Honda Insight Test Drive Day 1

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, mendebarkan itu perkataan yang paling sesuai. Terima kasih kepada Honda Malaysia yang telah memilih blog Denaihati untuk pertama kalinya bersama 14 Rakan Blogger lain ikut serta program “Test Drive HYBRID Vechile Awarnes Campaign“. Pasti banyak ilmu yang dipelajari sepanjang 2 hari perjalanan KL – Melaka – KL yang pasti akan dikongsi bersama Rakan Denaihati menggunakan gadget kesayangan iPhone 4S.

20120113-092229.jpg

20120113-092441.jpg

Majlis Perasmian dan penerangan Honda Insight Bloggers Test Drive oleh Honda Malaysia.

20120113-093104.jpg

Aku terpilih jadi driver pertama untuk 2nd car, Rebecca dan Nik kena tunggu turn ya. Syok lah drive Honda Hybrid Insight ni memang very smooth. Peehh dapat no 1 lah 17.0km/l untuk 1st stop. Honda Insight memang ada kelainan dilancarkan 2010 adalah kereta Hybrid generasi kedua yang dikeluarkan oleh Honda selepas Civic Hybrid pada tahun 2007. 2011 Honda Malaysia melancarkan hybrid terbaru CR-Z the world’s first 6-speed tranmission hybrid.

Grafik sejarah kereta Hybrid di Malaysia.

20120113-111309.jpg

Kenal tak dengan Rakan-rakan Blogger hebat ni?

20120113-111436.jpg

Kami stop di hentian kedua setelah melalui jalan berbukit bukau dan pemandangan menghijau di Empangan Semenyih. Kali ini kereta kami dipandu oleh Rebecca seri dengan kereta no 1 16.3km/l jadi penentuan di hentian ke 3.

20120113-115336.jpg

Hentian no 3 Nik dah buat terbaik 21.1km/l tapi tewas kepada kereta Kak Jie. Tahniah kepada Kak Jie n fren yg diistihar pemenang di hentian no 4 dapat kamera bernilai RM600 tu. Betullah kata Kak Jie selalu je dapat rezeki bila ada event untuk Blogger.

20120113-124705.jpg

Berhenti rehat, makan dan solat di Avillion, Port Dickson my favorite resort. Dah beberapa kali bawa famili menginap di sini.

20120113-161731.jpg

Sampai destinasi yang dituju Philea Resort & SPA Melaka. First time stay kat sini. Masa untuk berehat dan bersiap sedia untuk majlis makan malam di Majestic Melaka.

20120113-162428.jpg

Kesimpulan hari pertama Test Drive Honda Insight memanglah best. Kali pertama memandu kereta Hybrid memang berbaloi. Barulah tahu apa itu kereta Hybrid yang selalunya buat-buat tahu. Paling best hari ini belajar cara memandu yang betul untuk menjimatkan petrol. Test drive Honda Insight ini betul-betul bagi “A New Way Of Thinking”.  Honda Malaysia The Power of Dreams memang terbaiklah. Macam teringin pulak angkat sebiji Insight warna biru ni … Apa pun kita tunggu dulu pengalaman Test Drive Honda Insight Day 2.

20120113-171518.jpg


Spread the love

175 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!