Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar sahabat pembaca setia dan juga yang pertama kali terjumpa blog ini. Dah baca ke entri sebelum ini “Mengembara di muka bumi menyaksikan bagaimana kesudahan orang terdahulu“. Kali ini Abang nak berkongsi Wanita MPV Honda merah.
Mohon seminit LIKE page kami yang penuh dengan ILMU untuk jadi top 10 Malaysia! Klik Sini
Pada akhir tahun 1990 an dan awal tahun 2000 Abang berpeluang bertemu dengan beberapa toke produk yang telah membawa sehingga ke kilang produk kesihatan dan kosmetik yang mengeluarkan. Ketika itu Abang masih bekerja di KFC (M) Sdn Bhd.
Pada awal tahun 2000 dengan izin TUHAN Abang pencen berkerja dengan orang dan memulakan bisnis sendiri. Projek bisnis pertama yang Abang dapat adalah kontrak Kafeteria Hospital Klang (HTAR) selama lebih 3 tahun. Bukan cerita bisnis kantin yang sangat lumayan nak Abang ceritakan. Kisah ini ada Abang ceritakn dalam entri-entri yang sebelum ini antaranya entri “Berniaga tak ada duit kecil”.
Semasa berniaga di kafeteria HTAR Abang sering nampak seorang perempuan parkir kereta MPV Honda merahnya dihadapan kafeteria dan singgah makan di kantin. Selalu sangat terserempak tetapi tidak pernah tegur. Nampak bergaya ala-ala mak andam.
Akhirnya Abang dapat cerita, kononnya perempuan tersebut menjual produk jenama sendiri. Masuk salon keluar salon, masuk kedai jamu keluar kedai jamu di daerah Klang nak letak produk jenama beliau secara percuma tapi tiada siapa yang sudi. Masa itu tidak ada teknologi jualan online seperti sekarang. Khabarnya perempuan itu tinggal di rumah teres murah yang tidak jauh dari hospital.
Hari ini perempuan berkereta MPV Honda Merah itu menjadi ikon produk termasyhur sudah tidak perlu berdiri di atas pentas menjual maruah dengan kelakar yang tidak menjadi atau menjadi penaja besar program realiti. Mempunyai cawangan jualan produk di setiap negeri malahan sudah ada cawangan di negara jiran. Ramai usahawan produk perempuan dan lelaki menjadikan perempuan ini sebagai idola untuk mencapai impian dan ramai yang sudah menjadi jutawan produk.
Kepada rakan-rakan yang ada impian untuk mempunyai produk sendiri menjadi seperti perempuan berkereta PMV Honda merah sila baca komen pertama, Abang kongsikan buku khas cara-caranya yang mengikut perundangan yang betul, manalah tahu kalian boleh jadi sehebat perempuan ini setahun dari sekarang. Perempuan berkereta MPV Honda merah belum tersenarai dalam 10 terkaya di Malaysia tetapi kekayaannya sekarang memang hebat, bayangkan rumah agam sahaja benilai puluhan juta. Bayangkan kejayaan beliau bagaimana.
Abang hanya berkongsi cerita sebab Abang sudah mengenali rapat dengan perempuan berkereta PMV honda merah ini cuma abang kurang berminat menjual produk sendiri walaupun pernah berkawan dengan toke produk dan sudah masuk kilang yang menghasilkan produk. Impian Abang nak jadikan Mall Online Denaisell sebagai pusat menjual produk online rakan-rakan blogger dan bukan blogger yang baru nak belajar menjadi usahawan online.
Abang Denaihati
Founder Denaihati
Nota : Baca juga artikel menarik dibawah dan share pada kawan-kawan niat sebagai amal jika ia memberikan menafaat.
102 Comments
terima kasih udah di share artikel nya sangat lah menarik like it now
Curahan rasa grosir gamis murah bekasi @ ..0812-8811-9011, GROSIR GAMIS TANAH ABANG, HARGA MURAH BERKUALITAS
Wow, misterinya! memang humble sangat.
salam ramadhan,
siti aisyah dari pelabuhan klang.
Boleh nampak permulaan yang bersusah-payah. Jika dah memang Allah janjikan kekayaan, maka siapa pun tak boleh pertikaikan. Bila lah boleh tahu tuan empunya MPV Honda Merah ni~
Curahan rasa Faezah @ ..Mengapa Shaklee Patut Menjadi Perniagaan Pilihan Anda?
