Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, penutup 2013 berakhir dengan anugerah “Best Personal Blog 2013” dan “Kembara Palestine” yang sangat menyentuh hati. Permulaan 2014 juga bermula dengan baik, permulaan dengan langkah kanan. Semuga langkah kanan ini akan berterusan untuk tahun 2014 dan Allah lindung daripada segala keburukan sepanjang tahun ini.
Alhamdulillah pada 1 Jan 2014 Kakak yang mendapat keputusan cemerlang PMR telah menyambung pelajaran di Maahad Ihya Ahmadi dekat dengan rumah Cikgu Blogger. Agak mencabar untuk Kakak sebab perlu belajar tahfiz dan akademi sains tetapi itu pilihannya sebagai ibu bapa kami akan mendoakan semua dipermudahkan. Abang yang baru tamat SPM juga dapat menyambung pelajaran di sekolah idamannya Sekolah Agama Tinggi Tengku Ampuan Jemaah antara sekolah terbaik di Selangor. Terima kasih semua yang tidak disebut nama kerana telah membantu anak-anak mencapai impian mereka.
Blog Denaihati juga bermula dengan langkah kanak untuk tahun 2014 apabila mendapat hadiah gajet impian ramai rakan blogger iaitu smartphone Samsung S4 active. Hadiah ke dua daripada cabaran top income program affiliate yang blog Denaihati sertai. Kelebihan Samsung S4 active adalah kalis air jadi tak risau kalau terjatuh dalam air. Suka betul isteri sebab dia sahaja yang menggunakan smartphone samsung ini yang dikatakan rezeki yang tidak disangka-sangka.
Awal tahun 2014 permulaan yang sibuk untuk team Denaihati. Buat sementara waktu kami nak lupakan kelas buat blog dan kelas master kerana bukan ramai pun yang berminat nak belajar. Kedua-dua kelas hanya terbuka untuk private kelas kepada yang berminat boleh dapatkan maklumat daripada team Denaihati. 2014 nak fokus lebih kepada projek underground untuk menjana pendapatan berganda seperti ramai rakan-rakan underground yang sudah buat banyak duit tanpa pengetahuan ramai. Cemburu betul dengan mereka yang buat duit online senyap-senyap tak heboh pun kat blog dan sosial media. Sebagai permulaan 2014 untuk mencapai misi underground aku dan Eizil menghadiri dua workshop berbeza untuk projek berbeza.
Sehari balik daripada workshop duit USD dah mula masuk. Sikit tapi permulaan yang baik sebab ada juga peserta workshop yang lepas dah enam bulan pun tak dapat apa-apa lagi. Ini perkongsian income pertama dan terakhir sebab lepas ni semua underground hanya kongsi pada #TeamWork sahaja untuk beri motivasi kepada mereka. Terima kasih Allah semuga semakin luas rezeki untuk 2014 kerana ada hak untuk yang memerlukan.
Manusia merancang tetapi perancangan Allah lebih baik semuga Allah permudahkan semua usaha kami kerana 2014 permulaan kembara hidup yang panjang dan penuh dengan dugaan hanya mereka yang kuat dan sabar sahaja akan berjaya. Kepada yang nak mengetahui perkembangan Denaihati mesti join instagram Denaihati kerana banyak update di sini,
125 Comments
Bestnye bila dah power main affiliate ni. Teringin jugak nak jadi expert sehingga mampu capai beribu ribu dalam seminggu.
Curahan rasa Afifi Shamsuri @ ..BLOGGER BUAT DUIT ONLINE
Semoga pembuka 2015 pun sentiasa dilimpahkan dengan rezeki yang mencurah curah.
Curahan rasa Afifi Shamsuri @ ..BLOGGER BUAT DUIT ONLINE
Pasti ada ganjaran yang lebih baik sekiranya kita gemar memberi kepada mereka yang saling memerlukan.
Curahan rasa Afifi Shamsuri @ ..BLOGGER BUAT DUIT ONLINE
Semoga rezeki denaihati tak putus malah berterusan dan sentiasa diberkati oleh Allah hendaknya.
Curahan rasa Afifi Shamsuri @ ..BLOGGER BUAT DUIT ONLINE
Memang sangat cantik design samsung galaxy s4 active tu. Corak belakang dia sangat memikat hati.
