Berniaga tak ada duit kecil

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, teringat dulu ketika berniaga di kafeteria di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang. Alhamdulillah dengan izin ALLAH aku dan beberapa teman telah diberi peluang untuk menguruskan kantin yang kami tukar menjadi Kafeteraia dengan modal sendiri. Ketika kami ambil alih keadaan kantin tersebut memanglah teruk, tidak teratur, kotor dan tidak mengambarkan lansung kantin sebuah hospital.

Alhamdulillah dengan pengalaman bekerja di HUKM dan KFC semua ilmu dicurahkan untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan Kafeteria HTAR yang dibuka 24 jam. Kedudukan kafeterian di hadapan Unit Kecemasan dan di sebelah parkir kereta menyebabkan kafetaria ini sentiasa sibuk dengan pelanggan. Memang tak risau nak cari pelanggan yang perlu hanya menyediakan berbagai jenis makanan dengan harga berpatutan.

Antara perkara penting yang menjadi keutamaan untuk melancarkan perkhidmatan adalah stok duit kecil. Pelanggan hospital ni lain macam sikit sebab yang datang semuanya ada masalah. Samada mereka yang sakit atau keluarga mereka yang sakit jadi jiwa kacau mudah tersentuh. Oleh kerana jiwa yang sensitif makanya jangan berani-berani nak minta duit kecil boleh jadi masalah besar. Untuk itu aku sentiasa memastikan stok duit kecil sentiasa cukup setiap masa tak kira siang atau malam.

Duit Syilling Baru Malaysia

Bila pelanggan hulur duit RM50 atau RM100 kita terima sahaja tak pernah tanya duit kecil. Cuma kalau harga makanan contohnya RM3.20 maka casher akan tanya ada tak 20 sen .. kalau ada syukur kalau tak de tak pe. Konsep ini aku banyak belajar dari cara peniaga Cina dan Mamak … begitu juga KFC dan McDonald. Bukan senang nak dapat pelanggan jadi bila dah dapat jangan kita susahkan pelanggan. Pelanggan nak bagi duit kita sebagai peniaga terima sahaja jangan bagi macam-macam syarat.

Duit kecil nampak macam remeh tetapi sangat penting kerana buka sahaja perniaga kelihatan profesional kepada pelanggan tetapi juga boleh meningkatkan jualan kerana pelanggan gembira tidak perlu beratur panjang. Bukan susah sangat nak menarik hati pelanggan cuma kena kreatif dan ikut cara perniaga yang sudah berjaya.

Duit Ringgit Baru Malaysia

Aku memang tak faham sebahagian peniaga kalau nak cerita majoriti bangsa kita juga … berniaga tak pernah nak bersedia terutama duit kecil. Kekadang hulur RM10 pun tak ada baliknya apatah lagi kalau hulur RM50 atau RM100. Ini nak berniaga atau nak main-main. Nak dapat duit kecil bukan susah sangat pergi je Bank terdekat nak satu guni pun ada … tapi kalau ada penyakit M …. MALAS tak ada siapa yang dapat tolong.¬†Paling tak best boleh pulak perniaga tu suruh pelanggan beli gula-gula kat kedai sebelah … memang boleh naik angin pelanggan kalau jumpa perniaga macam ini.

PERNAHKAN ANDA MENGALAMI MASALAH INI???

Nota : Maaf lah makcik gerai hujung R&R Ayer Keroh sebab aku tak datang kembali bawa duit kecil bayar Tahu Bakar yang dah terpesan tu. Abang sebelah yang jual air tu pun tak ada duit kecil jadi terpaksalah aku batalkan niat nak makan dan minum walaupun perut dah lapar.

 

200 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!