Blogger makan coklat Cadbury

Spread the love

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, aku terbaca banyak status rakan-rakan Blogger di Facebook, Twitter dan Instagram yang cuba menjauhkan diri dari berita program makan coklat Cadbury oleh sebuah NGO untuk membuktikan kesahihan HALAL JAKIM. Setiap daripada kita mempunya pendapat dan pandangan berbeza untuk dipertahankan. Aku tidak dijemput untuk program makan coklat cadbury tersebut tetapi kalau dijemput untuk JAKIM inshaa Allah aku akan datang tetapi bukan sebagai duta Cadbury.

Restoran dengan logo halal jakim
Restoran dengan logo halal JAKIM

Pertama kali aku menjejaki kaki di Hong Kong selama tiga hari aku hanya makan buah dan minum air mineral serta jus sampai kembong perut kerana tidak yakin untuk makan makanan yang ada di sana. Di Macau pun bukan senang nak cari makanan halal tak percaya tanyalah Melastik Bintang dan beberapa rakan Blogger yang baru balik dari sana, aku dulu sampai kena tahan Polis Macau lebih sejam kerana membawa mee segera berlebihan. Ketika kembara Beijing kami dibawa oleh pemandu pelancong singgah di restoran-restoran yang mempunya tulisan halal tetapi tidak diiktiraf oleh mana-mana organisasi. Ketika kembara New Zealand untuk makan kami berpandu kepada panduan halal yang disediakan oleh NGO Mualaf tanpa ada pengesahan dari badan tertentu.

Restoran Halal di airport Bangkok
Restoran Halal di Suvarnahbumi Airport, Bangkok

Masih teringat ketika di Paris aku terpaksa berpusing berjam-jam mencari restoran halal sehingga kelaparan yang amat sangat. Pengalaman di London berjalan berjam-jam untuk mencari restoran halal tapi bila sampai tempat tujuan restoran sudah tutup dan restoran kedua ada tulisan halal tapi menghidangkan menu tidak halal. Pengalaman berjalan di Indonesia, negara yang lebih 80% Islam pun susah nak mencari makanan halal terutama di Batam dan Bali.

Restoran Halal di Phnom Penh
Cafe Malaya restoran Halal di Phnom Penh

Tak payah cerita jauh sampai ke Hong Kong, Macau, Beijing, New Zealand, Paris dan London kalau aku pergi pusat membeli belah Mid Valley pun sudah pening kepala nak mencari makanan halal, selain beberapa restoran makanan segera yang ada logo halal JAKIM serta Restoran Belanga yang dipunyai orang Melayu, outlet lain tidak  meyakinkan status halalnya. Aku memang sangat bergantung kepada logo halal JAKIM untuk makan di pusat membeli belah yang besar-besar seperti di Suria KLCC, Pavillion, One Utama dan banyak lagi.

Restoran Istanbul Kebab Hong Kong
Menu di Restoran Istanbul Kebab Hong Kong

Kesimpulannya, aku sangat bersyukur di Malaysia ada badan khas halal seperti JAKIM yang dapat membantu pengguna Islam. Turki yang mempunyai penduduk Islam hampir 98% pun tak ada badan khas halal. Aku memang tidak ada rasa was-was lansung dengan persijilan halal JAKIM. Bukan senang nak makan zaman sekarang kalau tak ada sijil halal JAKIM bukan sahaja restoran malah yang lebih penting status halal bahan-bahan masakan. Aku sanggup menemani Pegawai JAKIM makan coklat cadbury bukan untuk jadi duta cadbury tapi menunjukan keyakinan aku kepada JAKIM. Kalau aku meragui status halal JAKIM, status halal yang mana lagi nak aku yakini.

Penjelasan JAKIM dan Majlis Fatwa Kebangsaan isu status halal Cadbury

Kita sebagai pengguna mesti juga ada tanggungjawab bukan hanya bergantung 100% kepada JAKIM sebagaimana umat Islam di negara yang tiada badan khas halal yang sentiasa membuat audit sendiri. Jangan bila ada masalah semuanya salah JAKIM abis apa pulak tanggungjawab kita sebagai umat Islam. Di akhir zaman memang ramai keliru antara emosi dengan hukum apabila banyak jarum tangan ketiga yang memang benci dengan Islam berusaha memporak perandakan Islam, semuga kita tidak terjerat.


Spread the love

161 Comments

  1. saya amat percaya JAKIM kerana staff mereka bukan calang-calang orangnya!..tinggi ilmu agama dan ada kepakaran dalam bidang yang berkaitan.

    Di Sarawak ada restoran ada yang memaparkan banner ‘No Pork Serve’..ini pun lagi dahsyat dan pihak mereka anggap tiada hidangan khinzir maka boleh dikunjungi orang Islam.
    Curahan rasa Hero Borneo @ ..Teknik Super Power Hilangkan Konflik EmosiMy Profile

      1. Makanan halal haram ini memang sangat perlu diambil berat kerana ianya akan menjadi darah daging kita.. Makin banyak makanan tidak halal masuk ke dalam badan kita, makin hitam hati kita.. Nauzubillah.. Saya kena banyak bertaubat sebab dulu selalu juga ikut kawan2 makan di tempat “Serve No Pork” ni.. Insaf.. Insaf..
        Curahan rasa Moms Avenue @ ..MLM Shaklee Patuh Syariah?My Profile

