Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, permulaan tahun 2013 memang langkah kanan apabila blog Denaihati telah dipilih sebagai pemenang anugerah “Most Creative Blog 2013” oleh Majlis Sosial Media Malaysia. Kemenangan ini bukan suatu yang perlu diraikan tetapi merupakan satu tanggungjawab berat seberat trofi yang diterima daripada Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi & Multimedia Malaysia.
Most Creative Blog 2013 adalah anugerah kedua untuk blog Denaihati yang diterima daripada Majlis Sosial Media Malaysia setelah pada tahun 2012 menerima anugerah “Best Personal Blog 2012“. Kreatif blog Denaihati mungkin bukan daripada design tetapi lebih kepada aktiviti yang dianjurkan seperti Majlis Sepetang Bersama Blogger 2012 dan 2013 di Hotel Singgahsana.
Anugerah yang diterima telah mengukuhkan jenama Denaihati dipersada alam maya di Malaysia. Pada tahun 2013 blog Denaihati dua kali telah dijemput untuk program Bisnes Alternatif di Astro Awani dan sekali mendapat liputan dalam berita Astro Awani. Majlis Sepetang Bersama Blogger 2013 juga mendapat liputan di RTM dan beberapa surat khabar arus perdana.
Ucapan jutaan terima kasih kepada semua pembaca setia blog Denaihati kerana tanpa anda blog Denaihati tidak akan mencapai ketahap ini. Perjalanan masih terlalu jauh untuk 2014 semuga bertambah pembaca setia dan memberi manafaat kepada seramai pembaca yang boleh. Semuga pencapaian ini menjadi motivasi kepada semua Rakan Blogger. Ingat semua yang berjaya bermula dari bawah dan jangan sesekali cepat kecewa serta merajuk dalam dunia blog ini kerana peluangnya terlalu luas tiada sempanan. Blog boleh menjadi tapak online untuk berbagai aktiviti kepada mereka yang pandai mengambil peluang.
Terima kasih kepada Majlis Sosial Media Malaysia yang memberi kepercayaan kepada blog Denaihati. Terima kasih tidak terhingga juga kepada team Denaihati dan Rakan rapat Blogger yang sentiasa membantu, menegur dan berkongsi idea untuk meningkatkan mutu blog Denaihati. Pendapat dan pandangan daripada semua rakan sentiasa dialu-alukan.
68 Comments
Tahniah!Semoga DH terus kraetif dalam berblog dan menyambungkan lagi silaturrahim antara blogger di Malaysia ni
Curahan rasa nord @ ..Kulit anjal, Tegang dan Awet muda Idaman Wanita
tahniah DH. memang layak dan semoga kejayaan ni berpanjangan ke tahun2 akan datang
Curahan rasa nikkhazami @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
Memang saya nampak blog Denaihati ini sangat kreatif. Dari cara penyampaian kandungan kepada grafik memang menarik. 🙂
Curahan rasa Vander Good @ ..Hari Inovasi : Produk daripada buah Tarap
Tahniah Tuan Denaihati kerana berjaya merangkul anugerah Most Creative Blog 2013
semoga terus berjaya….memang terbaaikkk blog Denaihatii…Denaihati dihatiku…hihi
Curahan rasa Nurul Aina @ ..Mudahnya Menjemput Rezeki
tahniah abg DH atas kejayaan merangkul kejayaan Most Creative Blog 2013. Sy akan jadikan blog DH dan kejayaan abg DH ni sebagai contoh buat blogger kerdil seperti saya ni. Masih banyak yang saya perlu belajar daripada otai-otai semua ni 😀
Curahan rasa Anies Msletoes @ ..Its Not Early To Say Goodbye
memang tabik spring to denaihati coz jadi “Most Creative Blog 2013” dan yang terbaru ranking alexa denaihati dah potong beautifulnara…syabas
”
Curahan rasa hpmurah2u @ ..Video iPhone 6 Plus tested into liquid nitrogen
goodjob tuan denaihati.com. Semakin lama blog tuan denaihati.com semakin gah di dunia blogger ni.
Curahan rasa wawaabdulhadi @ ..SIMPLE GIVEAWAY & BLOGWALKING by YANA PINK BLOSSOM
wah mmg tak disangkal lagi dengan kredibiliti blog DH ni. Bukan senang nak kekalkan prestasi yang sedia ada, namun bukan mustahil. Teruskan misi untuk menjadi blog no.1 di Malaysia , tuan DH
Curahan rasa Anies Msletoes @ ..Its Not Early To Say Goodbye
yang lebih bangga, apabila blog tuan denaihati.com berjaya memotong beautifulnara dalam ranking alexa. Syabas tuan denaihati.com!
Curahan rasa wawaabdulhadi @ ..SIMPLE GIVEAWAY & BLOGWALKING by YANA PINK BLOSSOM
Tahniah denaihati… kejayaan demi kejayaan membuktikan blog denaihati memang unggul dipersada blogging di Malaysia!
Curahan rasa Relaks Minda @ ..Nikmat Kedamaian Yang Sejati
blog denaihati dah jadi blog 1 Malaysia la ye kalau dah dapat potong beautifulnara..apapun tahniah la..hasil usaha anda memang berbaloi
Curahan rasa hpmurah2u @ ..Video iPhone 6 Plus tested into liquid nitrogen
blog DH lebih layak dr blog gossip. blog ni banyak ilmu bermanfaat
Curahan rasa nikkhazami @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
blog DH memang patut dijadikan contoh dan role model untuk blogger-blogger baru yang ingin menempah nama dipersada alam maya.
Curahan rasa Anies Msletoes @ ..Its Not Early To Say Goodbye
Tahniah pada Tuan DH kerana berjaya memenangi anugrah most creative blog 2014. Moga lepas ni lebih banyak entry dan perkongsian memarik dan kreatif terhalir daripada blog ni.
Curahan rasa fatihahfazlin @ ..Cabaran 30 Hari | Hari 22 : Destinasi Percutian Impian Nik
wawa doakan tuan denaihati.com berjaya mengekalkan blog tuan sebagai the most creative blog pada tahun akan datang. Tahniah sekali lagi.
Curahan rasa wawaabdulhadi @ ..SIMPLE GIVEAWAY & BLOGWALKING by YANA PINK BLOSSOM
Tahniah Denaihati kerana terpilih sebagai pemenang anugerah Most Creative Blog ini. Semoga terus maju dalam dunia blog ini. 🙂
Curahan rasa Sally Yatiey @ ..Giveaway 2014 Mialiana.com
Comments are closed.