Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, selamat tinggal 2013 dan selamat datang 2014. 2013 yang ditinggalkan dengan penuh kenangan manis dan pahit yang menganjar kematangan hidup. Kejayaan dan kegagalan sepanjang 2013 semua adalah ujian ALLAH yang pasti ada hikmahnya untuk dijadikan sambungan rantaian kehidupan 2014. Bagaimana kehidupan aku dan keluarga begitu juga blog Denaihati melalui berbagai proses jatuh dan bangun sepanjang 2013.
Mengingat kembali tulisan aku dalam entri sambutan tahun baru 2013 perkataan azimat yang mesti dipegang adalah “Fail to Plan, Plan to Fail“ dan kata azimat untuk sambutan tahun baru 2012 pula “Melangkah Tahun Baru dengan Niat yang Betul“. Kedua-dua kata azimat ini penting untuk meneruskan kehidupan 2014 yang sangat mencabar.
Kita perlu bersedia melalui zaman susah pada tahun 2014 kerana musim bunga sudah berlalu bukan sahaja di Malaysia malah diseluruh dunia. Biarkan orang politik merusuh dijalan untuk mengubah keadaan tetapi jangan kita kerana keadaan itu tidak akan boleh berubah. Percayalah ALLAH sudah berjanji di dalam Al Quran setiap zaman kesenangan pasti diikuti zaman kesusahan untuk menguji manusia adakah mereka benar-benar bersedia semasa zaman senang dan adakah mereka benar-benar bersabar apabila ditimpa kesusahan.
[box type=”shadow”]Berkata (Nabi Yusuf), ‘Kamu menyemai tujuh tahun seperti biasa; apa yang kamu tuai, tinggalkanlah ia pada tangkainya, kecuali sedikit daripadanya kamu makan. Kemudian sesudah itu, datang kepada kamu tujuh tahun yang keras yang memakan apa yang kamu sediakan bagi mereka, semua, kecuali sedikit yang kamu simpan. Kemudian sesudah itu, datang satu tahun yang manusia diberi pertolongan hujan, dan padanya mereka memerah. – Surah Yusof ayat 47 – 49 [/box]
Mengembara merata ceruk rantau alam telah membuka mata aku melihat susah senang manusia. Paling tragis apabila melihat anak-anak Palestine dirembat dengan rotan apabila meminta sedikit ihsan dari rombongan kami di lorong miskin di Hebron. Ketika ini aku merasa bertapa nikmatnya kebebasan di negara sendiri tetapi kebebasan bukan milih kekal kerana di luar sana menunggu sahaja kehancuran sebuah lagi negara Islam.
2014 pasti tahun yang panjang dan susah untuk kita lalui. Paksi kehidupan aku pada tahun 2014 akan difokuskan kepada tiga perkara iaitu mendidik anak menjadi anak yang soleh, mencari ilmu yang bermanafaat supaya dapat memberi manafaat kepada insan lain dan membantu kepada yang perlu semampu yang boleh. Semuga dengan fokus tiga perkara ini aku dan keluarga dapat melalui tahun 2014 dengan lebih tenang dan bersabar dengan apa sahaja ujian yang bakal mendatang. Kami pernah susah jadi tak susah kalau terpaksa melalui kesusahan lagi yang penting kena pandai mengurus ekonomi dan kehidupan mengikut kemampuan semasa bukan mengikut emosi melebihi kemampuan.
[box type=”shadow”]“Sesungguhnya amal dan kebaikan yang terus mengiringi seseorang ketika meninggal dunia adalah ilmu yang bermanfaat, anak yang dididik agar menjadi orang shaleh, mewakafkan Alquran, membangun masjid, membangun tempat penginapan bagi para musafir, membuat irigasi, dan bersedekah”. – HR Ibn Majah [/box]
2014 juga tahun yang mencabar untuk blog Denaihati setelah memenangi beberapa anugerah pada tahun 2012 dan 2013. Fokus 2014 untuk blog Denaihati adalah untuk menjadi blog khazanah ilmu yang akan berkongsi berbagai kisah kehidupan yang bermanafaat kepada pembaca. Tidak lagi mengejar anugerah, pagerank, ranking dan trafik tetapi aku yakin dengan penulisan yang bermanafaat semua itu akan datang sendiri tanpa diundang. Apabila semua itu datang tanpa diundang pasti rezeki juga akan berganda-ganda daripada sumber yang tidak disangka-sangka.
2014 teringin sangat kalau dapat berkobelerasi dengan top blog Malaysia antaranya Amanz.my, Beautifulnara.com, Redmummy.com dan Benashaari.com menganjurkan majlis sepetang bersama blogger 2014 .. semuga impian jadi kenyataan.
Selamat tahun baru 2014 untuk semua … semuga kehidupan kalian lebih sukses pada tahun 2014. Semuga ALLAH permudahkan kehidupan kita dan tidak memalingkan hati kita setelah mendapat hidayah.
109 Comments
saja mari singgah di entri awal tahun ini..sebab hari ini adalah hari penamat bagi tahun 2014..duk tunggu juga DH update entri terakhir untuk tahun ini..hu3
Curahan rasa blogger lelaki @ ..Impian Dan Harapan 2015
Semoga tahun 2014 menjadi tahun yang bermakna dan meninggalkan banyak kenangan manis kepada kita semua.
Curahan rasa Afifi Shamsuri @ ..BLOGGER BUAT DUIT ONLINE
Cita cita akan menjadi angan angan jika dilupakan dan kita sendiri yang malas berusaha.
Curahan rasa Afifi Shamsuri @ ..BLOGGER BUAT DUIT ONLINE
Pasanglah impian di awal waktu supaya kita bersedia lakukan apa saja untuk menggapai cita cita tersebut.
Curahan rasa Afifi Shamsuri @ ..BLOGGER BUAT DUIT ONLINE
Sekiranya harapan 2014 masih belum tercapai, usah dibuang begitu sahaja kerana tahun 2015 pasti menjelma dengan izin Allah.
Semoga tahun 2014 menjadi tahun yang bermakna buat tuan denaihati dan sekeluarga.
Curahan rasa Afifi Shamsuri @ ..BLOGGER BUAT DUIT ONLINE
Saya pun banyak juga cita cita untuk dicapai dalam tahun 2014 ni dan alhamdulillah sedikit sebanyak dah berjaya saya raih.
Curahan rasa Afifi Shamsuri @ ..BLOGGER BUAT DUIT ONLINE
Bukan senang untuk menggapai cita cita selain kita sendiri yang berusaha untuk mencapainya.
Curahan rasa Afifi Shamsuri @ ..BLOGGER BUAT DUIT ONLINE
Satu impian yang amat baik untuk mengembara bagi menambahkan lagi ilmu pengetahuan
Comments are closed.