Assalamualaikum dan salam 1Dunia, contest Gadget Impian peringkat akhir semakin sengit. Blog pertama Cikgu Naman dan blog kedua Zie Fauzi sudah tamat, perserta ke tiga Faizal Fredley akan tamat pada 11.59pm, 17/2/12 dan blog ke sembilan yang terpilih adalah blog status PR2 MJ telah mengumpul 2243 mata pada pusingan awal akan meneruskan perjuangan. Canon EOS 1100D tukar kepada Nikon D90 menjadi impian dan harapan MJ semuga menjadi kenyataan. Kepada yang lupa bagaimana pusingan akhir berjalan sila baca kembali entri “Gadget Impian Jadi Kenyataan“. Joom baca surat MJ kenapa Nikon D90 menjadi impian beliau kalau suka berilah sokong sebaik mungkin. Harap peserta jangan tunggu sampai saat akhir kerana line internet ni boleh jadi semput diwaktu kecederaan. Ingat tak ada tambahan masa ya.
Dengan perkembangan teknologi yang semakin pesat kini, pelbagai gadget-gadget terbaru muncul di pasaran. Ini membuatkan kita sebagai pengguna menjadi rambang mata dalam memilih gadget mengikut kemampuan dan kehendak hati, tidak terkecuali dengan saya. Terima kasih buat team Denaihati dan semua penaja yang sudi untuk memenuhi impian saya dalam memiliki gadget impian. Gadget yang menjadi impian saya ialah kamera NIKON D90.
Antara sebab mengapa saya ingin memiliki Nikon D90 ialah kerana sebagai seorang blogger ‘tegar’ adalah menjadi satu kemestian (kewajiban) untuk saya mengambil gambar diri sendiri, yang tersayang ataupun peristiwa yang berlaku di sekeliling saya untuk diabadikan dalam blog saya. Saya memang suka bergambar dari kecil lagi. Ke mana-mana sahaja mesti hendak bergambar, dan apabila sudah berkahwin tak sangka suami saya pun turut terjebak dengan minat saya. Dia merupakan tulang belakang buat saya dalam mengambil dan menghasilkan shot-shot yang menarik. Makanya makin seronoklah saya untuk bergambar.
Jadi jika diberi peluang dan dimurahkan rezaki kami untuk memperolehi Nikon D90, kami amatlah bersyukur.
Mengapa saya memilih Nikon D90 daripada kamera digital yang lain?
Pertamanya kerana ia merupakan kamera DSLR. Kami belum pernah memiliki kamera DSLR lagi. Yang ada hanyalah kamera kompak digital, tetapi itu tidak membataskan pergerakan kami dalam bergambar. Kamera kompak agak ketinggalan dari segi kualiti penghasilan imej gambar daripada kamera DSLR yang membuatkan kamera DSLR ini menjadi pilihan ramai. Jadi besarlah harapan andainya dapat memiliki sebuah kamera DSLR sendiri.
Keduanya kerana Nikon merupakan pengeluar kamera digital yang tersohor seiring nama-nama besar yang lain seperti Canon, Sony dan lain–lain. Semestinya kamera dan lensa yang dihasilkan olehnya akan memenuhi selera dan kehendak peminat fotografi.
Ketiganya, kerana NIKON D90 merupakan antara kamera yang menjadi pilihan penggemar DSLR masa kini. Ia merupakan antara produk ‘best seller’ Nikon. Merupakan upgrade daripada kamera Nikon D80, memperolehi beberapa penambahbaikan dalam pelbagai kategori. Antaranya ialah:
- Sensor: 12.3 Megapixel CMOS sensor, 23.6 x 15.8 mm; total pixels: 12.9 million; Nikon DX format
- Imej saiz: 4,288 x 2,848 [L], 3,216 x 2,136 [M], 2,144 x 1,424 [S]
- Sensitivity: ISO 200 to 3200 in steps of 1/3 EV, can also be set to approx. 0.3, 0.7 or 1 EV (ISO 100 equivalent) below ISO 200, or to approx. 0.3, 0.7 or 1 EV (ISO 6400 equivalent) over ISO 3200, ISO sensitivity auto control available
- Monitor: 3-in., approx. 920k-dot (VGA), low-temperature polysilicon TFT LCD with 170° viewing angle, approx. 100% frame coverage, and brightness adjustment
- Exposure metering: 3D Color Matrix Metering II, Center-Weighted and Spot Metering
- Exposure modes: Auto modes (auto, auto [flash off]), Advanced Scene Modes (Portrait, Landscape, Sports, Close-up, Night Portrait), programmed auto with flexible program (P), shutter-priority auto (S), aperture-priority auto (A), manual (M)
- Dimensi: (W x H x D) 132 x 103 x 77 mm (5.2 x 4.1 x 3.0 in.)
