Puasa Enam bagus disegerakan

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, sedih rasanya meninggalkan Ramadhan bulan yang penuh dengan kerahmatan, keberkatan dan pengampunan dan gembira dapat menyambut Syawal bersama keluarga tercinta. Bagi mereka yang tahu kehebatan Ramadhan sangat mengharap agar setiap tahun itu adalah bulan Ramadhan. Ramadhan adalah bulan madrasah yang mendidik kita menjadi insan yang sentiasa dekat dengan Allah swt. Menjadi suatu mujahadah kepada umat Islam untuk mengekalkan aktiviti ibadah yang telah dilaksanakan dalam bulan ramadhan untuk dilaksanakan dalam 11 bulan yang lain.

Selamat Berbuka Puasa

Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda : “Allah Subhanahu Wataala berfirman : “Setiap amalan anak Adam (manusia) adalah untuknya (dapat diperiksa sendiri dan dinilai baik buruknya), melainkan amalan puasa, maka sesungguhnya puasa itu adalah untuk-Ku (Aku sendiri yang dapat memeriksa dan menilainya) dan oleh sebab itu Aku sendirilah yang akan menentukan berapa banyak balasan yang perlu diberikan kepada mereka yang berpuasa.” (Hadis riwayat Bukhari).

Umat Islam disunatkan untuk melaksanakan puasa enam di bulan Syawal berdasarkan sabda Baginda Rasulullah yang maksudnya :”Sesiapa yang berpuasa Ramadan kemudian diikuti dengan puasa enam hari pada bulan Syawal, seolah-olah dia berpuasa sepanjang tahun.” (Hadis riwayat Muslim). Puasa enam boleh dilaksanakan bermula pada 2 syawal secara berterusan atau juga berselang seli sebanyak enam hari dalam bulan Syawal.

Untuk mereka yang ingin berpuasa Qada bagi menganti puasa wajib yang ditinggal atas sebab tertentu maka ada fatwa yang membenarkan untuk dilakukan serentak dengan puaasa enam. Ibnu Hajar Al-Haitami dalam fatwanya menjelaskan, mengenai orang yang berniat puasa sunat bersama puasa wajib seperti di atas dengan katanya maksudnya :“Jika diniatkan keduanya (puasa sunat dan pusat wajib) dia mendapat ganjaran bagi kedua-duanya atau diniatkan salah satu maka gugur tuntutan yang satu lagi dan tidak mendapat ganjarannya.” (Al-Fatwa Al-Kubra : 2/75).

Marilah kita berazam untuk menyempurnakan puasa enam yang ganjarannya seperti berpuasa sepanjang tahun. Sayang sungguh kalau kita tidak dapat melaksanakan hanya kerana mengejar hari terbuka yang ada di sana sini. Puasa enam bagus disegerakan kerana semakin ditangguh semakin terlupa akhirnya.


Spread the love

85 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!