Biodata Shairan Huzani Hussain Pengarah Urusan Syarikat Hiliran Shell Malaysia

Spread the love

Nama Tuan Shairan Huzani Husain menjadi viral apabila beliau bertemu dengan seorang calon SPM, Amir dari Puchong yang memakai baju Shell ketika naik ke pentas untuk mengambil keputusan SPM.

Sebelum itu Amir yang berkerja sambilan di Station Shell Permai Puchong telah membuat cabaran di akaun twitternya untuk memakai baju Shell ketika menambil keputusan SPM sandainya dia mendapat 6 ribu retweet.

amir-calon-spm-pakai-baju-shell

Shairan Huzani Husain, Pengarah Urusan Shell Malaysia Trading Sdn Bhd dan Shell Timur Sdn Bhd sejak September 2016. Keduanya ialah syarikat yang bertanggungjawab akan perniagaan hiliran (downstream) bagi produk Shell Malaysia.

Anak kelahiran Kelantan ini dilahirkan 52 tahun dahulu di Pasir Puteh. Shairan dibesarkan oleh datuknya di kampung Kedai Buloh, sebuah kampung nelayan di pinggir Sungai Kelantan, berhampiran dengan Pantai Cahaya Bulan (PCB), Kota Bahru.

Shairan Huzani Husain

Sulung di antara empat adik beradik, Shairan membesar di perkampungan nelayan seorang diri bersama datuk dan neneknya sehingga berusia enam tahun.

Kemudian, Shairan pindah untuk tinggal bersama ibubapanya dan memulakan persekolahan beliau di SK Tengku Indera Petra di Kota Bahru.

Selepas tamat sekolah rendah, Shairan diterima masuk ke MRSM Pengkalan Chepa. Setelah tamat SPM beliau ditawarkan untuk menyambungkan pendidikan di Grantham College di UK untuk peringkat A-Level. Di MRSM ini Shairan bertemu dengan seorang yang istimewa yang akhirnya menjadi isteri beliau sehingga kini.

Shairan Huzani Husain Shell

Selepas itu, beliau ke Leeds University untuk menyambung pendidikan di dalam jurusan Ekonomi.

Semasa belajar di UK, beliau bekerja sambilan untuk mencari duit poket. Bekerja mencuci pinggan di sebuah restoran. Bekerja sebagai pencuci pinggan di sebuah restoran di UK mengajar erti kemanusiaan dan kehidupan.

Tiga bulan membanting keringat di dapur kedai makan itu, Shairan berjaya mengumpulkan wang yang cukup untuk membeli tiket keretapi bagi mengelilingi benua Eropah.

Shairan sentiasa fokus di dalam pelajaran beliau sehingga ditawarkan pakej biasiswa oleh Shell.

Shell Shairan Huzani Husain

Pada tahun 1990, Shairan berjaya menamatkan pendidikan beliau di Leeds. Namun begitu, beliau tidak terus pulang ke Malaysia. Beliau bekerja di firma antarabangsa KPMG di Leeds.

Bekerja di siang hari dan di sebelah malam, beliau tekun belajar untuk mengambil peperiksaan profesional dari Insitutte of Chartered of Accountant of England and Wales.

Beliau lulus peperiksaan itu dan terus bekerja keras untuk membuktikan anak Melayu ini mampu berjaya dari segi profesional.

Pada tahun 1993 beliau berhenti kerja dan pulang ke Malaysia. Di Malaysia, Shairan memohon kerja di Shell Malaysia dan diberikan satu jawatan di Shell Chemical, yang menghasilkan produk ubat nyamuk Shelltox zaman dahulu.

Shairan Huzani Shell

Sejak dari itu, Shairan tidak pernah memandang ke belakang di dalam kariernya bersama Shell.

Dengan syarikat minyak global itu, beliau pernah ditugaskan di Corporate Finance, Forex Trading, bahagian upstream di Miri tetapi akhirnya beliau bertemu dengan sesuatu yang menarik minat beliau – bahagian retail atau runcit.

Beliau ditugaskan untuk menjaga stesen-stesen minyak Shell di dalam negara dan antara yang pertama ialah stesen minyak Shell di Glenmarie.

Kemudian, Royal Dutch Shell, syarikat induk untuk Shell memberikannya satu tugasan yang berat – untuk memulakan perniagaan Shell di negara India.

Shairan Shell

Shairan seterusnya menetap di Taj West End Hotel dan membuka sebuah pejabat sementara Shell India di hotel tersebut. Pejabat pertama Royal Dutch Shell di India ialah sebuah bilik kecil di hotel Taj West End dengan empat kerusi, satu mesin faks dan meja yang dipinjam dari hotel. Itulah permulaan Shell di India. Sehingga kini, nama di dalam lesen perniagaan Shell di India masih mempunyai nama beliau.

Selepas empat tahun dan 30 stesen minyak Shell yang beliau mulakan di negara itu, Shairan akhirnya pulang ke Malaysia.

Kejayaan anak Melayu itu dipandang tinggi oleh Shell induk dan Shairan terus diminta untuk menjaga rangkaian stesen Shell global. Walaupun beliau ditempatkan di Malaysia tapi perlu terbang ke serata dunia untuk tugas itu.

“Alhamdulillah, saya berbangga dengan Malaysia dan kerana itu, mereka menghormati saya sebagai seorang Muslim dan seorang rakyat Malaysia. Tidak pernah saya ditegur kerana meminta masa rehat sebentar untuk melakukan solat. Malah, semangat kerja di Shell ialah menghormati agama dan adat di mana ia bertapak,” kata Shairan.

“Itulah Shell. Walaupun ia mementingkan teknologi dan kualiti di dalam produknya, ia masih memastikan budaya tempatan tidak diganggu dan perlu dihormati.”


Spread the love

2 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!