Pengsan Terkulai Tidak Bermaya

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, kira-kira dua tahun lepas ketika aku dan rombongan bertunang adik bongsu menuju ke Ipoh kami berhenti di perhentian Jejantas Sungai Buluh kerana adik perempuan turun darah. Setelah berbincang keputusan diambil untuk aku bawa adik perempuan ke Hospital Pusrawi, Kuala Lumpur dan yang lain meneruskan perjalanan ke Ipoh. Sampai di hospital ketika menunggu rawatan tiba-tiba adik pengsan terkulai tidak bermaya, syukur aku sempat memeluk kalau tidak pasti jatuh tersungkur ke lantai. Memang panik sebab pertama kali melalui pengalaman seperti ini, adik terus tak sedarkan diri walaupun dipanggil nama beberapa kali lansung tak respond. Alhamdulillah selepas beberapa hari adik dibenarkan keluar hospital.

Pengalaman yang sama berlaku lagi tetapi kali ini giliran isteri. Sedang sibuk mengajar anak yang akan menghadapi peperiksaan pertengahan semester tiba-tiba dia kata pening dan terus pengsan terkulai tidak bermaya tertiarap di pangku anak. Hikmah disebalik kejadian pertama, kali ini aku tidak sepanik dulu dapat mengawal keadaan dengan baik. Isteri memang ada masalah kurang darah yang agak kritikal tetapi susah nak bawa ke hospital. Alhamdulillah selepas empat jam isteri sudah boleh bagun dan ini menjadi sebab kuat untuk boleh bawa ke hospital.

Hospital Pakar Annur

Selepas pemeriksaan doktor isteri dimasukan ke wad di Hospital Pakar Annur, Bangi dan perlu dimasukan darah sebanyak 2 pints. Alhamdulillah berkat doa tuk guru, ustaz dan kawan-kawan di Malaysia, Indonesia dan Mekah semua berjalan lancar. Darah yang biasanya sampai selepas isyak sampai awal selepas asar dan paling bersyukur tiada reaksi negatif antara darah penderma dan tubuh isteri. Semuga darah yang diperolehi dari mereka yang beriman dan menjadi asbab untuk meningkatkan iman dan taqwa.

Terima kasih kepada keluarga yang bersedia untuk mendermakan darah jika diperluakan. Terima kasih tidak terhingga kepada semua keluarga dan sahabat dari jauh dan dekat yang sudi menziarahi dan tidak putus-putus bertanya kabar melalui sms dan whatsapp. Semuga ALLAH SWT membalas KEBAIKAN kepada setiap doa yang dititipkan kepada isteri. Bila dah sakit barulah dapat merasai nikmat sihat kerana itu kita perlu sentiasa menjaga kesihatan sebelum sakit.

Nota : Ada terjumpa Mawi depan hospital. Adakah Cahaya Malaika (ni nama anak mawi, nak tengok gambar anak mawi klik lah link ni) dilahirkan di Hospital Pakar Annur?


Spread the love

102 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!