Honda Insight Apa Itu Hybrid

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, best juga stay di Philea Resort & Spa Ayer Keroh Melaka dengan konsep eko-sistem yang sangat menarik sama pulak konsep dengan Honda Insight. Setelah berehat Test Drive Honda Insight Day 1 tiba masa untuk hari kedua Test Drive Honda Insight selepas sessi foto bersama Honda Insight dan Rakan Blogger.

Ni antara foto menarik yang sempat di rakam oleh lensa iPhone 4S … Blogger Ujang, Kak Jie dan The Gengs. Ada banyak lagi gambar yang menarik.

20120114-113214.jpg

20120114-113251.jpg

20120114-113346.jpg

Tahu ke apa itu Hybrid? Honda Hybrid Insight adalah kereta eco-friendly gabungan 1.3L i-VTEC engine dan Intergrate Motor Assist (IMA). Ini gambar engine Honda Insight. Dah lebih 4500 terjual dan lebih 500 booking baru diterima. Hebat jugakan.

20120114-114346.jpg

Dengan pengendalian memandu yang betul pasti akan mendapat kuasa engine yang optimum dan menjimatkan penggunaan petrol. Nak dapat prestasi optimum tips pemanduan terbaik adalah tekan pedal minyak secara lembut jangan tergesa-gesa begitu juga ketika menekan pedal break. Panduan yang baik speedometer akan tujuk warna hijau dan kalau tekan pedal lebih agresif tukar ke warna biru. Nak tengok beza warna tonton video ini.

Gambaran grafik bagaimana engin hybrid berfungsi.

Memang best memandu Honda Insight dalam berbagai keadaan jalan kampung, jalan berbukit, jalan bandar kecil, highway dan jalan KL. Ketika panas, mendung dan hujan pemanduan tetap stabil walaupun speedometer cecah 150km/l. Paling terbaik bateri Honda Insight ada jaminan selama 5 tahun. Harga bateri lebih kurang sama je dengan bateri kereta biasa.

20120114-150500.jpg

20120114-150540.jpg

20120114-150956.jpg

Kalau ada peluang pergi test drive Honda Insight di Honda dealer yang terdekat baru dapat rasa kehebatan kereta Hybrid ni. Kalau pentingkan eko-sistem Honda Insight yang terbaik kerana inilah satu-satunya kereta Hybrid yang harganya bawah RM100k di Malaysia. Joom kita uji pandu Honda Insight sama-sama … nak ke? You drive ya …

I Have An Insight … Have You?

Terima kasih kepada Honda Malaysia yang sudi jemput blog Denaihati bersama 14 Blogger yang lain Kujie2.com, Oh!Media, Melayukini.net, AkuStressGiler, Rebeccasaw.com, BenAshaari.com, Kenwooi.com, Isaactan.net, Dari Jari-Jari Halusku, Erti Kehidupan, Mikeyip.com, Thecarguys.com dan satu lagi lupa pulak URL dapat nanti update ya.


Spread the love

155 Comments

  1. Pemerintah Indonesia sampai sejauh ini, baru sebatas akan mengkaji bea masuk mobil hybrid. Entah sampai kapan kajian itu menjadi kenyataan seperti yang sudah dilakukan pemerintah Malaysia. Indonesia memang perlu banyak belajar dari Negeri Jiran ini. Tidak hanya soal mobil hybrid.
    Curahan rasa Bang Iwan @ ..Cinta Sejati dan Kesejatian CintaMy Profile

        1. Beul bang, saya fikir kereta ini masih mempunyai nilai tinggi di pasaran dengan desain yang futuristik dan megah ini.

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!