4700 kes zina setiap hari di kalangan umat Islam, Malaysia

Spread the love

Petikan Berita Harian Online : “Seramai 17,303 anak luar nikah Melayu atau tidak sah taraf didaftarkan di seluruh negara sepanjang tahun lalu. Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Datuk Alwi Ibrahim, berkata bilangan itu meningkat 762 kes berbanding tahun sebelumnya. Pada 2008 seramai 16,541 anak luar nikah didaftarkan di JPN manakala pada 2007 seramai 16,100 orang.”

17,303 setahun anak luar nikah Melayu (Islam) dilahirkan di Malaysia pada tahun 2009. Ini bermakna 17,303/365 iaitu  47 kelahiran anak luar nikah Melayu (Islam) dilahirkan setiap hari di Malaysia pada tahun 2009 bersamaan 2 kelahiran anak luar nikah Melayu (Islam) dilahirkan setiap jam di Malaysia pada tahun 2009. Ini juga bermakna 47 kes zina yang menghasilkan kehamilan berlaku setiap hari di kalangan Melayu (Islam) pada tahun 2009.

Seandainya 47 kes zina ini mewakili 1% daripada kejadian sebenar maka 4700 kes zina di kalangan Melayu (Islam) berlaku setiap hari di Malaysia pada tahun 2009. Tidak terkesankah statistik ini berbanding dengan hanya 2 kes perkahwinan bawah umur yang berlansung mengikut syariat? Ini bukanlah bermaksud aku menyokong perkahwinan bawah umur tetapi jika perkahwinan bawah umur mendapat respond yang mengemparkan di negara berhari-hari di surat khabar, radio dan TV, mengapa Ibu Menteri, para ulama, para bijak pandai dan ahli politik tidak memberi respond yang lebih serious terhadap kes zina yang sangat membimbangkan yang berlaku setiap jam setiap hari di Malaysia.

ADAKAH KITA DI ANTARA 47 PEZINA SETIAP HARI TERSEBUT?

Firman Allah swt : “Dan janganlah kamu mendekati zina, (zina) itu sungguh suatu perbuatan keji, dan suatu jalan yang buruk.” – Surah Al-Isra’ ayat 32.

Firman Allah swt : “Pezina lelaki tidak boleh menikahi kecuali dengan pezina perempuan, atau dengan perempuan musyrik, dan pezina perempuan tidak boleh bernikah kecuali dengan pezina lelaki atau dengan lelaki musyrik, dan yang demikian itu diharamkan bagi orang-orang Mukmin.” – Surah An-Nur, ayat 3.


Spread the love

402 Comments

  1. peranan semua pihak perlu. mak pak mmg lagi la wajib amik tahu.
    kalau tidak masakan semua ini terjadi. anak-anak pulak dengar la ckp mak pak tu. dorg bukan lama kat dunia nih. jgn sakiti ati mereka. air mata yg tertumpah dek angkara kamu anak-anak akan jadi dosa pada anak-anak juga.
    moga kt diberi kekuatan untuk mendidik anak-anak kita. jauhila dari perkara ini iaitu ZINA. 😐
    Curahan rasa mummy nana @ ..Raya Yang DinantiMy Profile

  2. dari pada melakukan perbuatan zina yg dilarang Allah SWT sebaiknya di resmikan saja alias menikah gt, kan lebih enah, berpahala pula

  3. salam,kesian pada bayi yang tidak bersalah,adakah kita just tengok?? apakah perlu anda dan saya lakukan?? tepuk dada tanya diri anda tepuk dada saya tanya diri saya,sama-sama kita berpesan-pesan dengan kesabaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran..Musahabah diri 🙂 😳

    1. @AyieBlog, Ada jer berita pasal kes buang bayi ni. Sedih juga baca berita pasal benda ni. Dah tu bayi dibuang seolah2 sampah. Kalaupun dorang ni taknak bayi tu, bagus dibagi dengan pasangan yang sukar nak dapatkan anak.

    1. Memanglah 17,303 kelahiran luar nikah adalah satu jumlah yang mengejutkan bagi kita. Satu perkara yang mencabar bagi setiap ibu/bapa dalam berdepan dengan situasi ini. Hubungan tanpa batas antara remaja perempuan dan lelaki kian menjadi-jadi. Pengaruh media adalah penyumbang utama kepada hubungan sosial yang tidak terkawal ini.

      Langkah-langkah yang boleh diambil
      1) Faktor makanan yang menjadi darah daging, sumber yang halal adalah perlu bagi membentuk sasiah anak yang baik.

      2) Pendidikan

      a) Pendidikan melalui persekitaran, contoh terbaik dari ibu/bapa itu sendiri, cari kawasan rumah yang berhampiran masjid/surau.

      b) Pendidikan formal, jika kita tidak mampu untuk memberi pendidikan agama, wajiblah kita menghantar anak-anak kita ke sekolah agama. Saya amat kecewa kerana hanya sebilangan kecil sahaja ibu/bapa menghantar anaknya ke sekolah agama, sebagai contoh di tempat saya tinggal, jumlah kelas bagi sekolah kebangsaan (kemasukan darjah satu tahun ini ialah 8 kelas manakala darjah satu sekolah agama hanya 3 kelas sahaja.

      3) Kawalan dalam pergaulan
      a) Hadkan masa bersama kawan-kawan, tidak dibenarkan keluar rumah selepas jam 7.00Mlm. kecuali ada pemantauan dari penjaga.
      b) Hadkan jarak, tidak perlu melebihi kawasan taman perumahan tempat tinggal kita supaya senang mengawasinya

      4) Jadikan kita sebagai kawan kepada anak-anak kita
      Si bapa menjadi teman rapat kepada anak lelaki, ibu kepada anak perempuan mereka. Cipta satu hobi yang selari supaya ianya tidak membosankan anak ketika bersama dengan kita.

      5) Motivasi berterusan
      Memberikan semangat kepada anak-anak kita, terutama ketika mereka dalam kemurungan atau kedukaan.

      5 perkara yang saya dapat kongsikan bersama untuk hari ini, insyaAllah berusaha dan berserahlah kepadaNya.

      Sekian

  4. Pergaulan terlalu bebas? Adakah Malaysia akan menjaid spt Bosnia suatu hari nanti?

    Nak sidetrack sikit. Theme grunge ni menarik, tetapi macam mana nak letak live link pada limit post ni? saya pun guna them yg sama utk blog sy, tapi kat index page, semua link takde pun.

  5. Dalam islam, seorang wanita yang hamil harus menunggu sampai anaknya lahir, jika ingin menikah. Lagipula, jika pernikahan seperti itu sah, maka akan senanglah para pezina. Enak sekali, bisa berzina dulu dan menikah kemudian. Bila sang wanita tidak hamil, tidak perlu menikah. Yang seperti itu tentu saja sangat bertentangan dengan Islam, karena islam memberikan hukuman yang tegas bagi para pelaku zina.
    .-= Bang Iwan´s last blog ..HARTA KARUN PARA NABI =-.

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!