Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, bukan semua impian dan misi mengembara 2013 tercapai tetapi banyak kenangan manis yang dikecapi terutama apabila impian yang sudah dipahat di hati bertahun-tahun dapat digapai. Bertahun-tahun menyimpan impian untuk mengembara di bumi New Zealand yang digambarkan ramai kawan-kawan ibarat syurga dunia.
Beberapa tahun lepas teman kembara Yusri yang pernah menuntut di New Zealand telah berjanji untuk membawa aku mengembara ke destinasi impian tetapi atas beberapa sebab yang tak dapat dielakkan impian terus menjadi impian. Alhamdulillah dengan izin ALLAH impian untuk mengembara ke New Zealand menjadi kenyataan pada tahun 2013 dan lebih manis lagi kami bukan pergi berdua tetapi dengan keluarga masing-masing.
Mengembara selama 10 hari merentas bumi New Zealand bermula dari Auckland, Rotorua, Hobitton, Wellington, Picton, Christchurh dan berakhir di Queenstown memang kenangan manis yang tidak dapat dilupakan. Setiap kali menonton filem “Lord of the ring” dan yang terbaru “The Hobbit” pasti mengimbau kembali kisah unexpected journey kami ke New Zealand. Masih teringat dalam kepenatan memandu ke Christchurch setelah mabuk ketika dilanda ombak besar ketika menyeberangi Selat Cook kami dihujani salji yang pertama kali turun di New Zealand untuk musim sejuk 2013. Dah macam budak-budak semua keluar dari kenderaan bermain salji. Keindahan New Zealand memang tidak dapat digambarkan dengan perkataan atau penulisan entri tetapi mesti dilalui sendiri.
Penutup 2014 kami akhiri dengan menziarahi tempat ketiga tersuci untuk umat Islam iaitu Baitulmuqqadis dan beberapa makan Rasul, Nabi dan Sahabat Nabi di Palestine dan Jordan. Memang tidak pernah termimpi untuk menjejaki Masjid Al Aqsa dan Dome of the rock yang sentiasa dikawal rapi oleh tentera Israel. Lebih manis apabila dapat membawa keluarga bersama bersolat Jumaat di Masjid Al Aqsa yang menjadi impian ramai umat Islam seluruh dunia.
Perjalanan kembara Palestine selama 7 hari bermula dari Amman, Jordan ke bumi Palestine melalui sempadan Allenby yang dikawal oleh Israel ke Jericho kemudian ke Baitulmuqaddis, Hebron, Bethlehem, Tel Aviv, Haifa, Tiberias dan keluar kembali melalui sempadan Allenby ke Laut Mati dan tamat di Amman, Jordan meninggalkan seribu kenangan. Masih banyak lagi lokasi sejarah Islam yang belum sempat di jejaki terutama di Jordan membuatkan hati berkata untuk datang lagi. Semuga perjuangan saudara ku Palestine akan dipermudahkan dan pasti akhirnya Islam akan menang juga.
2013 memang banyak kenangan mengembara ke negara orang Singapore, Indonesia, Macau, Arab Saudi, Hong Kong, Jordan, New Zealand, Palestine dan Kemboja semuga semuanya akan menjadi motivasi untuk memperbaiki diri. Sejauh mana pun kita jejaki tetap Malaysia yang terbaik berbanding dengan kebanyakan negara lain yang dijejaki maka sabahat-sahabat semua sayangi dan hargailah Malaysia sebelum ALLAH tarik semua kesenangan yang ada di bumi bertuah ini. Kisah pengembaraan aku ke merata ceruk dunia boleh di baca di travelog denaihati.
[box type=”shadow”]Dialah yang menjadikan bumi bagi kamu: mudah digunakan, maka berjalanlah di merata-rata ceruk rantaunya, serta makanlah dari rezeki yang dikurniakan Allah dan (ingatlah), kepada Allah jualah (tempat kembali kamu sesudah) dibangkitkan hidup semula (maka hargailah nikmatNya dan takutilah kemurkaanNya). – Surah Al-Mulk ayat 15 [/box]
Terima kasih Allah kerana telah memilih aku mengembara di bumi Mu yang luas pada tahun 2013 semuga ALLAH pilih lagi aku mejejaki banyak lagi negara yang belum dijejaki pada tahun 2014. Kepada yang merasai duit sebagai alasan untuk tidak mengembara mungkin tidak lagi kalau tak percaya tanyalah Rayyan Haries.
73 Comments
seronoknyeee.. jeles pun ade jugeee…. ni terase nak tour europe sekarang juge ni… hihihi…
tp dengan baby 2 bulan ++, cam kene menunggu lagi… huhu
Curahan rasa Nadot @ ..PPA1M Fasa 1 Siri 2 – Nak Beli ke Tak?
