Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, bukan semua impian dan misi mengembara 2013 tercapai tetapi banyak kenangan manis yang dikecapi terutama apabila impian yang sudah dipahat di hati bertahun-tahun dapat digapai. Bertahun-tahun menyimpan impian untuk mengembara di bumi New Zealand yang digambarkan ramai kawan-kawan ibarat syurga dunia.
Beberapa tahun lepas teman kembara Yusri yang pernah menuntut di New Zealand telah berjanji untuk membawa aku mengembara ke destinasi impian tetapi atas beberapa sebab yang tak dapat dielakkan impian terus menjadi impian. Alhamdulillah dengan izin ALLAH impian untuk mengembara ke New Zealand menjadi kenyataan pada tahun 2013 dan lebih manis lagi kami bukan pergi berdua tetapi dengan keluarga masing-masing.
Mengembara selama 10 hari merentas bumi New Zealand bermula dari Auckland, Rotorua, Hobitton, Wellington, Picton, Christchurh dan berakhir di Queenstown memang kenangan manis yang tidak dapat dilupakan. Setiap kali menonton filem “Lord of the ring” dan yang terbaru “The Hobbit” pasti mengimbau kembali kisah unexpected journey kami ke New Zealand. Masih teringat dalam kepenatan memandu ke Christchurch setelah mabuk ketika dilanda ombak besar ketika menyeberangi Selat Cook kami dihujani salji yang pertama kali turun di New Zealand untuk musim sejuk 2013. Dah macam budak-budak semua keluar dari kenderaan bermain salji. Keindahan New Zealand memang tidak dapat digambarkan dengan perkataan atau penulisan entri tetapi mesti dilalui sendiri.
Penutup 2014 kami akhiri dengan menziarahi tempat ketiga tersuci untuk umat Islam iaitu Baitulmuqqadis dan beberapa makan Rasul, Nabi dan Sahabat Nabi di Palestine dan Jordan. Memang tidak pernah termimpi untuk menjejaki Masjid Al Aqsa dan Dome of the rock yang sentiasa dikawal rapi oleh tentera Israel. Lebih manis apabila dapat membawa keluarga bersama bersolat Jumaat di Masjid Al Aqsa yang menjadi impian ramai umat Islam seluruh dunia.
Perjalanan kembara Palestine selama 7 hari bermula dari Amman, Jordan ke bumi Palestine melalui sempadan Allenby yang dikawal oleh Israel ke Jericho kemudian ke Baitulmuqaddis, Hebron, Bethlehem, Tel Aviv, Haifa, Tiberias dan keluar kembali melalui sempadan Allenby ke Laut Mati dan tamat di Amman, Jordan meninggalkan seribu kenangan. Masih banyak lagi lokasi sejarah Islam yang belum sempat di jejaki terutama di Jordan membuatkan hati berkata untuk datang lagi. Semuga perjuangan saudara ku Palestine akan dipermudahkan dan pasti akhirnya Islam akan menang juga.
2013 memang banyak kenangan mengembara ke negara orang Singapore, Indonesia, Macau, Arab Saudi, Hong Kong, Jordan, New Zealand, Palestine dan Kemboja semuga semuanya akan menjadi motivasi untuk memperbaiki diri. Sejauh mana pun kita jejaki tetap Malaysia yang terbaik berbanding dengan kebanyakan negara lain yang dijejaki maka sabahat-sahabat semua sayangi dan hargailah Malaysia sebelum ALLAH tarik semua kesenangan yang ada di bumi bertuah ini. Kisah pengembaraan aku ke merata ceruk dunia boleh di baca di travelog denaihati.
[box type=”shadow”]Dialah yang menjadikan bumi bagi kamu: mudah digunakan, maka berjalanlah di merata-rata ceruk rantaunya, serta makanlah dari rezeki yang dikurniakan Allah dan (ingatlah), kepada Allah jualah (tempat kembali kamu sesudah) dibangkitkan hidup semula (maka hargailah nikmatNya dan takutilah kemurkaanNya). – Surah Al-Mulk ayat 15 [/box]
Terima kasih Allah kerana telah memilih aku mengembara di bumi Mu yang luas pada tahun 2013 semuga ALLAH pilih lagi aku mejejaki banyak lagi negara yang belum dijejaki pada tahun 2014. Kepada yang merasai duit sebagai alasan untuk tidak mengembara mungkin tidak lagi kalau tak percaya tanyalah Rayyan Haries.
73 Comments
alhamdulillah ikut gembira untuk keluarga DH
Curahan rasa saripati manggis @ ..Obat Alternatif Kanker Usus Ampuh
tumpang gembira buat tuan DH sekeluarga , semoga den pun berpeluang kembara ceruk rantau dunia jugak…
Curahan rasa papa mifz @ ..Makan Malam di Selly Seafood Kuala Ibai
seronoknya dapat mengembara merata ceruk rantau dunia. InsyaAllah, Sya juga akan dapat merantau ceruk rantau dunia tahun depan 🙂
Curahan rasa Sya Isya @ ..KOMISEN KE-8 DARI JOB DI RUMAH | KERJA PART TIME DI RUMAH
Melihat, membaca pengembaraan bro ke Baitulmuqaddis, tanam cita-cita untuk pergi ke sana juga.
Curahan rasa Eizil @ ..Murtabak Majid Special No 1 Johor Bahru
bila la gua nak merasa macam bro dpt lihat dunia orang lain pula..
Curahan rasa blogger lelaki @ ..Selamat Tahun Baru 2014
Seronok bila kita berada di negara org lan. banyak tempat-tempat menarik yang sebaenarnya kita dapat menambah idea dan mempelajari sesuatu yang baru. Semoga kita semua diberi rezeki dari allah, utg badan boleh melancong. Selamat Tahun Baru 2014
Curahan rasa June @ ..Amalkan Makan buah-buahan utk Rawat Penyakit
Jauh perjalanan, luas pengalaman..Selamat Tahun Baru 2014 bro Amir..semoga target baru 2014 juga tercapai hendaknya..in sha Allah..
Curahan rasa UpProfits @ ..Welcome 2014 Tahun Penuh Cabaran
aik..tak keluar commentluv tadi..hehe
Curahan rasa cikgu naman @ ..Cuti² Malaysia Bersama iGotravel.my
pengalaman sebegitu tak semua orang dapat buat
semoga tahun ini lebih banyak kembara dari Denaihati 😉
Selamat masuk ke tahun 2014, semoga apa yang kita peroleh ditahun sebelumnya dapat meningkatkan iman kita!
Perjalanan wisata religinya selalu menarik, dan selalu saya baca sampai tuntas walaupun tidak punya kesempatan mengunjunginya tapi nuansanya sedikit banyak kami bisa menikmatinya! Sukses buat anda dan kami tunggu share perjalanan yang lain!
Curahan rasa Nuansa Pena @ ..Agnes Monica, Penyanyi Muda yang Go International
Banyak negara yang telah diterokai oleh bro Denaihati..perjalanan yang jauh akan mendewasakan kita.
Curahan rasa Mohd yazed @ ..Terlalu Banyak Keistimewaan??
Memang best kalau dapat berjalan ke seluruh dunia. Jauh berjalan luas pandangan.
Curahan rasa hatiputera @ ..Selamat Tahun Baru 2014
hoho..tak dapat nak berjalan sangat macam dulu..
Curahan rasa titan @ ..Bersepah-sepah.
satu pengembaraan yang menarik tu
Curahan rasa zool @ ..Pencapaian Disember dan Perancangan Januari 2014
Comments are closed.