  2. Pengesahan “halal” JAKIM tidak pernah dipertikaikan. Namun apa yang berlaku dalam isu cadbury sangat meragukan. Jadi sebagai seorang islam kalau kita ada keraguan pastinya kita perlu elakkan. Even pihak JAKIM sendiri tidak turut serta dalam event demo makan cadbury “DNA Babi” dan juga enggan memberikan komen mengenai perkara tersebut. Ini yang menimbulkan persoalan..ditakuti ada pihak yang terpaksa menghalalkan sesuatu kerana terpaksa…
    Curahan rasa Raudzah @ ..Amalan Yang Cacat Kerana Sehelai BajuMy Profile

  3. Bila suatu negara asing juga konsen dan memperhatikan akan status kehalalan sebuah produk makanan, tentunya pemerintahannya juga telah membuat aturan kebijaksanaan tersendiri dalam mengatur akan hukum halal dan haram semacam ini.
    Hanya saja tidak setiap negara mempunyai perhatian yang serius terhadap halal dan haram sebuah makanan khususnya bagi Umat Islam
    Curahan rasa Tino Berita @ ..Tips Cara Memperbanyak ASIMy Profile

  4. bagi saya senang jer, saya pegang “x boleh” dan kes cadbury. Kerana apa? kerana kita bukan berada didalam situasi “darurat” yang memerlukan dna atau gelatin babi untuk membuat dan memproses coklat. Jadi apakah perlunya untuk “harus” didalam kes cadbury ini. Walaupun begitu saya tetap berpegang juga kepada perbezaan pendapat yang membolehkan cuma secara peribadi saya memilih tidak boleh… 🙂
    Curahan rasa myrujukan @ ..Featured Image Tidak Muncul Untuk Theme BaruMy Profile

  5. Kalau sedang dinegara orang apalagi bila penduduk mayoritas non muslim memang mencari makanan yang halal sulit tetapi tentunya selalu ada makanan di restoran yang halal hanya saja tempatnya yang belum diketahui pula
    Curahan rasa Hamizan @ ..Hikmah Keutamaan Bulan RamadhanMy Profile

  6. sesekali bila timbul rasa curiga … saya akan cuba elakkan… dan tidak akan berkompromi
    Tetapi saya pernah juga mendengar ustaz cakap semasa kuliah… jika halal itu adalah halal dari JAKIM kita perlu percaya dan sekiranya halal itu tulisan jawi yang biasa… kita boleh rasa curiga atau tidak menggunakannya.
    Jadi sekarang apa yang terbaik adalah datangnya dari hati kita disertai dengan ilmu dan pengetahuan.
    Curahan rasa yangbaik @ ..Status Glitterati telah kembaliMy Profile

  7. betul lah tu kata denaihati kita sendiri harus mencari jalan sendiri mencari sumber yang halal bukan hanya bergantung pada JAKIM sahaja …. dan bila ada isu-isu sebegini JAKIM yang di persalahkan … sebenarnya dalam isu cadbury ini saya anggap ianya ada unsur-unsur sabotaj ye lah sudah bertahun cadbury di tubuhkan dan jenama pun sudah terkenal masakan mereka akan buat hal sebegitu dan rasa nya pihak mereka sangat peka dengan sensitiviti soal halal dan haram ..

    kita dekat malaysia nieh memang beruntung sebab ada JAKIM yg sah kan halal atau haram sesuatu produk .. kawan saya ada bagi tahu masa dia ergi rumah GF dia de cebu filiphine ( masa tu mereka belum kawen ) GF dia terpaksa beli kan kelengkapan masak yang baru sepanjang kawan saya di sana dan bahan mentah semua beli dia pasaraya yang ada logo halal .. kata dia masa tu dia tawakal saja sebab memang tiada pilihan .

    kita tak boleh nak tunding jari sepenuh nya pada JAKIM soal nie sebenar nya .. cuba tanya diri kita apa subangan kita untuk memastikan apa yang kita ambil itu halal atau haram … ( berjela pulak komen maaf ya )
    Curahan rasa namiacinta @ ..” Dia ” Juga Makhluk TuhanMy Profile

  8. Yup, benar memang susah nk cari makanan halal di negara orang. Kena pandai2 la audit sendiri mana yg boleh makan mana yg tidak..

  9. Saya pernah dapatkan penerangan daripada badan yang berkerjasama dengan JAKIM untuk mendapatkan sijil halal bagi 1 syarikat jepun sebab mereka mahu masuk ke pasaran Malaysia. Dengar penjelasan pun saya dah rasa ketat sungguh prosedur untuk dapatkan tanda halal jakim.

    Even selepas layak dapat, Jakim akan sentiasa pantau dan syarikat tersebut perlu menubuhkan unit halal yang dianggotai ahli jawatankuasa daripada pihak halal jepun.

    Untuk saya yang 6 tahun di jepun dan hidup dengan membaca bahan-bahan di belakang setiap bungkusan, tanda halal jakim memang sangat membantu. Harap pihak yang dah dapat tanda halal jakim akan sentiasa mematuhi garis panduan yang ditetapkan.
    Curahan rasa tutyrahiza @ ..Pantang Larang Ketika SahurMy Profile

      1. memang diajar begitu..sebelum ke jepun dah diberikan list ingredient yang perlu diperhatikan.

        rasanya di malaysia, pihak JAKIM boleh keluarkan senarai bahan-bahan yang perlu diambil berat. mulakan budaya untuk periksa ingredient di setiap bungkusan
        Curahan rasa tutyrahiza @ ..Panduan Untuk Anak Susah MakanMy Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!