iPhone 5C penipuan Apple

Spread the love

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, pernah baca komen-komen panas antara peminat Apple dengan peminat Samsung di entri-entri blog Amanz.my. Memang panas kekadang sampai ketahap bahasa teknikal yang kita orang biasa tak faham … tak percaya tanyalah Bro Framestone. Kefanatikan mereka memang tahap maksimalah.

Aku memang pengguna iPhone dan iPad yang setia tetapi taklah sampai ketahap fanatik begitu. Bagi aku gajet ada alat pemudah yang boleh membantu dalam kehidupan seharian dan paling penting membantu urusan bisnes. Bagi aku gajet mesti membantu menambah nilai kehidupan dan lebih penting menambah pendapatan. Biar gajet menjadi hamba kepada kita bukan kita menjadi hamba kepada gajet. Kepada usahawan seperti Abang Ensem memang sangat-sangat perlu menggunakan smartphone yang sesuai yang boleh menambah nilai urusan perniagaan jangan sampai kita termasuk dalam katogeri 73% usahawan IKS Malaysia yang buta ICT.

iPhone 5C Malaysia

Dapat satu komen menarik di entri “iPhone 5S penipuan di Sim Lim Square” tak tahulah samada dia ni pembenci produk Apple atau pembenci produk Yahudi.

[box type=”shadow”]Memang pembeli2 produk Apple selalunya amat mudah tertipu oleh syarikat Apple juga. Contohnya; keluaran ‘terbaru’ Apple – iPhone5C cokia yang casing plastik murah berwarna-warni itu. Sebenarnya ia adalah iPhone5 model lama tahun 2012 yang di ‘stop’ pengeluaran kerana berbagai masalah salah satunya kos aluminium mahal, sedangkan apple mahukan lebih banyak untung yang tinggi.

Tetapi seperti biasa – permainan media Barat sokongan Yahudi, produk-produk Apple selalu digembar gemburkan hebat (hyped-up) – pengguna-pengguna begitu obses dengan jenama Apple iPhone5 lama ini disalut dengan casing plastik murahan dan di pasangkan sistem operasi iOS7 yang terbaru maka jadilah seperti baru – iPhone5C yang sebenarnya iPhone5 tahun lepas yang menyamar….Harga jualan iPhone5C pula sama mahal dengan iPhone5 – sepatutnya lebih murah dalam RM1,300 saja.

Tetapi ramai tertipu, Apple sanggup menjual mahal dan terbukti iPhone5 yang ‘menyamar’ ini laris bagaikan pisang panas….Apple menadapat untung besar – tidak perlu pelaburan baru buat skrin lebih besar, specs rendah dan design tetap sama atau meniru produk-produk lain pun orang masih terkinja-kinja dan gilakan produk-produk Apple maka kos Apple dapat dijimatkan & dapat untung besar.[/box]

Kalau nak melihat penipuan strategi pemasaran produk tak kiralah Samsung atau Apple pasti ada. Apa kurangnya Samsung dengan berbagai nama produk tetapi menggunakan sistem yang sama sahaja. Bagi aku apa sahaja jenama gajet kita boleh gunakan yang paling penting gajet tersebut dapat membantu kehidupan kita bukan sekadar nak bergaya je. Seperti juga beli kereta bukan untuk ditayang tetapi membantu menambah pendapatan.

Apa pendapat kawan-kawan setelah membaca komen di atas??


Spread the love

116 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!