Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, penutup 2013 berakhir dengan anugerah “Best Personal Blog 2013” dan “Kembara Palestine” yang sangat menyentuh hati. Permulaan 2014 juga bermula dengan baik, permulaan dengan langkah kanan. Semuga langkah kanan ini akan berterusan untuk tahun 2014 dan Allah lindung daripada segala keburukan sepanjang tahun ini.
Alhamdulillah pada 1 Jan 2014 Kakak yang mendapat keputusan cemerlang PMR telah menyambung pelajaran di Maahad Ihya Ahmadi dekat dengan rumah Cikgu Blogger. Agak mencabar untuk Kakak sebab perlu belajar tahfiz dan akademi sains tetapi itu pilihannya sebagai ibu bapa kami akan mendoakan semua dipermudahkan. Abang yang baru tamat SPM juga dapat menyambung pelajaran di sekolah idamannya Sekolah Agama Tinggi Tengku Ampuan Jemaah antara sekolah terbaik di Selangor. Terima kasih semua yang tidak disebut nama kerana telah membantu anak-anak mencapai impian mereka.
Blog Denaihati juga bermula dengan langkah kanak untuk tahun 2014 apabila mendapat hadiah gajet impian ramai rakan blogger iaitu smartphone Samsung S4 active. Hadiah ke dua daripada cabaran top income program affiliate yang blog Denaihati sertai. Kelebihan Samsung S4 active adalah kalis air jadi tak risau kalau terjatuh dalam air. Suka betul isteri sebab dia sahaja yang menggunakan smartphone samsung ini yang dikatakan rezeki yang tidak disangka-sangka.
Awal tahun 2014 permulaan yang sibuk untuk team Denaihati. Buat sementara waktu kami nak lupakan kelas buat blog dan kelas master kerana bukan ramai pun yang berminat nak belajar. Kedua-dua kelas hanya terbuka untuk private kelas kepada yang berminat boleh dapatkan maklumat daripada team Denaihati. 2014 nak fokus lebih kepada projek underground untuk menjana pendapatan berganda seperti ramai rakan-rakan underground yang sudah buat banyak duit tanpa pengetahuan ramai. Cemburu betul dengan mereka yang buat duit online senyap-senyap tak heboh pun kat blog dan sosial media. Sebagai permulaan 2014 untuk mencapai misi underground aku dan Eizil menghadiri dua workshop berbeza untuk projek berbeza.
Sehari balik daripada workshop duit USD dah mula masuk. Sikit tapi permulaan yang baik sebab ada juga peserta workshop yang lepas dah enam bulan pun tak dapat apa-apa lagi. Ini perkongsian income pertama dan terakhir sebab lepas ni semua underground hanya kongsi pada #TeamWork sahaja untuk beri motivasi kepada mereka. Terima kasih Allah semuga semakin luas rezeki untuk 2014 kerana ada hak untuk yang memerlukan.
Manusia merancang tetapi perancangan Allah lebih baik semuga Allah permudahkan semua usaha kami kerana 2014 permulaan kembara hidup yang panjang dan penuh dengan dugaan hanya mereka yang kuat dan sabar sahaja akan berjaya. Kepada yang nak mengetahui perkembangan Denaihati mesti join instagram Denaihati kerana banyak update di sini,
125 Comments
Semoga 2014 menjadi tahun yang lebih cemerlang buat Tuan & keluarga.
Curahan rasa anif @ ..Dulu-dulu Tiada Benda Ni Di Majlis Perkahwinan! – Wordless Wednesday #94
Alhamdulillah senangnya dapat hadiah samsung galaxy s4
Curahan rasa Pengobatan Darah Tinggi Alami @ ..Khasiat xamthone jus manggis dr Raffi
Dengan hasil permulaan nie pastinya akan bersemangat untuk tambah pendapatan dengan lebih efisien lagi….
Curahan rasa hazman aka species1980 @ ..HAZMAN vs FOOD – Restoran TOKIO KAFE Cyberjaya
Benar, orang yang berusaha pasti akan diberi ganjarannya
Curahan rasa halif @ ..Anekdot Kembali ke ‘Sekolah’
Alhamdulillah..semoga bulan2 yang seterusnya rezeki bro makin berlipat kali ganda. 🙂
Curahan rasa Hafiz Rahim @ ..Kopi Tok Dalang
alhamdulillah semua dipermudahkan
moga berterusan langkah kanan tersebut, amin
Curahan rasa Sop @ ..Review WU-1a Wireless Mobile Adapter
tahniah untuk anak-anak tuan denai yang berjaya mendapat keputusan cemerlang dan dapat melanjutkan pengajian di sekolah agama yang bukan calang-calangnya..tahniah juga untuk tuan denai kerana memenangi hp samsung…
Curahan rasa ema @ ..Pantai menarik di Malaysia
Alhamdulillah…sejuk perut isteri abg denai 🙂
Curahan rasa Alin Marlini @ ..Wordless Wednesday #042
Emm smartphone ni ada tak kat SPBB2014 nanti???haha
Curahan rasa Hafizul @ ..Wordless Wednesday #80 – Gelagat Seorang Anak
Rezeki Allah memang sentiasa ada untuk HambaNya yang selalu bersyukur
Curahan rasa Que @ ..Jadual & Keputusan Badminton Terbuka Malaysia 2014 Maybank | Lee Chong Wei
bermula dengan baik…. semoga semuanya berjalan dan berakhir dengan baik
wow… semuanya bermual dgn baik, semoga sentaisa baik-baik
Tahniah bro…deniahati dpt samsing s4 active tu.
Curahan rasa Kami Salleh @ ..Cantik Berhijab Dengan Fesyen Terkini Shawl Dari Hijabterkini.com
Semoga ada tip untuk rakan2 bila dapat rezeki mencanak drpd Allah Taala atas usaha tuan Denaihati nanti terhadap projek terbaru.
Curahan rasa Kami Salleh @ ..Contest SEO Car Stickers Malaysia
permulaan yang sangat baik, objektif sangat jelas terbaiklah DH
Curahan rasa azam rashid @ ..Website JPA kena hack ke
Comments are closed.