Rich Snippet – Standard Baru Dalam SEO

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, entri ini ditulis oleh penulis jemputan Ariff Shah tuan punya blog Ariffshah.com semuga perkongsian ini akan menambah lagi ILMU Blogging kita untuk go next level dalam dunia blog. Ariff Shah adalah penulis jemputan tetap blog Denaihati dan antara entrinya ialah “Bagaimana Menggunakan Tags Untuk SEO” dan “First Impression Penting Untuk Blogger“. Baru ini ketika di Malaysia Social Media Week 2012 ada yang tanya apa itu SEO. Jom kita baca entri SEO yang menarik ini :

Rich Snippet ni diperkenalkan oleh Google pada tahun lepas dan sedang diimplimentasikan secara berperingkat. Webmaster perlu mengubah sendiri kod dan mengisi borang permohonan untuk mendapatkan Rich Snippet ini supaya ianya dipaparkan dalam search engine result page (SERP).

Secara asasnya, rich snippets ni membekalkan lebih banyak maklumat kepada search result. Contohnya, kalau lagu yang dicari, rich snippet akan memaparkan maklumat panjang lagu tersebut dan kalau review yang dicari, rich snippet yang dipaparkan adalah berbentuk bintang (1-5).

Rich snippet Ariff Shah

Untuk blogger, pilihan rich snippet yang paling tepat adalah maklumat penulis (author data). Author akan mendapat laman khas dalam Google yang menyenaraikan semua artikel yang ditulis olehnya. Gambar blogger juga akan dipaparkan di sebelah artikel yang ditulis olehnya dalam SERP. Author data ini juga dihubungkan dengan akaun Google+ anda.

Author profile Ariff Shah

Mudah sebenarnya untuk mendapatkan Rich Snippet ni. Ikut sahaja arahan di sini dengan betul dan tunggu je sehingga Google mengemaskini dan mengesahkan permohonan anda. Blog dalam bahasa Inggeris biasanya mendapat pengesahan dengan cepat dan kemungkinan besar pengguna Blogspot juga diberi keutamaan. Saya telah menunggu hampir 4 bulan untuk rich snippet diterima oleh Google.

Kelebihan yang saya lihat pada rich snippet ini ialah:

  • Diberi keutamaan dalam SERP kerana maklumat tambahan yang kita berikan (ketika Rich Snippet dilancarkan sepenuhnya – sekarang masih lagi di peringkat Beta)
  • Blogger yang mendapat rich snippet mempunyai authority yang lebih besar berbanding blogger yang tiada
  • Lebih menarik untuk pengguna search engine klik sebab ada gambar/maklumat yang lebih terperinci
Semoga berjaya mendapatkan rich snippet untuk blog anda =)

Spread the love

170 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!