- Berat: 620 g (1 lb. 6oz.)
Itu sahajalah CELOTEH saya mengenai Gadget Impian, harap team Denaihati dan penaja sudi memilih kami antara yang terpilih. Aminnn.
Pergi ke kedai bersama suami,
Untuk membeli milo dan kopi,
Kalau ada rezeki buat kami,
Pastinya kami sangatlah happi.
Bunga Mawar indah berseri,
Untuk diberi kepada puteri,
Terima kasih daun keladi,
Moga bertambah rezeki Denaihati.
Nota :
- MJ diberi masa sehingga 11.59pm, 24/2/2012 untuk mempromosi entri ini dan mengumpul seberapa banyak point yang mampu. Selamat maju jaya.
- Ingat komen kurang dari 7 perkataan akan di delete.
3,282 Comments
Camera Paman saya, memang bagus hasil cameranya, saya juga pengen punya D90 keren banget.
Curahan rasa Ibang S R @ ..Baby Crib Sets
Terima kasih diatas hadiah topup tu….dah pon slmt diterima.
Curahan rasa ~azatie~ @ ..Masak Lemak Kubis + Udang
salam myra…bila la k.atie lak nk dapat kamera canggih camni….pasti klu nk snap gambar lbh semangat ..:D
Curahan rasa ~azatie~ @ ..Masak Lemak Kubis + Udang
Terima kasih atas komen dan pandangan yang diberi..
Curahan rasa Myra Jay @ ..MJ nak menang Nikon D90 dari Denaihati – Harap Rakan2 sudi membantu
ini camera yang di pake sama paman saya, dan memang hasil jepretannya bagus banget.
Curahan rasa salsabila @ ..J Adore Perfume
camera dslr antara yang termantap.. sesuai untuk amatur dan profesional
Curahan rasa incik @ ..[Study] – Anger Management (Pengurusan Marah)
semoga berjaya para blog sekalian.. boleh la jadi fotografer nanti
Curahan rasa incik @ ..[Study] – Anger Management (Pengurusan Marah)
Good Luck Good Luck….semoga berjaya semoga berjaya.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..“PRU KE 13 RAMALAN MUNGKIN MENJADI KENYATAAN”
alhamdulillah sudah mau tamat. jumpa lagi rakan semua………………………. terima kasih 🙂
Lama-llama dapat teman,
Teman dapat di laman-laman.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..“PRU KE 13 RAMALAN MUNGKIN MENJADI KENYATAAN”
Apa yang penting dah berusaha untuk mendapat mata 🙂
Curahan rasa fiezahkecik @ ..mimik MOMOK contest by CIMOT
betul tu. usaha adalah tangga untuk berjaya. berusahalah..
Curahan rasa incik @ ..18 petua badan langsing cara Neelofa
Alhamdulillah syukur contest dah pun tamat,
Kepada semua rakan taulan,
terima kasih yang tak terhingga MJ ucapkan
Kerana sudi membantu MJ setiap saat dan ketika
Terima kasih semua..
Sayangggggggg korang semua 🙂
Curahan rasa Myra Jay @ ..MJ nak menang Nikon D90 dari Denaihati – Harap Rakan2 sudi membantu
Hari hari beri komen,
Lama-lama dapat teman.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..“PRU KE 13 RAMALAN MUNGKIN MENJADI KENYATAAN”
Hehehe, bener juga Sensasi2020.
Curahan rasa Ibang S R @ ..Baby Crib Sets
kata2 akhir… semoga berjaya, harap malam ni tido lena dan tidak resah seperti selalu….
MJ tetap setia menanti,
Pengumuman DH penuh berminat,
Gadaget impian sudah pasti,
Penuh impian penuh berhajat.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..“PRU KE 13 RAMALAN MUNGKIN MENJADI KENYATAAN”
Comments are closed.