Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, 2013 memang banyak kenangan untuk blog Denaihati. Paling menyentuh hati apabila sahabat Blogger Jejai meninggal dunia pada bulan Februari setelah muncul kali terakhir di Majlis Sepetang Bersama Blogger 2013. Setiap kali teringat arwah pasti rasa sebak kerana semasa sakit beliau jadi sangat rapat dengan aku. Teringat tulisan isteri arwah katanya dia pun tak tahu apa kebaikan yang arwah dah buat semasa hidupnya sehingga tidak berhenti-henti tetamu datang menziarahi keluarga mereka.
2013 juga blog Denaihati mendapat dua pengiktirafan iaitu MSMW Most Creative Blog 2013 dan MyNic Best Personal Blog 2013. Blog Denaihati juga terpilih untuk nominasi terakhir DiGi WWWOW Blogger of the year 2013 dan MITBC Best Tourism Blog of the year 2013. Anugerah tidak diminta tetapi menjadi semangat untuk terus berkarya lebih berkualiti dan lebih berinformasi supaya dapat memberi manafaat kepada dunia.
Selain berjaya menganjurkan beberapa Kelas Junior Buat Blog dan Kelas Master WordPress kenangan paling manis apabila berjaya menganjurkan Majlis Sepetang Bersama Blogger 2013 dan Seminar Buat Duit Dengan Blog. Semuga usaha kami yang sedikit ini dapat membantu rakan blogger lebih berjaya dalam dunia yang semakin mencabar. Kepada yang berminat Kelas Junior dan Master WordPress sila hubungi team Denaihati.
2013 sempat juga menganjurkan berbagai contest dengan berbagai hadiah. Tahniahlah kepada yang menang dan kepada yang tak berjaya jangan kecewa teruskan bersama blog dan sosial media Denaihati kerana akan sentiasa ada hadiah contest untuk anda. Nak menang hadiah tu kenalah follow FB, Twitter dan Instagram Denaihati sebab contest bukan sahaja diumumkan di blog sahaja. Jangan lupa follow juga aplikasi Android dan iOS Denaihati.
Berikut antara statistik kenangan blog Denaihati sepanjang 2013.
Statistik trafik blog 2013 (sumber – Clicky.com) :
- Unique Visitors : 1,878,403
- Number of visits : 2,557,666
- Pageviews : 4,256,479
Trafik blog 2013 taklah berapa nak bagus berbanding dengan trafik blog 2012 kerana ada sedikit perubahan matlamat. Walaubagaimana pun syukur banyak rezeki yang masuk dengan trafik ini. Terima kasih kepada yang memberi kepercayaan semuga ada manafaat pada bisnis anda semua.
Top 10 entri 2013
- Keputusan rasmi pilihan raya umum ke 13
- Adab hubungan suami isteri malam Aidilfitri
- Top 23 blog Malaysia paling popular
- Semak saman trafik online
- Percutian Beijing penuh dengan penipuan
- Semak status halal secara online dan sms
- Sepatut jadi doktor macam Dr. Fatin Liyana
- Sebab doa tdak diterima dan zuriat nakal
- Semak saman AES online
- iPhone 5c penipuan Apple
Top 10 memberi trafik 2013
- Kakinakl.com
- Amriawan.blogspot.com
- Saljuhumairah.com
- Tawaranbiasiswa.blogspot.com
- Kozumiro.blogspot.com
- Syuhadasalleh.my
- Apesal.com
- Ciklilyputih.com
- Ariffshah.com
- Kongsibersamanora.blogspot.com
Top 10 penulis komen 2013
- Bang Iwan
- Hafizmd
- Melastik Bintang
- Dawaihati
- Munir Ardi
- Blog Keperawatan
- Datin Tyka
- Sensasi2020
- KiD
- Safiyhati
Top 10 Keywords 2013
- Denaihati
- Blogger Malaysia
- Tempat menarik di Cameron Highlands
- Senarai calon PRU 13
- Blog Malaysia
- Saman Trafik
- Mesir terkini
- Keputusan SPM
- Halal JAKIM
- Fatin Liyana
Jutaan terima kasih kepada semua pembaca setia blog Denaihati, keluarga, team Denaihati dan pengiklan yang sentiasa ada bersama saat senang dan susah sehingga berada ketahap ini. Semuga 2014 lebih banyak kenangan manis untuk blog Denaihati.
Sebahagian kenangan blog Denaihati telah dicetak dalam buku Denaihati yang boleh di perolehi di Kedai Online Denaihati nak baca review dari kawan-kawan yang sudah memiliki sila klik Review Buku Denaihati.
