Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, aku terbaca banyak status rakan-rakan Blogger di Facebook, Twitter dan Instagram yang cuba menjauhkan diri dari berita program makan coklat Cadbury oleh sebuah NGO untuk membuktikan kesahihan HALAL JAKIM. Setiap daripada kita mempunya pendapat dan pandangan berbeza untuk dipertahankan. Aku tidak dijemput untuk program makan coklat cadbury tersebut tetapi kalau dijemput untuk JAKIM inshaa Allah aku akan datang tetapi bukan sebagai duta Cadbury.
Pertama kali aku menjejaki kaki di Hong Kong selama tiga hari aku hanya makan buah dan minum air mineral serta jus sampai kembong perut kerana tidak yakin untuk makan makanan yang ada di sana. Di Macau pun bukan senang nak cari makanan halal tak percaya tanyalah Melastik Bintang dan beberapa rakan Blogger yang baru balik dari sana, aku dulu sampai kena tahan Polis Macau lebih sejam kerana membawa mee segera berlebihan. Ketika kembara Beijing kami dibawa oleh pemandu pelancong singgah di restoran-restoran yang mempunya tulisan halal tetapi tidak diiktiraf oleh mana-mana organisasi. Ketika kembara New Zealand untuk makan kami berpandu kepada panduan halal yang disediakan oleh NGO Mualaf tanpa ada pengesahan dari badan tertentu.
Masih teringat ketika di Paris aku terpaksa berpusing berjam-jam mencari restoran halal sehingga kelaparan yang amat sangat. Pengalaman di London berjalan berjam-jam untuk mencari restoran halal tapi bila sampai tempat tujuan restoran sudah tutup dan restoran kedua ada tulisan halal tapi menghidangkan menu tidak halal. Pengalaman berjalan di Indonesia, negara yang lebih 80% Islam pun susah nak mencari makanan halal terutama di Batam dan Bali.
Tak payah cerita jauh sampai ke Hong Kong, Macau, Beijing, New Zealand, Paris dan London kalau aku pergi pusat membeli belah Mid Valley pun sudah pening kepala nak mencari makanan halal, selain beberapa restoran makanan segera yang ada logo halal JAKIM serta Restoran Belanga yang dipunyai orang Melayu, outlet lain tidak meyakinkan status halalnya. Aku memang sangat bergantung kepada logo halal JAKIM untuk makan di pusat membeli belah yang besar-besar seperti di Suria KLCC, Pavillion, One Utama dan banyak lagi.
Kesimpulannya, aku sangat bersyukur di Malaysia ada badan khas halal seperti JAKIM yang dapat membantu pengguna Islam. Turki yang mempunyai penduduk Islam hampir 98% pun tak ada badan khas halal. Aku memang tidak ada rasa was-was lansung dengan persijilan halal JAKIM. Bukan senang nak makan zaman sekarang kalau tak ada sijil halal JAKIM bukan sahaja restoran malah yang lebih penting status halal bahan-bahan masakan. Aku sanggup menemani Pegawai JAKIM makan coklat cadbury bukan untuk jadi duta cadbury tapi menunjukan keyakinan aku kepada JAKIM. Kalau aku meragui status halal JAKIM, status halal yang mana lagi nak aku yakini.
Penjelasan JAKIM dan Majlis Fatwa Kebangsaan isu status halal Cadbury
Kita sebagai pengguna mesti juga ada tanggungjawab bukan hanya bergantung 100% kepada JAKIM sebagaimana umat Islam di negara yang tiada badan khas halal yang sentiasa membuat audit sendiri. Jangan bila ada masalah semuanya salah JAKIM abis apa pulak tanggungjawab kita sebagai umat Islam. Di akhir zaman memang ramai keliru antara emosi dengan hukum apabila banyak jarum tangan ketiga yang memang benci dengan Islam berusaha memporak perandakan Islam, semuga kita tidak terjerat.
161 Comments
Malaysia bertuah kerana ada JAKIM dan ini dibuktikan oleh pelancong Islam yang meletakkan Malaysia di tangga teratas sebagai destinasi paling mesra bagi pelancong-pelancong beragama Islam dari serata dunia. Mereka tertarik dengan kemudahan beribadat dan penyediaan makanan halal di sini.
Curahan rasa Nor Ariffin Hamzah @ ..Masihkah Ada Perpaduan Kaum di Malaysia
setuju lah, nak cari masjid, surau , makanan halal ada tanda halal dan panduan yang jelas.
Curahan rasa Denaihati @ ..Contest KDK Malaysia Charity Challenge
Hal ini sangat sulit untuk ditolak cokelat. Bahkan jika Anda seorang blogger lol.
terbaca jugak mengenai perkara ini di twitter awani. katanya blogger yg hadir.
Curahan rasa aRz MoHa @ ..Wordless Wednesday #5 | Saat Indah Bersama Almira Faqihah
Ada hikmah dari apa yang telah terjadi.. Elakkan memakan makan Syubhah untuk elakkan menjadi darah daging dan hati kita menjadi gelap. Menghindari Subhah bererti kita telah membersihkan diri untuk agama dan kehormatan.
Curahan rasa brohantu @ ..Reel Pancing Daiwa Saltiga Expedition 2014
Pada saya kalu dah rasa was2 baik kita tinggalkan, sebab banyak lagi pilihan makanan yang ada di Malaysia ni. Jadi kalu tak makan pon rasenya xpe lagi kot kan2.
