Rezeki hari Jumaat
Assalamualaikum dan salam 1Dunia, belum sempat Cikgu Naman, Zie Fauzie, Faizal Fredley, Hans, UpProfits, Affan Ruslan, Zulseffort, Puanbee dan semua peserta akhir contest gadget impian yang belum tersenarai dapat gadget yang diimpi-impikan siang dan malam, Allah SWT dah bagi aku dulu rezeki yang tidak disangka-sangka, rezeki hari Jumaat ketika hujan pulak tu lagi. Memang terbaiklah.

Lepas ni barulah boleh berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan bos besar Al-Ansar Properties Sdn Bhd yang dah lebih sebulan buat duit dengan Portege Z830. Syukur sangat permulaan yang baik untuk tahun 2012 semuga berpanjangan dan dapat dikongsi bersama semua Rakan Denaihati. Terima kasih Intel dan Toshiba Malaysia manalah tahu kot sudi nak sponsor hadiah contest gadget impian sebuah Ultrabook Toshiba Portege Z830 … tiada yang mustahil dalam hidup ini.

Kalau sebut Ultrabook jenama apa yang paling melekat di hati?
