Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, awal tahun 2013 blog Denaihati bermula dengan langkah kanan setelah dianugerahkan “Most Creative Blog 2013” oleh Majlis Sosial Media Malaysia. Penutup tahun 2014 juga diakhiri dengan langkah kanan apabila blog Denaihati dianugerahkan “Best Personal Blog 2013” oleh Blogrrr.my. Mohon maaf kepada penganjur tak dapat naik ke pentas untuk mengambil trofi dek kerana kecelaruan aturcara.
Dalam tahun 2013 blog Denaihati juga telah terpilih masuk final dalam katogeri “Tourism Blog of the year” anjuran Malaysia International Tourism Blogger Awards dan “Blogger of the year” anjuran DiGi WWWOW Awards. Bersyukur sangat terpilih masuk final walaupun tak menang kerana telah memberi platform untuk mengukuhkan jenama blog ketahap yang lebih baik. Kepada Rakan Blogger yang mempunyai cita-cita besar dalam dunia blog pastikan anda masuk dalam apa juga anugerah mengikut kelayakan yang sesuai kerana ianya adalah platform penjenamaan yang paling baik. Menang atau kalah jangan kisah itu rezeki ketentuan Allah yang paling penting jangan cepat sentap.
[box type=”shadow”]A personal blog is a weblog where people publish articles related to their daily lives, interests, projects, passions and happenings – personal blog [/box]
Berdasar ranking alexa Malaysia pada 30/12/2013 berikut antara kedudukan top 7 best personal blog Malaysia.
Setiap kejayaan perlukan pengorbanan dan usaha yang tidak pernah berhenti. Dalam dunia yang penuh dengan cabaran untuk berjaya setiap kejayaan perlu disertakan dengan kreativiti dan ilmu yang sesuai dengan visi dan misi. Malas belajar dan berfikir dengan berbagai alasan adalah permulaan kepada sebuah kegagalan.
Walaupun tidak menang apa-apa anugerah 2013 pastikan blog anda menjadi The Best Personal blog untuk diri sendiri. Apa agaknya matlamat anda berblog untuk tahun 2014?
92 Comments
Sungguh mengujakan hingga mendapat pengiktirafan.
Pengiktirafan mengangat blogger ke satu platform yg tinggi untuk dipandang bukan sebelah mata.
Yang pasti keringat dan pengobanan kan utk mencapai ke tahap ini.
Best.. sungguh inspired.
Curahan rasa Azeni Ahmad @ ..Anak-Anak Selalu Melawan Cakap: Bagaimana Untuk Memahami dan Mengatasinya
Comments are closed.