Tentunya sangat berkesan sekali ya perjalanan wisatanya 🙂
Semoga sukses selalu dan selamat tahun baru 2014
Curahan rasa Junior @ ..BCA Mobile (Lewat Genggaman Transaksi Jadi Semakin Mudah)
2014, saya ingin membawa keluarga untuk keliling Indonesia
Curahan rasa Dawaihati @ ..Dome of The Rock Ternyata Bukan Masjid Al Aqsa
Menarik tu bang dadan. Denaihati bisa sponsor sikit dan kisahnya bisa dicoret di blog denai.my
Ya Allah bestnya pergi jalan-jalan oversea. Banyak permandangan menarik kan….
Curahan rasa Qashmere @ ..Persiapan Untuk Masuk Tadika Baru Tahun Hadapan
rencana tahun 2014 akan kembara kemana tuan denaihati ?
Curahan rasa Ferry @ ..Nasib Honorer Kategori II Tidak Lulus CPNS 2013
Jauh perjalanan luas pemandangan, banyak pengalaman, mendalam pemikiran. Moga lebih sukses lagi ditahn-tahun yang mendatang. Selamat menyambut tahun baru 2014.
Curahan rasa Mohd Shubhi @ ..Panduan buat azam tahun baru 2014
new zealand memang salah satu destinasi impian….org ramai kata di sana keaadaan tenang dengan gunung ganang dan agak sejuk…..
Curahan rasa Faizal Fredley @ ..Taman Negara Pulau Pinang
wahhh pengalaman menalncong yang sangat menyenangkan..
saya bercita-cita ke luar negeri.. walaupun ke malaysia sekalipun. 🙂
saya ingin merasakan atmosfer negara lain 🙂
semoga keinginan saya ini terwujud aminnn
Desain Interior Rumah Minimalis
Curahan rasa gambar rumah minimalis @ ..Ide Desain Rumah Minimalis 2 Lantai Terbaru
New Zealand antara lokasi pilihan berbulan madu dulu..tapi last minit tukar jadi gold coast OZ..tapi dah set target, satu hari nanti mesti jejak kaki ke sana
Curahan rasa Hafiz Rahim @ ..ISES 2014 – Sidang Kemuncak Tenaga Lestari Antarabangsa
Boleh berkongsi tips dan badget untuk melancong versi denaihati nanti. Mungkin boleh membantu aku dan rakan2 lain merancang budget untuk melancong..
Curahan rasa Arman @ ..Contest SEO, Terima Kasih Denaihati dan Tahun Baru 2014
Idea yang bagus tu nanti aku usahakan.
Teringin juga nak bawa isteri dan anak-anak mengembara ke destinasi menarik seperti yang telah dilawati oleh Tuan Denaihati… Tapi mungkin tunggu anak-anak dah besar sikit nanti.. Dlam tempoh tersebut, bolehlah kami sekeluarga mengumpul duit dahulu…
Curahan rasa Anuar @ ..Senarai Top 10 Lubuk Pendapatan di Jom Niaga Pada Tahun 2013
” Auckland, Rotorua, Hobitton, Wellington, Picton, Christchurh dan berakhir di Queenstown memang kenangan manis yang tidak dapat dilupakan. Setiap kali menonton filem “Lord of the ring” dan yang terbaru “The Hobbit” ”
new zealand memang tempat yang saya dah senaraikan dalam jadula melancong..tapi tak tahu lagi bila..hehehe… tempat di sana sangat cantik… padang rumput…..udara nyaman…
tetapi bila baca kisah kembara Tuan ke Palestine, saya amat respect dan teruja untuk baca kisah kisah negara itu…. banyak sejarah islam di sana…..
Curahan rasa Melastik Bintang @ ..WordPress Masterclass Akademi Denaihati
Wah, seronoknya merantau melihat kebesaran Allah s.w.t. “Kita Hidup berbangsa-bangsa untuk saling kenal mengenalli”
Curahan rasa saljuhumairah @ ..Projek Buat Duit Dengan Blog | Kerja Sambilan 2014
insyaAllah, kalo ada rezeki, nak gak try jejak kat Masjid al-Aqsa tuu
Curahan rasa Farzli @ ..“Macam mana ko buat blog?”
Memang benar.. jauh perjalanan memang banyak pengalaman.. luas pandangan…minda terbuka..
Curahan rasa KiD @ ..Ulangtahun ke 5 di Cambodia
Dah merasa kembara kemboja dan vietnam pasti rasa syukur jadi warga Malaysia. Bila jejak bumi palestine lagi lah rasa syukur dgn nikmat kebebasan yg kita ada .. Jgn ambil ringan dgn kebebasan yg kita kerana bukan milik kekal.
Comments are closed.