Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, penutup 2013 berakhir dengan anugerah “Best Personal Blog 2013” dan “Kembara Palestine” yang sangat menyentuh hati. Permulaan 2014 juga bermula dengan baik, permulaan dengan langkah kanan. Semuga langkah kanan ini akan berterusan untuk tahun 2014 dan Allah lindung daripada segala keburukan sepanjang tahun ini.
Alhamdulillah pada 1 Jan 2014 Kakak yang mendapat keputusan cemerlang PMR telah menyambung pelajaran di Maahad Ihya Ahmadi dekat dengan rumah Cikgu Blogger. Agak mencabar untuk Kakak sebab perlu belajar tahfiz dan akademi sains tetapi itu pilihannya sebagai ibu bapa kami akan mendoakan semua dipermudahkan. Abang yang baru tamat SPM juga dapat menyambung pelajaran di sekolah idamannya Sekolah Agama Tinggi Tengku Ampuan Jemaah antara sekolah terbaik di Selangor. Terima kasih semua yang tidak disebut nama kerana telah membantu anak-anak mencapai impian mereka.
Blog Denaihati juga bermula dengan langkah kanak untuk tahun 2014 apabila mendapat hadiah gajet impian ramai rakan blogger iaitu smartphone Samsung S4 active. Hadiah ke dua daripada cabaran top income program affiliate yang blog Denaihati sertai. Kelebihan Samsung S4 active adalah kalis air jadi tak risau kalau terjatuh dalam air. Suka betul isteri sebab dia sahaja yang menggunakan smartphone samsung ini yang dikatakan rezeki yang tidak disangka-sangka.
Awal tahun 2014 permulaan yang sibuk untuk team Denaihati. Buat sementara waktu kami nak lupakan kelas buat blog dan kelas master kerana bukan ramai pun yang berminat nak belajar. Kedua-dua kelas hanya terbuka untuk private kelas kepada yang berminat boleh dapatkan maklumat daripada team Denaihati. 2014 nak fokus lebih kepada projek underground untuk menjana pendapatan berganda seperti ramai rakan-rakan underground yang sudah buat banyak duit tanpa pengetahuan ramai. Cemburu betul dengan mereka yang buat duit online senyap-senyap tak heboh pun kat blog dan sosial media. Sebagai permulaan 2014 untuk mencapai misi underground aku dan Eizil menghadiri dua workshop berbeza untuk projek berbeza.
Sehari balik daripada workshop duit USD dah mula masuk. Sikit tapi permulaan yang baik sebab ada juga peserta workshop yang lepas dah enam bulan pun tak dapat apa-apa lagi. Ini perkongsian income pertama dan terakhir sebab lepas ni semua underground hanya kongsi pada #TeamWork sahaja untuk beri motivasi kepada mereka. Terima kasih Allah semuga semakin luas rezeki untuk 2014 kerana ada hak untuk yang memerlukan.
Manusia merancang tetapi perancangan Allah lebih baik semuga Allah permudahkan semua usaha kami kerana 2014 permulaan kembara hidup yang panjang dan penuh dengan dugaan hanya mereka yang kuat dan sabar sahaja akan berjaya. Kepada yang nak mengetahui perkembangan Denaihati mesti join instagram Denaihati kerana banyak update di sini,
125 Comments
ramai blogger yang senyap2 buat duit online. segan nak bagitahu
Curahan rasa nikkhazami @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
yup. dan wawa pun selalu juga buat duit secara online tapi segan nak bagitahu secara umum. Tapi rasanya wawa kena perbaiki lagi. Pendapatan asyik turun naik trun naik.
Curahan rasa wawaabdulhadi @ ..SIMPLE GIVEAWAY & BLOGWALKING by YANA PINK BLOSSOM
belajar belajar belajar dan terus belajar walaupun kadang-kadang terasa bosan belajar benda yang sama tapi itu namnya ilmu .. moga terus berjaya buat rakan2
Curahan rasa namiacinta @ ..Cabaran 30 Hari – 5 Pekara Yang Saya Rindukan
Semoga Denaihati terus maju dalam dunia blog ini. Tahniah ye dapat Samsung S4 Active ni. Rezeki. ;D
Curahan rasa Sally Yatiey @ ..BBQ.
tuan denaihati.com selalui dimurahkan rezeki. Alhamdulillah. Berkat sifat tuan denaihati.com yang sentiasa memberi ilmu kepada para pembaca di blog. Tahniah tuan denaihati.com.
