi Shamsuri @ ..Cantik jelita dan tampil berseri dengan Placenta White By Nikko
satu hari satu bungkus dunhill =RM10.00 sehari 5 thn dah RM 18000 cukup tu untuk mengerjakan haji. pikir pikirkanlah ,,,,??????
salah satu sebab nyata lagi jelas..mengapa merokok itu haram lagi memudatkan
Emm dgr tu wahai perokok tegar sekalian..emm kuatkan semangat, cekalkan hati..mulakan hidup baru anda tanpa rokok..terima kasih banyak-banyak sebab kongsikan artikel berguna dan sangat bermanfaat…thanks alot..
Curahan rasa Hafizul @ ..Perbezaan Kita dan Nabi SAW Menyambut Hari Raya
Comments are closed.