Assalamualaikum dan salam 1Dunia, masih terbayang-bayang lagi test drive Honda Insight. Kalau ada rezeki lebih memang nak beli untuk second car sebabnya selain design yang sporty yang lebih penting jimat minyak. Bila memandu ada special panel yang akan sentiasa menunjukkan samada cara pemanduan kita pada tahap optimum itu yang best jadi tak lain main tekan je padel minyak ikut suka hati. Memang tidak akan lupa pengelamana memandu Honda Insight memang terbaiklah.
Dah dengar berita ke, Honda Malaysia telah melancarkan Honda Insight edisi baru pada 29/2/2012 yang lebih hebat berbanding daripada versi yang aku test drive sebelum ini. Honda Insight edisi baru yang dilancarkan mempunyai design lebih futuristik dan kelihatan lebih sporty. Paling best kabarnya penjimatan minyak untuk model edisi baru ini lebih menjimatkan daripada Honda Insight 2nd Generation.
Bila tengok gambar Honda Insight edisi baru teringat pulak Rakan Blogger yang join test drive Honda Insight dari KL – Hulu Langat – Semenyih – PD – Ayer Keroh – PD – KL. Pengalaman yang menyeronokkan dan pertama kali bertemu ramai Rakan Blogger.
Kepada yang dah lupa apa hebatnya Honda Insight ini boleh baca kembali entri “Honda Insight apa itu Hybrid“. Mengikut sejarah Honda adalah pengeluar pertama kereta Hybrid di Malaysia dan sambutan yang diterima sangat menggalakan bermula dengan Honda Insight 1st Generation, Honda Civic, Honda Insight 2nd Generation, Honda CR-Z dan terkini Honda Insight 3rd Generation.
Ramai pengguna termasuk pembaca blog Denaihati fikir kereta Honda Insight ini menggunakan kuasa elektrik yang perlu di charge dengan kuasa elektrik sebelum digunakan. Silap tu sebenarnya Honda Insight ini menggunakan kuasa gabungan antara engine i-VTec 1.3L dan Integrated Motor Assist (IMA) menggunakan bateri yang mempunyai jaminan selama 5 tahun.
Suka tak suka inilah kereta masa hadapan untuk mengurangkan pencemaran alam yang semakin tercemar dengan gas karbon yang dikeluarkan oleh kereta bukan hybrid. Terlalu banyak kelebihan Honda Insight berbanding kereta lain yang tidak mesra alam. Sehingga hari ini Honda Insight adalah kereta Hybrid yang termurah di Malaysia. Kalau nak tulis kelebihannya panjang lebar pulak, jadi bolehlah baca info grafik yang telah disediakan oleh Honda Malaysia. Nak dapat informasi dan grafik yang lebih banyak sila lansung ke website Honda Malaysia.
Bertukarlah kepada Honda Insight. Jangan jadikan tangan kita antara tangan-tangan yang merosakkan muka bumi yang indah ini seperti Firman ALLAH SWT Surah Al-Baqarah ayat 11 -13 yang maksudnya : “Dan apabila dikatakan kepada mereka, janganlah kamu membuat kerosakan di muka bumi, mereka menjawab, “Sesungguhnya kami orang-orang yang mengadakan perbaikan”. Ingatlah, sesungguhnya mereka itulah orang-orang yang membuat kerosakan, tetapi mereka tidak sedar. Apabila dikatakan kepada mereka “Berimanlah kamu sebagaimana orang-orang lain telah beriman”, mereka menjawab: “Akan berimankah kami sebagaimana orang- orang yang bodoh itu telah beriman?” Ingatlah, sesungguhnya merekalah orang- orang yang bodoh, tetapi mereka tidak tahu.”.
150 Comments
hybrid wow ramah lingkungan sangat bagus untuk diperbanyak
Curahan rasa munir ardi @ ..Selamat Tahun Baru Google Doodle Hari ini
Honda adalah syarikat pengeluar kereta hybrid terhebat setakat ni.. Thumbs up!
Curahan rasa Webberita @ ..Pakej Samsung Galaxy Note 2 Dengan DIGI,MAXIS, dan CELCOM
Desaign nya menarik honda insight edisi terbaru ini
Curahan rasa Blog Keperawatan @ ..Macam Pemeriksaan Kehamilan
Waw luar biasa desain dan stylenya terkesan megah dan mewah
Curahan rasa Mas Gie @ ..Pengumuman Pemenang Kontes Betwin188.com Agen Bola Terbaik Dukung Anti Rasisme EURO 2012
Patutlah Honda Insight dikatakan hebat, dengan sederet fitur didalamnya membuat produk ini menjadi primadona
Curahan rasa Mas Gie @ ..Pengumuman Pemenang Kontes Betwin188.com Agen Bola Terbaik Dukung Anti Rasisme EURO 2012
kapan kira2 saya bisa punya kendaraan sendiri hmmm semoga
Curahan rasa Mas Gie @ ..Pengumuman Pemenang Kontes Betwin188.com Agen Bola Terbaik Dukung Anti Rasisme EURO 2012
Comments are closed.