Curahan rasa wawaabdulhadi @ ..SIMPLE GIVEAWAY & BLOGWALKING by YANA PINK BLOSSOM
Nak tanya. Tuan menang cabaran affiliate yang mana ye? Nak tahu juga.
Yalah, sampai boleh menang Samsung S4 Active tu. Tahniah!
Nak merasa jugak
Curahan rasa Majalah Jualan @ ..Kenapa Pelanggan Tidak Mahu Beli Produk Anda?
Affiliate antarabangsa adalah bidang yang saya sendiri tak dapat kuasai sampai ke saat ini.
Walaupun bahasa Inggeris sederhana je, tapi ada niat juga nak bergiat aktif kelak.
Mudah-mudahan.
Curahan rasa Majalah Jualan @ ..Kenapa Pelanggan Tidak Mahu Beli Produk Anda?
Yang sebelah kanan tu, saya kenal iaitu jutawan Patric Chan.
yang sebelah kiri, bersebelahan dengan big bos DenaiHati tu, siapa ye?
Maaflah sebab saya tak kenal. Saya ni kurang tahu sikit affiliate antarabangsa.
Curahan rasa Majalah Jualan @ ..Kenapa Pelanggan Tidak Mahu Beli Produk Anda?
kadang-kadang rezeki kita datang dengan cara yang tak disangka-sangka…sebab itu aku percaya kepada pemberi rezeki…segala urusan rezeki ada ketentuannya..jadi tugas kita hanya bekerja dan berusaha
Curahan rasa blogger lelaki @ ..Oh Cikgu Kenapa Viralkan Jawapan Kelakar
Sekarang ni lain pulak kan.
Pengedar shaklee berebut rebut nak belajar SEo blog 🙂
Sayabas dan tahniah
Curahan rasa Mazni Azmi @ ..Tudung Nur Jauhari Julai 2014
rezeki masing-masing berbeza…apa yang pasti blog denaihati antara yang terbaik
Curahan rasa Hero Borneo @ ..Kisah CDM25 Yang Gemparkan Malaysia
betul tu. ada blogger yang cuba ber affiliate tapi tak dapat. hebat DH
Curahan rasa nikkhazami @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
tuan denaihati.com memang 1000 in 1. Segalanya hebat. Serba boleh dalam satu masa. Tahniah atas pencapaian tuan denaihati.com
Curahan rasa wawaabdulhadi @ ..SIMPLE GIVEAWAY & BLOGWALKING by YANA PINK BLOSSOM
Semoga Denaihati terus maju dan terus memberi kebaikan kepada blogger mahupun semua yang membaca.
Curahan rasa Fadzi Razak @ ..CPUV Ketiga Bulan Julai – uMobile Prepaid Free Meal
alhamdulillah atas rezeki kurniaanNya
jangan lupa buat syujud syukur sekali..
Curahan rasa Mohd Zakwan @ ..Tarikh Penting UPU – Perhatian Pelajar 2014/2015
pengen deh samsung gitu
Curahan rasa Obat Liver Tradisional @ ..Pengobatan Liver Tradisional
alhamdulillah..rezeki tuan denaihati..semoga success blog denaihati ni
Curahan rasa nadia johari @ ..ZIZAN RAZAK PALING BANYAK DAPAT ANUGERAH DI ANUGERAH MELETOP ERA
Alhamdulillah. Semoga 2014 jadi tahun yang lebih cemerlang buat DH.
Curahan rasa TrendViral @ ..[Gambar] 2014 Mercedes-Benz A45 AMG Petronas Green Edition Yang Sangat Cool
blog denaihati dah banyak mengalami perubahan positif…nama gah dalam media sosial
Curahan rasa Hero Borneo @ ..Dapatkan Bonus Raya Di Denaihati.com
Terimaksih telah berbagi infonya, info yang sangat bagus . sukses selalu untuk info and websitenya and be the best to the next info..
Curahan rasa Obat Jantung Tradisional @ ..Obat Jantung Koroner
Comments are closed.