Curahan rasa Kereta Sewa Selangor & KL @ ..SOC Kereta Sewa di Subang Airport
kalau berasa was-was berkenaan sesuatu makanan jangan la makan….kat Malaysia ni boleh dapat banyak makanan halal tetapi kat luar negara memang amat terhad…..
Curahan rasa asraff @ ..Anak Ditangkap Kurung Ibu Supaya Mati Kelaparan
betul tu tuan. siapa lagi yang kita nak percaya kat malaysia kalau tidak JAKIM. perlu ada rasa syukur. kalau tak yakin dengan mereka, banyak lah benda yang kita pun ragu-ragu nak makan.
..cuma jangan kepercayaan ini dikhianati.
Curahan rasa azwan @ ..Bola Sepak Menyatukan Rakyat Bosnia Herzegovina
terpulanglah pada pengguna nak makan atau sebaliknya. tiada siapa yang memaksakan.
Curahan rasa suri @ ..KECEMASAN !! Menjadi Sebuah Mimpi Yang Buruk
ya, tiada paksa pun suruh makan, atas sendiri.
Curahan rasa Denaihati @ ..Keputusan penuh Piala Dunia FIFA 2014
Soal makan coklat cadbury memang hak pengguna tapi yg paling penting prinsip kita kalau kita was-was dgn logo JAKIM pada coklat cadbury makna kita was-was pd semua logo JAKIM yg ada pada bahan makanan dan restoran dan bila ada perasaan was-was maka semua tu tak boleh makan.
bagi saya tuan simple je. JAKIM dah keluar kan statement kata halal kenapa perlu dipertikaikan dah itu kerja jakim, terpulang lah pada kita nak makan atau tak nak. Kalau was-was tak payah beli senang je pun
Curahan rasa Bean Moreno @ ..Next Plan Untuk Masa Depan Selepas Dress Like Casual
Ya, Jakim dah beri maklumat pengesahan halal, lain-lain terpulanglah pada pengguna.
Curahan rasa Denaihati @ ..SmartTAG baru sangat menyusahkan pengguna
yakinlah bahawa Malaysia masih ada perbadanan Halal di dunia.
Negara Islam masih meminta khidmat kita dalam bidang hub halal.
jika ia tiada, jangan terkejut kalau di Malaysia tidak ada logo tersebut.
Curahan rasa Khairil Mazri @ ..Kad Raya Blogger 2.0 Telah Bermula!
payah juga kalau tak adakan.kira pengguna wajib bersyukur sebab ada badan khas untuk menyelesaikan isu haram dan halal ini.
Curahan rasa suri @ ..Cara Mudah Membuat Cucur Pisang Buntal
Kalau di Macau , memang susah sangat nak cari makan yang halal… kadang kadang terpaksa jadi vegeterian…mujur ada maggi bawa dari rumah…dapat mengubati kekenyangan….
Curahan rasa melastikbintang @ ..Muat Turun Aplikasi Senaman Sewaktu Hamil
maggi dah jadi makanan rasmi kalau kat tempat macam ni.
Curahan rasa Denaihati @ ..Keputusan penuh Piala Dunia FIFA 2014
teringat saya akan kenangan zaman kolej memang tak boleh lepas dari menu maggi ini.
Curahan rasa suri @ ..Cara Mudah Membuat Cucur Pisang Buntal
bila baca pengalaman blogger merantau mungkin masa akan datang manalah tahu saya juga harus bertindak sedemikian rupa.
Curahan rasa suri @ ..Panduan Dan Cara Menjahit Baju Kurung Bayi Buat Ke Beli Dah Siap?
saya ragu dengan ke halal coklat-cadbury
eat what you want (HALAL), but leave it if you was-was..hehehehe
Curahan rasa syaifuddin alias @ ..Keputusan Perlawanan Piala Dunia 2014 – World Cup Brazil 2014
Believe in what you believe in.
Curahan rasa Wilson Ng @ ..Seafood Platter at Sushi Bar, Sydney Fish Market
Terima kasih bro sudi singgah blog Denaihati. Ya lah betul tu apa yg bro komen tu.
Curahan rasa denaihati @ ..SmartTAG baru sangat menyusahkan pengguna
Kalau tak yakin dengan JAKIM maknanya kenalah pastikan makanan yang kita makan tu halal dari sumbernya secara detail. Kalau tak, memang kita la yang tanggung kalau termakan babi.
Bila kita banyak berjalan ke negara orang, barulah nampak hebatnya Malaysia lagi2 bab menyediakan makanan halal. Kalau asik dok terperok dalam balang, belakang dapur hujung kampung, tu yang asik nak kondem dan menyalahkan orang je tak habis-habis.
Curahan rasa Cikgu Hairul @ ..Jangan Suka Sangat Dapat Panggilan Ke IPG
bagi yang bekerja atau belajar negara yang majoriti bukan Islam dan mesti dah biasakan diri. kita memang beruntung bab makanan halal, walaupun makan masakan cina, india direstoran masih lagi banyak yang halal.
Curahan rasa Denaihati @ ..Piala Dunia 2014 lebih menarik dengan Astro B.yond baru
Comments are closed.