Nak tengok Gambar Denaihati joom

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, ada beberapa komen di entri “Bertemu teman lama di Intel Malaysia” yang bertanyakan gambar Denaihati. Antara yang bertanya ialah Mariuca, Herbalife dan Dadan. Dari awal lagi ramai yang menyangka Denaihati seorang perempuan sehingga sekarang terutama Rakan Blogger dari Indonesia. Ramai yang tanya kenapa tak letak gambar Denaihati dalam blog ini. Mungkin ramai yang tak perasan ada sekeping gambar Denaihati diantara beribu entri. Terima kasih kepada semua Rakan Blogger yang sudah pernah berjumpa tetapi tidak pernah publish gambar Denaihati.

Siapa Denaihati tak penting yang lebih penting pengisian blog Denaihati yang dapat berkongsi sekelumit ilmu untuk dijadikan panduan hidup yang hanya sebentar di atas dunia ini.

Ada yang tanya bagaimana dapat nama DENAIHATI. Nama DENAIHATI ilham setelah difikirkan beberapa minggu. DENAIHATI boleh diertikan sebagai perjalanan pemikiran hati kecil dalam menempuh kehidupan yang semakin mencabar. Mengambil contoh banyak website yang terkenal seperti GOOGLE, YAHOO, YOUTUBE dan sebagainya nama domain mesti ringkas dah unik supaya mudah diingati oleh pembaca. Jadi aku pilih nama DENAIHATI untuk blog ini semuga ianya ringkas, unik dan mudah melekat dihati para pembaca. Manalah tahu suatu hari nanti Denaihati boleh keluarkan IPO macam Facebook dan ada pengikut setia yang akan jadi billionaire macam Vincent Tan yang dapat beratus juta hasil IPO Facebook. Saham Denaihati yang telah tersenarai di Bursa Empire Avenue sekarang bernilai USD93.29, dah beli ke? Joom beli @ Empire Avenue.

Kepada yang teringin sangat nak tengok gambar Denaihati joom @ Gambar Denaihati (Gambar ini dirakam ketika menerangan Ultrabook Toshiba Z830 tapi bila dah tengok jangan marah ya!!)

181 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!