Curahan rasa Afifi Shamsuri @ ..BLOGGER BUAT DUIT ONLINE
Alhamdulillah. Awal awal tahun dah dimurahkan banyak rezeki. Mungkin ini hasil daripada “Hidupkan untuk memberi”
Curahan rasa Afifi Shamsuri @ ..BLOGGER BUAT DUIT ONLINE
Bestnye dapat samsung s4 active tu sebab kalis air dan designnya yang sangat elegant! Memang bergetar hati tengok. Hehe
Curahan rasa Afifi Shamsuri @ ..BLOGGER BUAT DUIT ONLINE
Murah rezeki Denaihati dapat hadiah macam mcam. Mungkin ini ‘hadiah’ drpd usaha gigih beliau selama ini.
Curahan rasa Afifi Shamsuri @ ..Malaysia di sini lahirnya sebuah cinta
tahniah kerana mempunyai keluarga yg hebat dan gajet impian rakan blogger kini mungkin iphone 5s. tugasan kedua bakal tamat 11 hari lagi..dpt jdk top 70 pon jadilah…
tahniah denaihati kerana dapat hadiah gajet impian ramai rakan blogger iaitu smartphone Samsung S4 active..harap saya jugak dapat merasa menang iphone 5s gajet impian blogger yang denaihati anjurkan..hehe
Curahan rasa hpmurah2u @ ..Full Specs of Samsung Galaxy Ace Style LTE
semoga DH akan terus maju dari tahun ke tahun dan terus membantu blogger
Curahan rasa nikkhazami @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
ada cara tak untuk cari program affiliate yang betul-betul dapat menjanakan wang walaupun sedikit
Curahan rasa hpmurah2u @ ..Video iPhone 6 Plus tested into liquid nitrogen
kalau ikut kata org yang dah pakar affiliate ni mereka kata senang dan banyak cara. tapi tak pernah didedahkan
Curahan rasa nikkhazami @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
dahsyat nye denaihati dapat bergambar dengan orang paling sikit income dari affiliate usd 100k sebulan..kaya betul
Curahan rasa hpmurah2u @ ..Video iPhone 6 Plus tested into liquid nitrogen
kalau dah USD100k sebulan memang kaya gila. entah macam mana la dia buat
Curahan rasa nikkhazami @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
Melihat kejayaan mereka yg berjaya menjana pendapatan tinggi dalam dunia maya ini…memang terasa cemburunya! Namun itu adalah hasil dari usaha mereka… Kalau nak, kenalah berusaha juga. Jika tidak…tengok sajelah.
Curahan rasa Relaks Minda @ ..Idea Gila Yang Memang Giler!
betul tu. sekali sekala apabila melihat kejayaan orang lain yang lebih dari kita memang tak lari dari perasaan cemburu. Tapi itulah hasil yang mereka dapat setelah mereka berusaha tanpa berhenti. Kita boleh berjaya seperti mereka kalau niat dan azam kita ni kuat. Kalau perasaan malas itu melanda diri kita, maka tiadalah kejayaan yang kita dapat. Yang dapat cuma melihat kejayaan orang lain.
Curahan rasa wawaabdulhadi @ ..SIMPLE GIVEAWAY & BLOGWALKING by YANA PINK BLOSSOM
Betul tu wawa, Kalau kita sering berusaha untuk berjaya seperti mereka, pasti akan berjaya nanti.
Curahan rasa Sally Yatiey @ ..Kasih Berbisik.
orang orang yg berjaya macam ni la baru kita boleh tiru. tiru dia untuk memajukan diri
Curahan rasa nikkhazami @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
Betul tu. Kalau kita berusaha jugak, pasti kita jugak akan berjaya seperti mereka yang berjaya ini. Yang penting, usaha.
Curahan rasa Sally Yatiey @ ..Kasih Berbisik.
nak merasa jugak bidang affiliate ni. ramai yang dah berjaya buat duit sampingan
Curahan rasa nikkhazami @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
wawa pun belum cuba lagi bidang affiliate ni. Genap umur 20 tahun nanti, nak cuba juga.
Curahan rasa wawaabdulhadi @ ..SIMPLE GIVEAWAY & BLOGWALKING by YANA PINK BLOSSOM
Comments are closed.