91 Comments
jangan kata DH je ada kenangan manis. blogger yang masuk kmuniti ni pun turut dapat pengalam blogging yg best
Curahan rasa nikkhazami @ ..Google Doodle Mokhtar Dahari
makin mencanak naik dia…apa2 pun kualiti penulisan memang sangat penting dan akan memberi impak yg maksima..tahniah abam denai..
Curahan rasa Zul @ ..Pengurusan Username & Password yang berlambak !! SEMAK !!
DH memang bijak dalam berblogging. sebab tu traffic entiasa tinggi je
Curahan rasa nikkhazami @ ..REVIEW BUKU – More Than This
Mngigil tgk ni hehe..ini mnjadikan smngat semakin mmbuak buak lah! Teruskan dengan penulisan Denaihati,kami sentiasa menyokong blog Denaihati
Curahan rasa ohpilihanku @ ..Bila Kak Memon Menegur:Perkara Yang Harus Di Jauhi Apabila Berniaga
Wah, banyaknya visitor time 2013…semoga Encik Denaihati terus sukses dalam bidang ni… 🙂
Curahan rasa Vander Good @ ..Hari Inovasi : Produk daripada buah Tarap
jadi blogger ni memang banyak naik turunnya. semoga tuan DH terus gah dlm bidang ni
Curahan rasa nikkhazami @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
Blog Denaihati ini semakin hari semakin terkenal di Malaysia ini. Semakin ramai jugak pembaca setia. Semoga terus maju dalam dunia blogging ini. ;D
Curahan rasa Sally Yatiey @ ..Hadiah Dari Blogger Azhafizah Dan Shida Radzuan
blog DH juga pernah di interview astro. ternyata DH menag berjaya dlm bidang blogging
Curahan rasa nikkhazami @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
2013 telah berlalu. Kini 2014 pun sudah 3 suku bulan ditempuhi… Blog denaihati tetap maintain dan terus aktif menyajikan perkongsian bermakna. Pencapaian tahun ini juga masih menyerlah dgn pelbagai anugerah dan aktiviti. Semoga denaihati terus maju dan sukses mencapai matlamat yg disasarkan..
Curahan rasa Relaks Minda @ ..Cara Mudah Memahami Maksud Bounce rate
sebab taukenya bijak cari peluang dlm bidang ni. nak jadi blogger pun perlu kemahiran
Curahan rasa nikkhazami @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
setiap hari pembaca blog denaihati makin meningkat … makin banyak benda yang di kongsikan juga
Curahan rasa namiacinta @ ..Cabaran 30 Hari – 5 Pekara Yang Saya Rindukan
sekarnag ni blog DH dan beat beautifulnara. bezanya blog DH banyak ilmu bermanfaat
Curahan rasa nikkhazami @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
baru tahu pasal clicky.com ni.. boleh cuba lepas ni untuk tengok statistik blog
Curahan rasa nikkhazami @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
fuyohh unique visitors nak sampai dua juta! tahniah, DH memang layak dengan pengisian yang mantap dan sentiasa menarik perhatian blogger tempatan
Curahan rasa nikkhazami @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
cemburu pula wawa tengok aktiviti tuan denaihati tahun 2013 ni. Best je tengok orang cakap sweet memory lah hihi. Btw, tahniah kepada tuan denaihati atas pencapaian yang cemerlang dalam dunia blog 🙂
Curahan rasa wawaabdulhadi @ ..CABARAN 30 HARI [HARI 12] : 5 WISHLIST ANDA
Wow, banyak juga kenangan manis yang dikongsikan bersama. Dan saya terkejut dengan PV denahati. memang sangat tinggi. Tahniah. Denaihati dan semoga terus meningkat lagi PV
Curahan rasa adarain @ ..Review Movie The Maze Runner
Semoga tahun 2014 ini memberi lebih erti kepada Denaihati. Saya pun daha banyak dapat manfaat dari blog ini. Terima kasih Tuan..
Pertama kali saya jejak dekat blog Denaihati ni waktu saya google keyword “Top Blogger di Malaysia”. Sebabnya saya nak dapatkan ilmu macam mana nak menjadi blogger yang sama taraf dengan mereka. Alhamdullilah lepas tu macam-macam ilmu agi yang saya dapat dari Denaihati. Memang sesuai dengan moto Hidup Untuk Memberi tu.
Curahan rasa Fadzi Razak @ ..Keputusan FIFA World Cup 2014 Brazil Melawan Netherlands
Clicky.com tu servis berbayar ke?
Curahan rasa Moms Avenue @ ..Vitamin vs Jamu: Mana Paling Sesuai Untuk Berpantang
Comments are closed.