Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, penutup 2013 berakhir dengan anugerah “Best Personal Blog 2013” dan “Kembara Palestine” yang sangat menyentuh hati. Permulaan 2014 juga bermula dengan baik, permulaan dengan langkah kanan. Semuga langkah kanan ini akan berterusan untuk tahun 2014 dan Allah lindung daripada segala keburukan sepanjang tahun ini.
Alhamdulillah pada 1 Jan 2014 Kakak yang mendapat keputusan cemerlang PMR telah menyambung pelajaran di Maahad Ihya Ahmadi dekat dengan rumah Cikgu Blogger. Agak mencabar untuk Kakak sebab perlu belajar tahfiz dan akademi sains tetapi itu pilihannya sebagai ibu bapa kami akan mendoakan semua dipermudahkan. Abang yang baru tamat SPM juga dapat menyambung pelajaran di sekolah idamannya Sekolah Agama Tinggi Tengku Ampuan Jemaah antara sekolah terbaik di Selangor. Terima kasih semua yang tidak disebut nama kerana telah membantu anak-anak mencapai impian mereka.
Blog Denaihati juga bermula dengan langkah kanak untuk tahun 2014 apabila mendapat hadiah gajet impian ramai rakan blogger iaitu smartphone Samsung S4 active. Hadiah ke dua daripada cabaran top income program affiliate yang blog Denaihati sertai. Kelebihan Samsung S4 active adalah kalis air jadi tak risau kalau terjatuh dalam air. Suka betul isteri sebab dia sahaja yang menggunakan smartphone samsung ini yang dikatakan rezeki yang tidak disangka-sangka.
Awal tahun 2014 permulaan yang sibuk untuk team Denaihati. Buat sementara waktu kami nak lupakan kelas buat blog dan kelas master kerana bukan ramai pun yang berminat nak belajar. Kedua-dua kelas hanya terbuka untuk private kelas kepada yang berminat boleh dapatkan maklumat daripada team Denaihati. 2014 nak fokus lebih kepada projek underground untuk menjana pendapatan berganda seperti ramai rakan-rakan underground yang sudah buat banyak duit tanpa pengetahuan ramai. Cemburu betul dengan mereka yang buat duit online senyap-senyap tak heboh pun kat blog dan sosial media. Sebagai permulaan 2014 untuk mencapai misi underground aku dan Eizil menghadiri dua workshop berbeza untuk projek berbeza.
Sehari balik daripada workshop duit USD dah mula masuk. Sikit tapi permulaan yang baik sebab ada juga peserta workshop yang lepas dah enam bulan pun tak dapat apa-apa lagi. Ini perkongsian income pertama dan terakhir sebab lepas ni semua underground hanya kongsi pada #TeamWork sahaja untuk beri motivasi kepada mereka. Terima kasih Allah semuga semakin luas rezeki untuk 2014 kerana ada hak untuk yang memerlukan.
Manusia merancang tetapi perancangan Allah lebih baik semuga Allah permudahkan semua usaha kami kerana 2014 permulaan kembara hidup yang panjang dan penuh dengan dugaan hanya mereka yang kuat dan sabar sahaja akan berjaya. Kepada yang nak mengetahui perkembangan Denaihati mesti join instagram Denaihati kerana banyak update di sini,
125 Comments
Sesuai dengan sunah rosul, diawali dengan yang kanan, dan selamat mudah-mudahan selalu berkah
menurut saya samsung akan merajai smartphone di dunia karena teknologinya dan kemudahan penggunaannya oleh user
Curahan rasa haidar @ ..Pengertian Diabetes Mellitus
semoga dimurahkn rezeki abg amir 🙂
Moga diperbanyakkan lagi rezeki dan di berkati segala yg dianugerahkn pada saudara. Amin.
Curahan rasa JomJalan @ ..5 Tip Mengelak Bilik Hotel Berhantu di Malaysia
tahniah dari kami, semoga lebih di murahkan & diluaskan rezeki pada tahun ini
Tahniah untuk team denaihati. Semoga beroleh rezeki lebih untuk tahun 2014 ni
Curahan rasa Sobri Mansor @ ..Santai Pagi di Tasik Putrajaya
Tahniah kakak, tahniah juga tuan rumah, Semoga terus diberkati dan dimurahkan rezeki serta dipermudahkan segala urusan 🙂
Curahan rasa myliferia @ ..Quote Yang Sangat Bermakna Buat Saya | Hari #11; Cabaran 30 Hari Entry
Sesuatu yang dimulai dengan niat baik, semoga juga berbuah baik.. tetap semangat ! 🙂
projek undergorund apa tu bro..hu3
Curahan rasa blogger lelaki @ ..Siraplimau.com – Segar Lagi Menyegarkan
Semoga akan berterusan dan bisa memberi lebih banyak hal bermanfaat lagi buat semua Amin
Curahan rasa munir ardi @ ..Senam Ringan di Rumah untuk Wanita hamil
Manusia hanya mampu berusaha dan berdoa, sedangkan hasilnya tetap ada di Tangan Allah SWT. Ane setuju ama kata-kata kalau manusia hanya bisa merancang tapi perancangan Allah lebih baik . .
Nice gan
Curahan rasa Dhedi R Ghazali @ ..Take Action, Action Is Power ( Tindakan Adalah Kekuatan )
semoga banyak lagi kejayaan diperolehi bagi tahun 2014
Curahan rasa Mus @ ..Sahabat Blogger Terhangat Tahun 2013
semoga lebih banyak projek utk membantu blogger di tahun tahun mendatang
Curahan rasa nikkhazami @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
wah! Eizil bergambar dengan Patrick Chan!
kalau dapat usd 100k sebulan memang tak lama jadi jutawan! ini boleh jadi fulltime blogger dah!
Curahan rasa kakiblog @ ..Isu Kangkung Dan Buat Duit Dari Rumah
Comments are closed.