Teringin nak berkenalan dengan perempuan misteri ni. Mana la tau dapat tuntut ilmu bisnes dengan dia ke kan…
Curahan rasa Qiya Saad @ ..Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Mencipta Logo & Pelancaran Facebook Rasmi ‘Sahabat Zakat’ (PPZ-MAIWP)
Misteri yang pasti akan terungkai! Nantikan.. Buat bisnes hati kena baik. Jangan ada hasad dengki dan iri hati. Redha dan sentiasa berlapang dada dengan ujian yang melanda. Doakan saya menjadi usahawan Shaklee yang berjaya dan solehah ya kawan2 Denaihati 🙂
Curahan rasa Farah Alina @ ..Kelebihan Vivix Shaklee Yang Boleh Bantu Sembuhkan Penyakit Gout
memang misteri pemilik MPV honda merah tu. apapun kita kalau nak berniaga perlulah mengambil semangat dan kegigihannya dalam memasarkan produknya sendiri sehingga dikenali.
Curahan rasa izzeyda @ ..BM Tok’ Kun Hill Challenge 2017
Ya.. Nak jadi seorang usahawan kenalah bersemangat tinggi, berani melangkah jauh ke hadapan… Dan yang penting sekali kena tebal muka… Sebab dalam proses nak jadi Usahawan Berjaya pasti ada cabaran dan rintangan yang perlu dihadapi…
Curahan rasa Anuar @ ..Cara nak dapatkan Duit Raya melalui komen terbanyak di blog Denaihati
Terutamanya dari Persepsi Masyarakat dan keluarga… Bukan semua dapat terima apa yang kita buat… Tapi kalau kita yakin, kita kena teruskan… Biar apa pun yang orang nak kata… Asalkan kita buat kerja yang betul dengan cara yang halal..
Curahan rasa Anuar @ ..Cara nak dapatkan Duit Raya melalui komen terbanyak di blog Denaihati
Ramai usahawanita kosmetik dulu berjaya dengan keluar masuk salon nak promosi produk mereka. Akhirnya kejayaan milik mereka yang kuat berusaha
Curahan rasa Noriza Abdul Rahman @ ..Bulan Mei Datang Lagi dengan Promosi Shaklee yang Hebat!
Semoga bisa bertemu pada saat SBB MY 2017 nanti Insya Allah. Boleh banyak belajar dari orang-orang seperti ini.
Curahan rasa Dwi Wahyudi @ ..Cara Pembuatan Paspor Biasa dan Elektronik di Kantor Imigrasi Kelas I Pontianak
Semoga matlamat untuk menghadiri SBB2017 tercapai In Shaa Allah.. Saya doakan.. Kalau dapat jumpa perempuan berkereta MPV Merah bagi tahu yer… TQ
Curahan rasa Anuar @ ..Cara nak dapatkan Duit Raya melalui komen terbanyak di blog Denaihati
Ye lah, mana tahu akan diperkenalkan nanti pada SBB tahun ni.
Bertuahlah siapa yang dapat mengenali beliau
Curahan rasa Noriza Abdul Rahman @ ..Bulan Mei Datang Lagi dengan Promosi Shaklee yang Hebat!
InsyaAllah semoga dipermudahkan urusan untuk menggali ilmu nanti.
Banyak yang akan dikongsikan nanti
Curahan rasa Noriza Abdul Rahman @ ..Bulan Mei Datang Lagi dengan Promosi Shaklee yang Hebat!
Memang betulbetul misteri ni.. belum lagi terbongkar rahsianya huhu.. Siapalah lah orangnya kan
Curahan rasa Wanz Cop Baju @ ..10 Design Readymade Cetak Baju Family Day
Sehingga sekarang Misteri Perempuan Berkereta MPV Honda Merah masih lagi menjadi misteri… Harapnya tuan Haji Amir tidak berniat untuk menyimpan misteri ni lama-lama… Ramai orang berminat nak tahu ni… hehehe
Curahan rasa Anuar @ ..Cara nak dapatkan Duit Raya melalui komen terbanyak di blog Denaihati
Nanti takut ada yang tidak tidur malam pula termimpi-mimpi Siapa misteri perempuan berkereta mpv honda merah…
Curahan rasa Anuar @ ..Cara nak dapatkan Duit Raya melalui komen terbanyak di blog Denaihati
susah nak jumpa jutawan yg humble. terutama sekali melayu yang gemar tayang kekayaan di media sosial.
Curahan rasa nikkhazami @ ..Kelebihan dan Kekurangan Samsung Galaxy S8
Comments are closed.