Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, setiap kali 12 Rabiulawal hati pasti berdetik rasa sayu teringat pesan terakhir Rasulullah SAW yang masih belum dapat aku mulakan terasa lemahnya diri ini kerana terlalu mengutamakan dunia dari akhirat. Bait-bait terakhir khutbah haji wida’ Rasulullah SAW sangat mencengkam hati kerana belum mampu aku laksanakan semuga sahabat-sahabat tidak seperti aku.
Baru-baru ini ketika mengembara di bumi Syam sudah merancang untuk singgah sebentar di pohon Rasulullah berteduh sebelum bertemu dengan Paderi Nastura tetapi akibat ditahan lebih empat jam rancangan tersebut terpaksa dibatalkan. Terasa sangat rugi tak dapat singgah dan terbayang-bayang gambar pohon tempat Rasulullah SAW berteduh yang dikirimkan oleh seorang sabahat yang berdakwah empat bulan di Jordan.
Setiap kali melihat rumah kelahiran Rasulullah SAW pasti teringat kisah detik-detik terakhir hayat Baginda yang sentiasa ingat kepada umatnya walaupun sedang merintih menuju sakaratul maut. Setiap kali membaca kisah kewafatan Rasulullah SAW pasti tidak dapat menahan mutiara air mata menitis membasahi pipi. Terasa rindu dan terbayang kalaulah dapat bertemu dengan Baginda walaupun sesaat di dalam mimpi-mimpi indah.
Aku mempunyai beberapa teman yang tidak pernah lekang lidah daripada banyak berselawat kepada Rasulullah SAW setiap hari entah berapa ribu tak berani nak tanya. Kehidupan rakan-rakan yang banyak berselawat kepada Rasulullah SAW memang jauh berbeza berbanding aku yang hanya sesekali berselawat setiap hari. Banyak lagi kisah benar kehebatan sahabat-sahabat yang banyak berselawat kepada Rasulullah SAW yang mungkin sahabat-sahabat pernah berjumpa.
Salah seorang sahabat sudah beberapa kali bertemu dengan Rasulullah SAW di dalam mimpinya. Katanya keindahan bertemu Rasulullah SAW di dalam mimpi membuatkan rasa rindu yang teramat sangat sehingga ingin bertemu dan bertemu lagi dan itulah motivasi beliau semakin banyak berselawat kepada Rasulullah SAW setiap hari.
Seorang sahabat yang lain kelihatan muka berseri-seri, hidup bahagia, tenang apabila diuji dengan berbagai ujian dan berkat rezekinya. Apabila ditanya apa rahsianya dengan senyum beliau berkata banyakan selawat kepada Rasulullah SAW. Memang berselawat kepada Rasulullah SAW bukan sahaja membuka pintu rezeki kepada kita tetapi lebih penting boleh menjadi umat Nabi Muhamad SAW yang bersama Baginda kelak di Padang Mahsyar membawa panji-panji Islam.
Termenung sejenak memikirkan berapa sangat sunnah Nabi dan selawat yang aku amalkan setiap hari. Amalan harian berselawat seratus pagi dan seratus petang pun susah sangat nak istiqamah tetapi mengharap berbagai keajaiban daripada ALLAH SWT sedangkan ALLAH SWT pun berselawat kepada Baginda Rasulullah SAW. Tahun baru kena tanam azam untuk lebih banyak berselawat tanda kasih sayang kepada Rasulullah SAW melebih sayang pada diri sendiri.
Assalamualaikum, saya ke website ini kerana saya men Google “rindu pada rasulullah”. Sejak akhir akhir ini saya merasa rindu yg teramat pada rasulullah. Kadang kala boleh menitis air mata. Saya tak pasti kenapa atau adakah ini normal. .
Jiwa yang resah gelisah dapat ditenangkan dengan zikir, termasuklah berselawat
Entri terbaru nikkhazami – Blog Bakal Dikenakan GST?
Betul tu. Kalau hati saya resah dan gelisah, saya akan berselawat sebanyak mungkin kerana dengan selawat dapat meredakan keresahan tersebut.
Entri terbaru Afifi Shamsuri – BLOGGER BUAT DUIT ONLINE
Setiap kali ada masalah cuba selawat banyak banyak. InsyaAllah akan berkurangan sedikit demi sedikit.
Entri terbaru Afifi Shamsuri – BLOGGER BUAT DUIT ONLINE
Sesiapa yang mengamalkan berselawat setiap hari, Allah akan bukakan pintu rahmat dan rezeki yang tidak disangka- sangka baginya.
Entri terbaru nikkhazami – iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
Betul tu hanya dengan selawat kita mampu dikurniakan rezeki yang melimpah limpah. Tak susah pun untuk berselawat.
Entri terbaru Afifi Shamsuri – BLOGGER BUAT DUIT ONLINE
Sentiasa berselawat merupakan satu kunci untuk mendapatkan rezeki yang melimpah ruah dalam hidup.
Entri terbaru Afifi Shamsuri – BLOGGER BUAT DUIT ONLINE
sesiapa yang membaca selawat secara rutin, akan terpelihara hatinya daripada gangguan serta tipu daya syaitan yang melalaikan.
Entri terbaru nikkhazami – iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
Salah satu mengelakkan tipu daya syaitan adalah dengan berselawat kerana Allah akan sentiasa memelihara kita daripada sebarang kejahatan.
Entri terbaru Afifi Shamsuri – BLOGGER BUAT DUIT ONLINE
Amalan berselawat secara teratur setiap hari mampu membersihkan kekeruhan jiwa
Entri terbaru nikkhazami – iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
Hati yang kotor dapat dicuci dengan selawat dan InsyaAllah hati kita akan lebih bersih selepas berselawat.
Entri terbaru Afifi Shamsuri – BLOGGER BUAT DUIT ONLINE
Amalan berselawat sebanyak yang mungkin setiap hari menjamin keselamatan hidup dan pertolongan Allah
Entri terbaru nikkhazami – REVIEW BUKU – More Than This
Allah pasti mengurniakan keselamatan buat mereka yang sentiasa basahkan bibir dengan berselawat.
Entri terbaru Afifi Shamsuri – BLOGGER BUAT DUIT ONLINE
org yang berselawat tak kiralah banyak mana akan dpt keberkatan dalam apa jua
Entri terbaru nikkhazami – iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
Betul tu. Sekali kita berselawat kepada Nabi, Allah akan 10 kali berselawat kepada kita. Subhanallah 🙂
Entri terbaru Afifi Shamsuri – BLOGGER BUAT DUIT ONLINE
Berselawat 33 kali sehari dapat menjernihkan hati,mudah memahami akan sesuatu ilmu
Entri terbaru nikkhazami – iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
Satu fakta yang baru saya tahu. terima kasih kerana sudi berkongsi dengan para pembaca.
Entri terbaru Afifi Shamsuri – BLOGGER BUAT DUIT ONLINE
sesiapa yang amalkan selawat 1000 kali pada malam Jumaat, Insya Allah akan beroleh kebahagiaan di dunia dan di akhirat.
Entri terbaru nikkhazami – iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
sesiapa yang mengamalkan selawat 11 kali setiap hari, Allah akan kurniakan diri supaa di senangi oelh org lain
Entri terbaru nikkhazami – iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger